Ramadhan V: 2011
Hari ini berakhirlah Ramadhan bagi sebahagian besar Muslim yang berpuasa di bumi Victoria ini. Ini adalah kali kedua kami sekeluarga berpuasa di sini sepanjang pengajian dan Insya Allah yang terakhir di sini. Ramadhan bagi aku semenjak beranak-anak kecil ini tidaklah seaktif semasa zaman-zaman bujang dulu. Namun Alhamdulillah, semenjak 5 tahun kebelakangan ini, puasaku cukup sebulan sama ada kerana mengandungkan mereka ataupun menyusukan ketiga-tiga mereka.
Tahun ini pula adalah tahun kedua Aliyah berpuasa. Cabaran berpuasa di Melbourne adalah lebih besar bagi Aliyah kerana sebahagian besar rakan-rakan sekelasnya, walaupun Muslim tidak berpuasa. Di ketika rakan-rakan lain berhenti rehat untuk makan, dia hanya dapat melihat sahaja. Kemudian ada hari-harinya, dia keseorangan shj berpuasa, apabila ada rakan-rakan Muslimnya dr Malaysia, Arab Saudi dan Indonesia hanya berpuasa separuh hari. Alhamdulillah juga berpuasa di musim sejuk, maka jumlah jam berpuasa adalah lebih pendek drpd di tanahair, mengurangkan keluh kesahnya meminta untuk berbuka di petang hari selepas pulang drpd sekolah.
Ada hari-harinya juga dia mohon untuk tidak berpuasa, contohnya apabila ada lawatan sekolah, PE dsbnya. Aku benarkan juga kerana memikirkan dia berpuasa pada umur sekarang ini adalah sebagai satu bentuk latihan fisilogi kepadanya. Kadang-kadang walaupun dia lewat bangun sahur, aku suruh juga dia 'bersahur' dan berpuasa mcm kebiasaan. Alhamdulillah, berjaya juga lah Aliyah berpuasa melebihi 20 hari tahun ini.
Walaupun berpuasa di dalam musim sejuk, aku mendapati berpuasa kali ini adalah amat meletihkan. Mungkin kerana perlu memasak setiap hari di samping memikirkan isi penulisan chapter thesis sekali. Apabila sudah di penghujung Ramadhan boleh dikatakan hampir setiap hari kami berbuka di Surau La Trobe University sahaja. Terasa bebas minda sedikit apabila tak perlu memikirkan dan terkejar-kejar memasak juadah untuk berbuka apabila Maghrib menjelang. Alhamdulilllah, juadah berbuka di Uni lain drpd yang biasa di Malaysia, namun sedap-sedap belaka. Sesungguhnya kami akan merindui pengalaman-pengalaman ini. Entahkan bila bisa menempuhinya lagi :-)
Comments
Post a Comment