Monday, November 22, 2010

Resepi Perantau 9 - Peknga AKA Lempeng (the Kelapa version) ;-)

Azam hari raya baru2 ni adalah utk menghabiskan semua transcriptions interview2 ku. So far so good, dah separuh. Insya Allah awal bulan depan boleh buat draft kedua & translations mana yang patut. Semua proses transcription ni asyik membuatkan aku lapar! Kalau kat M'sia mesti dah singgah kedai cakoi/ kuih muih lain dah, tp sini maklumlah, kedai runcit pun tadak...so aku kena lah usaha sendiri. So akhirnya selalu lah aku akan buat pancake favouriteku - lempeng kelapa. Kalau kat utara depa panggil peknga (tepek belanga ha..ha..ha). Resepi ni aku reka sendiri, suka2, tp pada aku mmg best ler, especially kalau cicah madu, mmg gemuk ler he..he..he

Bahan2:

1 cawan tepung naik sendiri

1 cawan susu segar
3 sudu besar kelapa parut kering 
2 sudu besar gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Sedikit garam

Cara2:


Campur tepung dgn serbuk kayu manis dan secubit garam 

Gaulkan dgn susu, gula perang dan akhir sekali letak kelapa
Gaul sebati
(Kalau nak lg best tinggalkan semalaman dlm peti ais)
Lepas tu goreng garing2
Makan mcm tu jer or cicah ler dgn madu or jem2. Yummy!!

OK, jemput makan & minum, lepaih ni kena sambung melengung dpn laptop lagik isk..isk..isk...

Tuesday, November 16, 2010

Salam Eid al-Adha, Eid Mubarak!

Salam Eid al-Adha, Eid Mubarak buat semua Muslimin dan Muslimat seluruh dunia amnya, dan sanak saudara khasnya di Malaysia @ di mana sahaja anda berada.

Ini adalah tahun ketiga kami menyambut Eiduladha di Melbourne. Tahun ini pula, Victoria menyambutnya hari ini, berbanding Malaysia, esok hari...hmmm...pelik ke biasa tu? Tah lah tak terkomen. Memandangkan hari raya jatuh di tengah2 minggu, alamatnya tiada lah perasaan raya. Aliyah pun ke sekolah, aku ptg2 sikit ke pejabat. Malaysia Hall pun (lately) tidak menganjurkan solat sunat hari raya sepertimana tahun2 sudah...hmmmm...pelik ke biasa tu? Tah lah tak terkomen jugak. Insya Allah sambutan raya akan dianjurkan pihak2 berkenaan hujung minggu ini. Let's see how it goes :-)

Apapun selamat menyambut Eiduladha dan maaf zahir dan batin drpd kami sekeluarga.

Saturday, November 13, 2010

Yang ditunggu-tunggu telah tiba #2


Disebabkan ini budak telah men'conquer' my VOSTRO, I have decided to get another one..he..he.. Well, that's part of the reason, of course. My 1400 VOSTRO is very sturdy (Uwais stepped on it several times, actually) and is still running very well, but I needed to process my research with the NVivo software which needed a faster processor, bigger RAM and more hard drive space.  My 1400 is already up to its limit in hard drive space, mostly due to the thousands of our photo collections and  whole lot of 'I don't know  what'. I looked into several choices in Australia and also in Malaysia, and decided that it's way cheaper to get a full featured 14' laptop from back home. And because I believed in VOSTRO, I bought another version, the 3400 from DELL.  The best part it's even cheaper by RM600 than my old VOSTRO. Thanks to Niza, my new VOSTRO gets a courtesy ride from KL to Melbourne, soon after it's delivered to her place.


The 3400 is not only cheaper, but faster and comes with a standard 340 GB hard drive space. It's also almost 600 gram lighter than 1400, which makes it more portable. Insya Allah, now that my old Vostro is dedicated for my social life, my 3400 will be a most worthy companion exclusively for my research & PhD journey.

Tuesday, November 9, 2010

Just the way you are...

Luqman genap 10 bulan hari ini...the best part, dia dah boleh berdiri! Love you to bits, babe...thank you for bearing with me for the past 10 months and making me smile for being just the way you are. 


A beautiful song for a beautiful baby :-)


video


AT:  Audio may not be so good, but still many thanks for the song Cover Version by Diane de Mesa. :-)

Saturday, November 6, 2010

Resepi Perantau 8 - Daging/Udang Goreng Madu

Dah lama tak letak resepi2 mudahkan hidup pelajar PhD di perantauan. . So hari ni nak bg satu yg sangat simple, nothing fancy, takes less than 15 minutes, hasil pengajaran MIL, tp tersangat lah deliciousnya he..he..he...

Bahan2:

Daging or Udang dlm 500g
2-3 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar minyak bijan (sesame)
2 sudu besar minyak sayur/olive
2 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk lada
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Cara2:

Garam kunyitkan daging / udang
Letak minyak & gorengkan sehingga hampir garing
Masukkan bawang putih
Kemudian campurkan minyak bijan
Taburkan serbuk cili dan gaul sehingga sebati
Lepas tu masukkan madu, gaul lagi dan 
Masukkan sedikit garam akhir sekali secukup rasa 

Siap, Boss!! So I boleh sambung kerja balik yer...:-D

Friday, November 5, 2010

45 Barnes Way

Barnes Way
After fighting my inner demons (for desiring a bigger & beautiful looking house) and the Division of Residential Services, Latrobe University (for wanting to move us to a 3 Bedroom unit - because of Luqman's presence), Alhamdulillah, I manage to renew my lease to BW45 for another year, Insya Allah, for the last time. 

Yes, it's the modest form of accommodation. Yet I have forgotten, sometimes, of all the benefits & conveniences it has given us all these years. There were many indeed. How ungrateful I was for 'doubting' BW45...But I shall not forget now, or ever. 


The compound has always been beautiful, especially in Spring and 
the best of all, the children have always loved it :-) 



We are going to enjoy our final year with BW45, and we hope it will also bear with us. Thank you!

Thursday, November 4, 2010

Cruising Sydney

So we finally made it to Sydney at the end of October as part of work (conference in University of Sydney) plus holiday plan. These are just some photos utk tatapan Mama & Abah ( & those who have no FB account hu..hu..hu.)

Malas nak review lah, penat wes...byk kerja nak buat, bagi summary jer lah, he..he..

Transport pergi-balik > Tiger Airways

Accommodation> Malaysia Hall


The view of Randwick Racecourse from our room. 
Uwais seronok lah hari2 tgk kuda training ;-P

Transport around Sydney> Bus, Kaki & Ferry, kaki dan Ferry lagi!!

The view of  Harbour Bridge at night from the ferry...
Tempat2 wajib pergi>

The Opera House - another icon of Sydney

The beautiful view near Circular Quay

How is Sydney? The city, well kelam kabut sikit & bus driver nya tak berapa friendly. Stress out kut, sbb bawak bas sampai tgh malam ;-) It seems as if Sydney tidak tidur, sampai malam pun ada kedai bukak, tak mcm Melbourne. Tapi Sydney the harbour lah yg paling best sekali, lebih2 lagi kalau dinikmati pemandangannya dr atas feri. Mmg cantik sangat, Subhanallah!! Sesiapa berpeluang ke Sydney, usahlah ditinggalkan Feri2 tu dlm itinerary anda, especially yang menuju ke Manly & Darling Harbour.  

The awesome ferry rides to Darling Harbour!

To wrap up, pada pendapat aku Sydney adalah tempat yg sgt menarik kalau anda dtg sebagai pelancong, tapi kalau nak menetap, aku rasa aku akan fikir 4-5 kali. Maybe I am bias, tapi Melbourne makes a better living environment in term of 'suasana', kos dan juga org2nya. There's a different air to Sydney and its people. Well, but then again that just my view ;-)

Wednesday, November 3, 2010

Memori RMS Titanic


Rabu lepas aku telah mengambil kesempatan menyusuri memori RMS Titanic di pameran artifak Titanic di Melbourne Museum dgn Kak Dayah & Niza. Aku pun tak tahu kenapa excited sgt nak tgk. Sedangkan to tell you the truth, movie Titanic tu baru jer aku tgk sepenuhnya di Australia dlm setahun ni ha..ha..ha... Punyalah lembab...bukan apa, masa zaman movie Titanic dulu, kan pakai VCR. Pulak tu sampai 3 kotak, yelah sampai 3 jam lebih. Masuk je tape yang ke-2, masa tu kapal dah langgar iceberg, aku pun tutup. Aku tak mo tgk dah, sbb takut sedih hu..hu..hu...Lagipun aku tau dah yg kapal tu akan tenggelam & Jack tu akan mati, so buat apa lah nak buang airmata kan..kan..kan? heeeeee....

Masa tu zaman muda belia lagi, mana nak appreciate sgt kisah Titanic tu. Tapi pameran artifak ini telah disusun atur dgn sangat menarik sekali sehingga ianya membawa pengunjung bukan shj sebagai pelawat semata-mata, malah telah cuba membuatkan anda turut sama merasakan pengalaman sebagai penumpang kapal tersebut. Contohnya, di pintu masuk pameran pelawat akan diberikan boarding pass, seumpama yang penumpang2 Titanic gunakan utk berlayar dgn kapal ini. Pelawat juga dapat melihat bagaimana berbezanya kehidupan penumpang kelas satu dibandingkan dgn kelas ketiga, termasuk cabin mereka, kemudahannnya dan makanannya sepanjang pelayaran Titanic tersebut sebelum ianya karam.





Salah satu bio penumpang Titanic...(akulah tu konon2nya - first class tu..he..he..he)

Merasalah bergambo di tangga grand ballroom Titanic walaupun replika..;-)
Sesungguhnya pameran ini telah membuka mata & mengingatkan aku, bahawa bagaimana hebat pun ciptaan manusia itu, dan RMS Titanic adalah tersangat hebat utk kapal di zamannya, Allah itu Lebih Hebat! Usahlah riak & takabbur. Kalau sudah itu suratannya tiada yang dapat menghalangNYA...