Sekolah Baru...Kawan Baru

Tahun ini, Aliyah mula ke tadika. Tadika baru ini namanya "Olympic Village Preschool", 5 minit jer dr Barnes Way. Jadi tak lah terkejar2 mcm dulu. Sekolah lama dulu dkt dgn Preston Market, dlm 15 minit naik kereta. Jadual sekolah hanyalah hari Selasa dan Khamis, dr jam 9 pg hingga 3 ptg. Satu term bayarannya sebanyak AUD183. Setahun AUD 732, mahal tuh kalau convert duit RM. Boleh masuk tadika private kat M'sia. Tp sebenarnya, itulah yg termurah kat sini. Kira tadika ni cam Tadika Kemas lah, disubsidikan oleh gomen Oz, kalau dak lagilah mahei gamoknye.

Seperti biasa aktiviti hariannya adalah main & makan! Bagi kanak2 cam Aliyah yang tak pernah sekolah kat Mesia, sekolah ni cam heavenlah, sbb semua aktiviti kreatif jer. Tp bg yg dah pernah bersekolah @ yang tak brp suka melukis, menconteyang dan segala aktiviti2 seni yg lain, sekolah kat sini adalah agak membosankan. Mungkin sbb takde sense competition kut. Semuanya bagus, semuanya dpt pangkat, semua dpt gelaran, semuanya dpt bintang2 yg byk. Walau betapa buruk pun lukisan2 anda mesti teacher akan kata: "Oh..lovely, ...ahhh very good,...hmm marvellous!..Excellent" dsbnya.

Aliyah @ new kinder


Peringkat awal sekolah ini lebih kpd untuk meningkatkan tahap keyakinan kanak2 tersebut utk belajar bahasa dan bersosial dgn rakan2 sebaya sebenarnya. Akademik mmglah amat kurang sekali. Contohnya, Aliyah lebih byk belajar berbahasa Inggeris drpd kwn2 kat sekolah drpd kami kat rumah. Siap dgn slang Ozzie + slang Kedah sikit..he..he..he. Teacher hanya komplen "Aliyah is very soft spoken". Huwaa...mama dia rasa cam nak guling2 jer kat situ. Sapa kenal Aliyah yg sebenarnya, angkat tangan! Actually, I think dia tak berapa confident to talk in English yet to her teachers. That's why she spoke softly to them. Nanti tak lama lg, teacher dia pulak yg tak terbalas..Hu..hu..hu..

Pastu tahun ini, Aliyah ada kwn2 baru, termasuklah Afifah (anak Sel & Sulaiman). Afifah ni kalau tgk dr belakang @ sisi rupanya mcm Aliyah. Tgk depan pun ada iras2 jugak. So kalau thn lepas ada Arin (anak Kak Wan & Abg Nizam), kali ini adalah teman ngan Afifah kat tadika pulak. Hopefully, Aliyah will gain her confidence and be able to adapt socially with her new school & friends, Insya Allah.

Aliyah & Afifah, kembar lain perut ;-).

Comments

  1. fadz, "ada iras" is such an understatement!! sebijik rupa aliyah tu..ha ha!

    ReplyDelete
  2. salam. dah puas berguling?

    Mahal ya preschool di Vic. Itu belum sekolah betul lagi tu.

    Masa anak aku preschool last year, tak de la sampai kena bayar AUD732 kat WA ni. Hanya duit uniform, stationeries n voluntory school contribution.

    Nanti bila dah sekolah betul nanti..berapa pulak charges dia???

    ReplyDelete
  3. Sekolah biasa, murah jer dlm AUD 200-300 setahun, including books. Uniform tk pasti, tp ada gak yg second hand @ yg takde logo, murah lagi. In fact sekolah agama private pun murah jugak, dlm AUD 900 setahun.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts