Saturday, October 18, 2014

Blogging & Time

Ya Allah, lama sungguh tak update blog. Semenjak berpindah ke kampus baru, sememangnya banyak sekali perkara penting yang wajar dinukilkan buat peringatan dan tauladan untuk masa hadapan, namun masa 'perfect' untuk bersenggang menulis secara santai telah diambil-alih oleh byk perkara lain.

Tahun ini sahaja aku sudah berpindah rumah 2 kali. Dari yang beratus km hinggalah ke puluhan km jaraknya. Jam  mengajar pula masih kekal seperti sewaktu mula-mula masuk mengajar, tetapi jumlah pelajar kadang-kala melampaui jangkauan akal, ditambah mula manusia-manusia yang punya 'self-interest' sendiri yang menambah beban kami di sini. Tidak mengapa! Allah kan ada. Biar dia dgn labunya, biar aku pula cuba memudahkan mana yg termampu.

Sejak bulan lepas, jadual kerja bertambah secara rasminya sebagai Penasihat Undang-undang kampus, tambahan kepada tugasan Penasihat Undang-undang HEA dan HEP yang telah kerap dilakukan sebelum aku bercuti belajar. Semalam sahaja perlu berada di 2 tempat berbeza sebelum habis waktu pejabat. Sedangkan marking skrip jawapan masih belum2 selesai. Terasa sudah 2 bulan buat aktiviti ini daripada ujian2 sehinggalah Final Exam.

Ya, sememangnya terasa tidak cukup kakitangan, tetapi bila fikir2 balik, mungkin ini satu cara untuk mengelakkan aku drpd membuang masa atau kurang menghormati masa yang diberi kepada aku. I tend to do that if I think I have too much time in my hands. Tapi itu semua hanyalah ilusi. Perancangan rapi dan pelaksanaan sebarang jadual lebih teliti apabila byk yg perlu dilaksanakan dalam masa yg singkat. Semoga Allah permudahkan semua urusanku dan kawan2 sekalian, In Sha Allah.