Resepi Perantau 8 - Daging/Udang Goreng Madu

Dah lama tak letak resepi2 mudahkan hidup pelajar PhD di perantauan. . So hari ni nak bg satu yg sangat simple, nothing fancy, takes less than 15 minutes, hasil pengajaran MIL, tp tersangat lah deliciousnya he..he..he...

Bahan2:

Daging or Udang dlm 500g
2-3 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar minyak bijan (sesame)
2 sudu besar minyak sayur/olive
2 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk lada
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Cara2:

Garam kunyitkan daging / udang
Letak minyak & gorengkan sehingga hampir garing
Masukkan bawang putih
Kemudian campurkan minyak bijan
Taburkan serbuk cili dan gaul sehingga sebati
Lepas tu masukkan madu, gaul lagi dan 
Masukkan sedikit garam akhir sekali secukup rasa 

Siap, Boss!! So I boleh sambung kerja balik yer...:-D

Comments

  1. senang boleh try.. OOh tak liat ye daging tuh walaupun cuma sekejap je masak

    ReplyDelete
  2. Klu takut liat, sblm masak 2 gaul daging 2 ngan halia, perap sekejap sblm goreng. So far akak biar dia mereneh api pelan lama sikit klu tk perap halia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts