Monday, October 31, 2011

Monday, October 24, 2011

Kamsahamnida Seoul!

Ini adalah entry tertunggak kisah ke Seoul. Aduhai sudah nak sampai ke Sydney lusa ni barulah nak boleh update citer ke Seoul. Takper, janji citer drpd tak. Sebab esok lusa kalau nak pergi lagi @ ada kawan2 yang nak membuat romobongan Cik Kiah ke Korea ada lah jugak some idea nak tuju ke mana.



Aku dan Kak Sham memulakan perjalanan kami dr Melbourne, petang 28 September menaiki MAS, transit sebentar di KLIA, sebelum bertukar kapal terbang MAS yang lain untuk menuju ke Seoul pulak. Kami tiba di Seoul pagi-pagi 29 September, 8 jam dr Melbourne ke KL dan 6 jam lagi dr KL ke Seoul. Adeh! nak tercabut pinggang dan kepala lutut heh..heh..heh..Alhamdulillah, kapal terbang dr Melbourne adalah almost brand new :-) Masalahnya, agaknya asisstant pilot yang bawak kapai, habih semua air pockets dia langgar, maka 3 jam drpd 8 jam itu aku mabuk kepayang! Rugi satu - dua movie hu..hu..hu.. 



Anyway, selepas sudah clear immigration (No Visa needed), customs dan collect baggage semua, sudah tukar duit dan beli kad T-money (ala2 kad Touch & Go or MYKI untuk public transport di Seoul) kami cuba untuk calling2 Melbourne. Adeh! pening dok me'maneuver' public phone depa. Akhirnya selepas hampir 20 minit berjaya gaklah membuat panggilan telefon. Yang pastinya masa di airport lagi sudah bermasalah nak berkomunikasi. Macam itik ngan ayam. Aku tanya lain, depa jwb bukan shj lain, tetapi dlm bahasa depa gak! Adeh!!!

Selepas itu kami turun ke level bawah airport untuk menaiki Airport Train  (AREX) depa ke Seoul city. Perjalanan mengambil masa 50 minit, tapi tiketnya murah jer dlm AUD 4 seorang sampai ke transit stop kami di Hongik University. Selepas itu kami kena tukar line train Seoul city (warna hijau - Line 2) untuk ke Sinchon stop selepas Hongik University untuk ke hotel kami, CASAVILLE Residence Apartment di Sinchon. Sepanjang dok turun naik ketapi ni, terpaksalah kami dok menyeret beg ke hulu ke hilir. Kebanyakan keretapi di Seoul adalah di bawah tanah dan bertingkat-tingkat, maka jenuh lah kami dok tarik beg naik atas turun bawah. Tapi sebab excited baru sampai taklah terasa sangat. 

Bila sudah sampai di Sinchon dalam jam 10 pagi, pening2 lalat sat nak carik mana lah hotelnya, sebab tak nampak pun namanya dr luar bangunan kat tepi exit station ketapi tu. Katanya macam dekat sgt. Sudahlah hujan, kami pun terpaksa beli payung sekali. Polka Dots, aku biru, Kak Sham nya ungu. Nasib baik comel dan murah, dlm AUD3. (Tapi citer pasal payung, aku sedih MAS hilangkan payung aku tuuuu!!) Anyway, sudah berlegar2 cari tak jumpa, K.Sham p tanyakan kat sorang macam agen tour kat satu departmental store, GRAND, located tepi jalan nearby the station exit tu. That lady was kind enough to make some phone calls and check the internet for us and then lepas tu tolong tunjukkan jalan ke hotel. Rupa-rupanya sebelah jer GRAND tu. Memang tak nampak sebab kami tak jalan ke depan lagi sbb takut salah jalan. Lagipun hujan, pastu hotel tu tak letak signboard apa pun. Lobby pulak kat tingkat 15, so mmg takde gaya hotel langsung dr luar.

Oleh kerana, check in hanya dibenarkan jam 2, kami tinggalkan beg-beg besar di hotel. Maka hari pertama kami di Seoul pun bermula. Kisahnya di sini

Saturday, October 15, 2011

Resepi Perantau 10 - Kimchi!!

Kebelakangan ini, semenjak pulang dari Seoul semua jadual kerja kelam kelibut sekali. Itu tidak termasuk perlu kemaskini satu lagi pembentangan di University Sydney hujung bulan nanti dan satu lagi di University Melbourne akhir bulan depan pula. Update kisah ke Seoul pun tak kesempatan nak buat. Bila tah agaknya. 

Apa-apapun dalam pada melihat-lihat gambar di Seoul baru-baru ini, teringat lah favourite Korean food kami - KIMCHI!!! Banyak kali nak upload resepi, baru ni lah kesampaian. Itu pun sebab Kak Sham yang turut ke Seoul turut sama terkesima dengan penangan Kimchi. Malah di Seoul, setiap hari lah makan Kimchi dengan Seaweed. OOhhhh sungguh sedap sekali, Alhamdulillah. 


Alhamdulillah dapat merasa makanan Halal Korea ketika di Seoul, 
di Restoran Muree yang comel di Itaewon.

Jadi akhirnya kali ini berjaya jugak lah aku menurunkan resepi ini. Entah bila aku nak buat pun tak tahu lah. Mungkin soon, sbb Kimchi di Melbourne ni sudah semakin melampau2 mahal harganya. Ok here goes:

Bahan2:

1/2 buku Kobis Cina
Sebesar ibu jari Halia
2 - 3 Ulas Bwg Putih
Segenggam Garam
1 sudu besar Ajinomoto
1 sudu besar gula
1 sudu besar cili serbuk (Babas pun ok)
6 sudu besar serbuk cili Korea (Ada jual kat Preston - nak bagi warna merah)
1 sudu besar minyak bijan + kalau suka (1 sudu besar sos ikan)
Setangkai daun bawang (kalau suka)

* Sila guna barangan/perkakasan plastik shj - no metal yer.


Proses membuat Kimchi dipanggil Gimjang yer ;-)

Cara-caranya:

Potong kobis. Biar kasar, jangan halus sangat.
Rendam di dalam mangkuk plastik besar dengan segenggam garam (sahaja - tanpa air) selama semalaman (lebih cepat kalau sayurnya agar kurang segar).
Sepanjang tempoh rendaman, cuba tengok2 kalau ada kobis yang telah lembut, dikeluarkan dan yang masih keras dipastikan diselaputi rendaman air garam. Kalau perlu, tekan dengan pinggan beserta lesung batu :-)

Selepas semua kobis lembut. Bilas sehingga hilang air garam.
Tos dan keringkan, sebolehnya menggunakan kain, seperti kain muslin. Jangan dipicit ya.

Sementara menunggu kobis kering, tumbuk halia dan bawang putih.
Kemudian masukkan ajinomoto, gula dan serbuk cili.

Selepas kobis kering, campurkan dengan serbuk cili korea dan satu sudu besar minyak bijan (+sos ikan). Gaulkan sebati. Kemudian digaul pula dengan bahan-bahan tumbuk tadi. Masukkan daun bawang kalau ada/suka.

* Kalau nak makan segera, masukkan 1 sudu cuka. (Hanya perlu tunggu seharian/semalaman)

Selepas itu masukkan dlm tupperware, seal dengan plastik wrap, sebelum ditutup dengan penutup tupperware. Simpan di dalam peti ais.

Kimchi yang sudah sedia dimakan akan mula mengeluarkan aroma jeruknya selepas 2-3 hari.

Sekian...jgn lupa buat ok...pesanan utk aku juga :-)

Thursday, October 6, 2011

Yang Sudah Pasti

Yang sudah pasti itu mati, antara bunyi Tazkirah Ustaz Azizi di majlis tahlil Arwah Dr Kamal Ismail petang tadi di Thomastown. Ya, aku tahu. Yang pastinya itu semua orang pun tahu. Tetapi sama ada kita melakukan persediaan sebaiknya ke arah itu yang belum pasti. Semoga Arwah yang kembali ke rahmatullah petang semalam berada di dalam golongan yang senantiasa di dalam persediaan ke arah itu, Insya Allah. Amin. 

Dr Kamal selalu dipanggil Pak Tam atas permintaannya. Aku selalunya kurang gemar untuk memanggilnya Pak Tam, kerana terasa seperti lebih hormatnya dia dipanggil Dr Kamal sahaja. Tetapi kadang-kala aku akur. Aku mungkin tidak serapat beberapa rakan-rakan lain dengannya di sini. Malah mungkin ramai yang tidak tahu, kami sekeluarga dan keluarganya dan Kak Hada tiba di minggu yang sama di Melbourne. Bak kata Kak Hada, sama-sama berebut rumah dengannya ;-) Sama-sama menggigil kesejukan dek kerana penangan cuaca musim sejuk di Melbourne ketika itu, sama-sama mendaftar sebagai pelajar PhD di La Trobe University.

Kami berdua, juga Niza pula punya supervisor yang sama. Kerana itu jugalah, jikalau dengan rakan-rakan lain arwah mungkin mengisahkan ceritera hidupnya yang lain di sini, dengan kami selalunya ceritanya akan berkisar kepada perjuangan Phdnya. Pernah sekali ralit sekali bercerita kisah arahan-arahan supervisor kami itu di koridor, sehinggakan tidak perasan supervisor itu ada di belakang menegur kami dengan ayat-ayat selalunya 'Ah, Malaysians, always lounging around' Kelakar pun ada, nasib baik tak bocor rahsia :-D

Sejak setahun lepas acapkali dia katakan keinginannya untuk pulang awal. Sememangnya mengikut perancangan terdekat kami di antara aku, dia dan Kak Hada, seharusnya kami pulang dalam masa yang sama. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi. Dijemput Arwah pulang lebih awal mengadapNYA. Kali terakhir bertemu Arwah di rumah terbuka Kak Dayah pada 18 September lalu. Apabila dikenang kembali kerapkali juga bertemu bulan September lalu, mungkin juga kerana bulan Syawal. Di pagi hari raya contohnya, sempat aku tegur lensa kamera barunya. Tetapi sememangnya lebih kerap daripada selalu. Namun tiada kesempatan bertemu di hospital sebelum pembedahannya kerana aku perlu terbang ke Seoul. Hanya ucapan selamat daripada aku yang disambut dengan permohonan maaf dan terima kasih daripadanya.

Gambar terakhir Arwah dalam simpanan - 18 September 2011
Kadangkala dihambat perasaan bersalah mengenangkan apatah mungkin aku tidak mencuba membantu Arwah sebanyak mungkin di dalam perjuangan penyelidikan Phdnya :-( Tetapi bak kata Kak Nor, isterinya, 'yang sudah lepas usahlah dikenang. Arwah pun sudah tiada. Doakan Arwah tenang di sana'. Untung sungguh Dr Kamal punya seorang isteri dan anak-anak yang solehah. Anakanda sulungnya, Fatiha, 12 tahun, akur mendengar nasihat dan pesanan menjadi tonggak kekuatan buat bonda tercinta. Semoga kehidupan mereka sekeluarga di tanahair kelak dipermudahNYA, Insya Allah. Amin.

Sesunggunya Dr Kamal punya suatu aspirasi. Aspirasi itulah yang membawanya ke sini, berjuang menuntut ilmu. Seperti itulah aku mahu mengenangnya. Semoga Allahyarham Kamal Ismail ditempatkan di kalangan para solehin. Semoga beliau tenang di sana. Al- Fatihah.