Wednesday, August 31, 2011

Syawal V:2011


Anakanda Luqman di pagi 1 Syawal :-)

Eid Mubarak buat semua!
Ampun dan maaf atas sebarang salah dan silap kami sekeluarga.
Semoga Syawal kali ini lebih menginsafkan drpd yang sebelumnya, Insya Allah.

Tuesday, August 30, 2011

Ramadhan V: 2011

Hari ini berakhirlah Ramadhan bagi sebahagian besar Muslim yang berpuasa di bumi Victoria ini. Ini adalah kali kedua kami sekeluarga berpuasa di sini sepanjang pengajian dan Insya Allah yang terakhir di sini. Ramadhan bagi aku semenjak beranak-anak kecil ini tidaklah seaktif semasa zaman-zaman bujang dulu. Namun Alhamdulillah, semenjak 5 tahun kebelakangan ini, puasaku cukup sebulan sama ada kerana mengandungkan mereka ataupun menyusukan ketiga-tiga mereka. 

Tahun ini pula adalah tahun kedua Aliyah berpuasa. Cabaran berpuasa di Melbourne adalah lebih besar bagi  Aliyah kerana sebahagian besar rakan-rakan sekelasnya, walaupun Muslim tidak berpuasa. Di ketika rakan-rakan lain berhenti rehat untuk makan, dia hanya dapat melihat sahaja. Kemudian ada hari-harinya, dia keseorangan shj berpuasa, apabila ada rakan-rakan Muslimnya dr Malaysia, Arab Saudi dan Indonesia hanya berpuasa separuh hari. Alhamdulillah juga berpuasa di musim sejuk, maka jumlah jam berpuasa adalah lebih pendek drpd di tanahair, mengurangkan keluh kesahnya meminta untuk berbuka di petang hari selepas pulang drpd sekolah.

Ada hari-harinya juga dia mohon untuk tidak berpuasa, contohnya apabila ada lawatan sekolah, PE dsbnya. Aku benarkan juga kerana memikirkan dia berpuasa pada umur sekarang ini adalah sebagai satu bentuk latihan fisilogi kepadanya. Kadang-kadang walaupun dia lewat  bangun sahur, aku suruh juga dia 'bersahur' dan berpuasa mcm kebiasaan. Alhamdulillah, berjaya juga lah Aliyah berpuasa melebihi 20 hari tahun ini.

Walaupun berpuasa di dalam musim sejuk, aku mendapati berpuasa kali ini adalah amat meletihkan. Mungkin kerana perlu memasak setiap hari di samping memikirkan isi penulisan chapter thesis sekali. Apabila sudah di penghujung Ramadhan boleh dikatakan hampir setiap hari kami berbuka di Surau La Trobe University sahaja. Terasa bebas minda sedikit apabila tak perlu memikirkan dan terkejar-kejar memasak juadah untuk berbuka apabila Maghrib menjelang. Alhamdulilllah, juadah berbuka di Uni  lain drpd yang biasa di Malaysia, namun  sedap-sedap belaka. Sesungguhnya kami akan merindui pengalaman-pengalaman ini. Entahkan bila bisa menempuhinya lagi :-)

Monday, August 29, 2011

Rindu



Tarikh ini setahun yang lalu, aku bertemu buat kali terakhir dengan Mak We - nenda tercinta. Dalam kucupan dan dakapan, Mak We berpesan ‘Jagalah diri dan anak-anak’. Dalam linangan air mata, aku katakan ‘Insya Allah, panjang umur, nanti kita berjumpa’ walaupun jauh di sudut hatiku, aku berkata-kata mungkinkah. Sudah tentu zahirnya aku masih berharap Allah akan memberikan kami semua sedikit lagi masa bersamanya. Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Tepat dua minggu selepas pertemuan terakhir itu, di subuh 2 Syawal beliau pergi menghadap Ilahi.

Masih terngiang-ngiang suara pilu Abah menerima perkhabaran berita. Ayat-ayat terakhirnya ‘Tunggu aku sampai!’. Kami bergegas pulang dari Kuantan ke Tanjung Bidara. Alhamdulillah kami sekeluarga semua selamat tiba ‘in record time’ memandangkan cara pemanduan adik sebagai kepala konvoi 4 kereta yang kadang-kala ‘bridging on the side of suicidal’! Di sepanjang perjalanan, minda kami semua tertumpu kepada keretanya dan pada masa yang sama mendoakan Allah memudahkan perjalanan kami pulang bagi bertemu jasad Mak buat kali terakhir.

Sejurus tiba, kami semua tujui ‘rumah Ibu’ yang diapit rumah kedua-dua ibu saudaraku. Jasad Mak diletakkan di ruang tengah rumah, di kelilingi semua ahli keluarga yang melimpah sehingga ke ruang dapur dan serambi rumah. Masakan tidak, Arwah meninggalkan 8 orang anak, dan hampir 60 orang cucu dan cicit. Aku lihat mak kelihatan seperti di dalam tidur yang amat dalam dan rupa parasnya lebih muda daripada umurnya. Aku dakap Abah We dan ketiga-tiga ibu saudaraku. Aku lihat Abah dan kemudian bapa saudaraku membisikkan kata-kata terakhir mereka kepada arwah Mak. Suasana sungguh sayu dan pilu sekali.

Apabila tiba masa untuk memandikan jenazah, kelima-lima anak lelaki Mak ingin turut sama menguruskannya. Sehinggakan ditegur Ustazah yang mengepalai urusan jenazah bahawa afdhalnya hanya yang Muhrim perempuan sahaja yang melakukannya. Namun Ustazah benarkan kelima-lima mereka melalukan air pertama dan yang seterusnya diuruskan ketiga-tiga ibu saudaraku dan beberapa sepupu-sepupu perempuanku. Aku serahkan semua anakanda kepada suamiku dan turut berada di ruang mandi, melihat bagaimana kesemua mereka memandikan arwah dengan penuh kasih sayang dan membantu sedikit urusan kafan. Sesungguhnya, ini kali pertama aku menyertai hal-hal urusan jenazah. Dan atas kelemahan aku sebagai insan biasa, perkara yang seharusnya mengingatkan aku akan mati, ketika itu hanya dikaburi perasaan sedih kerana akan berpisah dengan jasad Mak.

Selepas selesai urusan mandi dan kafan, Ustazah beri sedikit ruang masa buat kami semua memberikan kucupan terakhir. Jenazah Mak kelihatan tenang, seolah-olah tersenyum :-) Apabila tiba giliranku, aku tarik nafas sedalam2nya, seka baki air mata aku agar tiada yang tumpah di wajahnya dan kucup dahinya. Dalam kucupan aku doakan agar Allah permudahkan perjalanan Mak di alam sana. Bisikan terakhirku ‘Mak, saya akan ingat pesanan-pesanan Mak’. Alhamdulillah, urusan pengkebumian selesai sekitar Zohor. Jenazah Mak diiringi berpuluh-puluh ahli keluarga dan jiran tetangga. Aku berziarah kemudianya bersama Aliyah, in a private session - banyak sungguh ingin dikatakan kepada Mak.

Sesungguhnya kami semua kehilangan. Kehilangan pengikat kasih. Walaupun Mak tiada sebarang pendidikan formal, namun Mak senantiasa mengajar kami walau apa sekalipun, yang lebih utama adalah kasih sayang dan menghormati sesama ahli keluarga. Keutamaan inilah yang menyebabkan keberadaannya sentiasa dirasai, walaupun Mak tiada di depan mata. Sehingga akhir hayatnya, walaupun uzur Mak sentiasa berusaha memuliakan dan mendahulukan suaminya. Walaupun ada masanya Mak kelihatan kalah dan mengalah, namun bak kata pepatah Inggeris, Mak kemungkinan ‘lose the battle’ tetapi Mak ‘always win the war’! Alangkah bagusnya, jikalau sikapnya ini dapat sentiasa aku adaptasi. Doakan kami Mak! 

Buat kalian pembaca yang bijaksana, sama-samalah kita sedekahkan doa dan Al-Fatihah untuk nenda yang sangat kami kasihi ini - Hajah Che Wah bt Baba.  I am sure if you have had the chance to meet in her, in her lifetime, you would have loved her like we do :-) 


Begitu jua, aku mendoakan arwah nenda lelaki sebelah ibuku, Othman b Tahir, lovingly known as 'Atuk Uban' yang telah hampir 22 tahun meninggalkan kami. Semoga Atuk diberi kelapangan di sana sementara menanti hari perhitungan kelak.


Jutaan terima kasih aku ucapkan atas doa-doa kalian, walaupun kalian tidak mengenali nenda-nenda kami ini.Semoga Allah turut sama mempermudahkan jua urusan anda semua. Amin.

Monday, August 22, 2011

BIjak...BIjak...

Time difference in between photos - 6 months
Luqman sudah besar, Alhamdulillah...Alhamdulilllah, next Januari udah 2 tahun...hu...hu..hu..tgk gigi tu banyaknya lah.  Tersangat cerdiklah budaknya. Pening kepala memikirkan teknik-teknik untuk nak memelihara drpd mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri, sebab terlebih bijaknya. Baby cot pun sudah tidak dapat menampung keselamatannya :-D

Kalau dibiar di dalam baby cot lama sikit, dia sudah tidak menangis lagi dah. Sebab dia tahu tak de siapa yang akan tertipu dgn pujuk rayuan tangisan palsunya itu ha..ha..ha..ha Tetapi! tetapi! dia kan bijak, maka dia pun cari jalan bagaimana untuk mengeluarkan dirinya drpd baby cotnya itu. Selepas membuat beberapa observation, maka dia mendapati dan membuat kesimpulan kalau dia tanggalkan seluar dan diapernya, maka akan berlari2 lah mama dan babahnya untuk mengeluarkannya dr baby cotnya. TING! Otaknya pun put two & two together. Maka bertambah keraplah dia menanggalkan seluar dan diapernya semenjak dari itu. Adoi!! Tidak ke ini menjadi satu kemuslihatan kpd mama dan babahnya??? 

Maka sbb mama pun bijak, fikir punya fikir, selepas sudah ditape diaper pun tak jadi apa, last2nya aku terpaksa pakaikan diaper nya terbalik! ha..ha..ha...tak penah lagi anak2 ku yang lain, mahupun adik beradik, sepupu sepapat, anak2 sedaraku yg kena pakai diaper lagu ini. Memang bijak, bijak sgt Luqman ini.

Aku ingat settle lah masalah ini. Rupanya idak! Sbb semenjak minggu lepas dia sudah pandai memanjat baby cotnya sendiri dr luar selepas panjat kerusi dan minggu ini sudah mula berjinak2 untuk memanjat keluar drp baby cotnya dr dalam. Setakat ini masih belum berjaya. Tapi aku tidaklah sangsi yang ianya akan bertahan sebegitu lebih lama. Huwaaaa!!!! Luqman...Luqman...you are a safety hazard to yourself, because you are too brilliant for own good hu..hu...hu..

Anyway, ini pesanan untuk Atuk Mama - gigi saya sudah bertambah banyak sekarang ini. Januari ini lagi banyak tau, so Atuk kenalah BEWARE! Nantikan kepulangan saya :-D

Sunday, August 21, 2011

Jika Beriftar_Mulalah Membungkus ;-D

Semalam dalam kekalutan nak berbuka bersama Imran, Noreen and the geng di Jika-jika (pronouced as Jaika-jaika) Community Centre, di Northcote, nose pad cermin mata aku hilang satu. Aiseh! bikin lambat sampai ajer. Semalamanlah beriftar dok picit2 hidung sebab, sakit kena besi cermin mata sans the nose pad. Tapi lupa sat sebab makanan sedap2 dan sungguh banyak sekali. Naik sekilo wes lepas makan dan makan. Alhamdulillah! Terima kasih juga kepada penganjur bersama Kak Sue dan Aini sekeluarga. Mohon ampun dan maaf sebab menjalankan projek membungkus shj dan tidak berkesempatan nak buat projek mengemas sekali - almaklumlah, my small army would prefer to unkemas daripada mengemas he..he..he..

All the gorgeous ladies :-D

Inilah projek budak-budak ni semua masa org tgh solat, dok kelentung kelentang -D

Anyway, kerana majlis Iftar juga meraikan beberapa rakan-rakan PhD yang bakal balik for good sebelum hari raya ini, including Kak Aida dan Kak Asmidah, maka perbincangan sepanjang malam sebahagiannya berkisar kepada isu-isu packing dan shipping. So dapatlah beberapa tips. Antaranya, company2 yang dicadangkan dan tempoh masa yang diambil untuk mengemas. 

Yang dirai dan yang meraikan :-)
Tuan rumah menyelesaikan ... ;-P
Apa yang aku dapati adalah, harga shipping adalah berbeza-beza dan sebenarnya mahal murahnya banyak berkisar kepada berapa dan apa jenis barang yang kita nak hantar pulang. Kadang2 menghantar melalui jumlah kotak dan beratnya, lebih murah drpd melalui 'container' sekiranya barang kita 'kurang', dan kadang2 pula lebih mahal sekiranya barang2 kita lebih banyak dan pelbagai jenis rupa paras dan sizenya. Harga juga berbeza antara door to door, door to depot, depot to depot. Itu tidak termasuk harga bayaran bagi port dan agen (sekiranya ada) dan juga insurance (jika perlu dan sayangkan brg2 anda itu). Penting juga untuk kita tanyakan sekiranya company2 tersebut punyai rate khas untuk students. Setakat ini aku sudah jenguk2 beberapa company dan sedang tunggu untuk menghubungi beberapa cadangan lagi, termasuk drpd Achik ku (seorang Pegawai Kastam Malaysia) di Sheffield.

Dan yang paling penting sekali, rata-rata mengatakan tempoh mengemas barang mengambil masa paling kurang sebulan dan paling lama sehingga 6 bulan. Mak Aih! hu..hu..hu lagu mana mahu perabih PhD ini kalau dok sibuk mengemas loh!

Jadi pagi2 tadi sebaik sahaja kedai bukak, aku sudah tiba di Northland Shopping Centre - pertamanya untuk ganti nose pad baru. Ini kali kedua aku ganti nose pad. Yang terakhir tahun lepas di Malaysia. Alhamdulillah, dapat diganti dalam AUD10 sahaja sepasang di OPSM. Dalam masa 5 minit semua siap, sekali dibersihkan, berkilat2 lah cermin mata ku yang framenya sudah berumur hampir 5 thn itu. (Good old glasses are like good old shoes - and good old friends, they are always comfortable and reliable to be with!)

Keduanya - aku singgah di Reject Shop untuk membeli bubble wrap dan cling wrap. Aku berkira-kira aktiviti membungkus perlulah bermula dr sekarang. Kotak2 di Reject Shop nampak gayanya lebih mahal drpd yang dijual secara online di beberapa site, contohnya di sini. Kalau kita gunakan company Seven Seas pulak, kotak2nya dan semua packing material, termasuk bubble wrap dan tapes diberikan percuma (ataupun sekali dgn harga shipping lah tu sebenarnya). Ada juga kotak2 yang dijual secara online di ebay, gumtree ataupun yang diberi percuma di freecycle (tapi tak tentu jumlah dan lokasinya) dan sebagainya. Jadi masih lah berkira2 dan meninjau2 yanga mana satu yang bersesuaian.

Kalau ikutkan kami nak bawak balik sekurang mungkin barang2 drpd Australia. Tapi bila singgah di Sunday Market di uni tadi berkenan sungguh tgk pelbagai mainan Fisher and Price dan buku2 kanak2, preloved ones yang elok2 dan harganya lebih murah drpd beli baru. Macam mana ni?? Temptations!! Rasa macam nak borong semua ;-D Silap haribulan esok2 di saat-saat akhir nanti, kami lebih byk bwk balik buku dan mainan drpd barang2 lain yang menjadi idaman orang2 Malaysia di Melbourne ini hu..hu..hu..

Monday, August 15, 2011

Sempit & Lapang

Senyap jer dong?? Buat apa tu?? he..he..he bunyinya mcm tertangkap Luqman tengah buat projek makan kertas, tisu, ulat dsbnya tu :-D

Anyway, Ramadhan yang paling best sebab masa terasa begitu panjang sekali. Jadi perlulah digunapakai sepenuhnya. Sekarang ini tengah menulis diskusi. Setakat ini, beginilah hasilnya. Setiap hari sekarang perkara yang asyik berlegar-legar di minda "BILALAH NAK HABIS NI?????" Aku kini kesempitan ruang rumah, ruang meja, ruang 'uang' dan ruang minda!! Alhamdulillah ruang hati tak kesempitan jugak, kalau tidak pasti hancur...

Setiap hari juga berdoa agar Allah berikan aku dan sahabat-sahabat seperjuangan - kesabaran dan kelapangan untuk meneruskan 'aktiviti' ini. Walaupun, aku sebenarnya lebih takutkan apa yang ada selepas tamatnya 'aktiviti' ini, namun aku mahu menamatkan fasa ini di dalam kehidupanku, dengan harapan aku punya kekuatan untuk menghadapi cabaran fasa selepas ini, Insya Allah. Amin.   

Wednesday, August 10, 2011

Burning UK

The UK is still burning! The riots are spiraling out of control to other major cities now. It's mind boggling how one single incident could have led to all these riots. It's like all this while 'they' are bursting at the seams and just waiting to explode. SO SCARY!!


Apapun kami di sini mendoakan semoga Allah lindungi ahli keluarga kami, Achik dan Pakcik sekeluarga di Sheffield dan teman-teman seperjuangan di UK juga semua saudara-saudara seIslam dan rakyat Malaysia yang lain di sana. Kami doakan semua kacau bilau ini berakhir dengan segera dan dengan amannya dan nikmat Ramadhan ini dapat diperolehi dengan ketenangan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Monday, August 8, 2011

Pest!

Ujian-ujian kesabaran datang lagi ~ versi nyamuk!

Minggu lepas email yahoo aku telah di spam. Arghhhh!!! haru... Beberapa bulan sebelum ini email rasmi universiti. Habis lah tak boleh nak login ke dalam sistem uni, semua kena block termasuklah PC kerja semuanya. Seharian aku berurusan dgn staff-staff di universiti yang etika kerjanya very individualistic ~ which means ke hulu -ke hilir lah aku ala-ala safa marwa, sebab kalau pegawai A tak tahu bagaimana nak menguruskan masalah/urusan ini sebab bukan bidang tugas dia, maka sampai bila-bila pun dia takkan tahu (ataupun tak mahu ambik tahu) dan tidaklah dia akan suggest pegawai B ke C ke. Pandai-pandailah aku carik sendirik! Ini bukan Malaysia, di mana perangai 'busy body' sesetengah staf gomen 'nampaknya' adalah jugak pekdahnya. Aduhai seharian aku tawaf universiti dr unit ICT student ke unit ICT staf. Sudahlah jarak di antara kedua-dua unit sejauh satu padang bola. Masih jugak tiada penyelesaiannya. Staf unit ICT staf kata bukan bidangkuasa depa, suruh pergi ke unit ICT student. Bila sampai di unit ICT student pulak, depa masih tak boleh unblockkan sebab katanya tiada authority untuk berbuat demikian, sbb depa jaga budak2 undergrad jer. So depa suruh pergi balik ke unit ICT staf ....arghhhhh!!! Aku pergilah semula ke ICT staf, depa kata apahal pulak tak boleh, mungkin ada something wrong kut dgn account aku (implying aku tak bayar fees). Pulak dah?!

Maka aku pun pergilah cek dgn bahagian account, student centre nak bertanyakan apahal aku tak boleh nak login ke dalam sistem ~ apakah yuran tak berbayar ke?? Alhamdulillah yang menguruskan kaunter tu, si cantik manis Hessa, from Turki kesian dgn cerita aku yang dah macam nak menangis mengenangkan apahal kalau macam ni berhari-hari, macam mana nak buat kerja. Selepas cek account semua clear, dia kata, takpelah, dia suruh aku duduk je kat lounge dan dia cuba uruskan melalui telefon. Dalam masa kurang drp 15 minit, selesailah masalah aku. So betullah firasat aku, email aku was compromised dan telah menghantar beratus2 email spam ke semua contact lists aku. Maka untuk mengelakkan masalah berterusan unit ICT telah block account aku. Untuk unblock, depa telah bagi password baru dan haramkan penggunaan yang lama. Penyelesaian yang nampaknya sangat mudah dan cepat, kalau lah depa actually listen to me!!! Sungguh geram sekali kerana telah membuang masa begitu aje.

Anyway, bila email yahoo aku pun buat ala-ala nak menyemakkan email account org lain, maka aku sudah boleh agaklah, ni mesti ada org telah guna pakai account aku. Bila trace balik nampaknya macam dr Taiwan. Maka sebelum yahoo block aku, aku pun bersegeralah menukar password yang baru. Tapi adalah jugak mereka-mereka dlm contact list yang telah ter'spam'. Mohon ampun lah yer. Please just delete them. When part of your lives is actually attached to technology, benda2 sebegini, unfortunately kadang-kadang tak boleh dielakkan. Which reminds me of my dormant FB account - perlu investigate ni kut2 ada pulak orng menyamar jadi aku kan...~ he..he..he bunyi cam alasan nak bukak FB balik jer tu ;-)

Settle bab email - sejak semalam pulak, tah apahal asyik terima call daripada seorang mamat yang bila telah di'google'kan nombornya datangnya dr Morroco/Maghribi. First missed call, aku call balik dia letak semula. Pastu hantar sms kata 'no spekey english tu woman arabik'. Aku biarkan jerlah. Pastu buat lagi missed call. Siap hantar sms 'Ramadan mobarak' dan tah hapa-hapa lagi. Apahal pulak ni ~ nak cari jodoh ker?? Kut iye pun, cakaplah elok2. Balik2 missed call. Kedekut ta#* hidung masin betul! Kalau ginilah gayanya nak mencari jodoh, tak payah ler. Mengabihkan boraih ja! Memang lah calon tercorot. ehhh...melalut pulak.

Hari ni pun dia buat lagi. Stress betul nak buat kerja. Ini sudah kira harassment. Maka aku mintak tolong pakcik Androidku download program dlm telefon untuk block nombor mamat ni. Semoga lepas ni tak de dah lah incoming (missed) call drp Morroco, Insya Allah. We shall see....ok now...back to work sebelum termakan nyamuk. 

Thursday, August 4, 2011

Ramblings of a Bunga-bunga Heart

Bunga-bunga hati or hati berbunga-bunga?
Kenapa ni?
Sudah separuh betul sahaja
Andai aku sotong
ha..ha..ha..ha..ha..
Sotong??
Sedap jugak kalau sotong dibuat sambal untuk berbuka
Kenapa ni?
Sudah separuh tak betul
Alhamdulillah Ramadhan
Andaikan tidak, pasti bertambah kekurangan kebenaranku
Andai Luqman boleh temani mamanya bekerja
Luqman??
Alasan, alasan, alasan,
Ya Allah, malunya...
Kenapa ni?
Hujungnya sudah nampak
Tapi jalannya masih berliku-liku
Yang tinggal hanyalah separa aku
Ya Allah turunkanlah Ilham
Semoga hati ku berbunga-bunga mengenang kan bertemu Luqman di petang hari nanti...