Monday, January 23, 2012

Australian Centre for the Moving Image (ACMI)

In the midst of wrapping things up, and finalizing our stay here in Melbourne, we all managed to squeeze in a couple of days visiting the city. One very interesting place we visited was ACMI, near the Federation Square. I didn't even know why we didn't go sooner. We actually went twice in one week because we wanted to 'shoot' the following Matrix clip again...and again...



ACMI is actually like SCIENCEWORKS, the differences being ACMI deal with movies, while SCIENCEWORKS deal with well...Sciences :-) It was a whole lot of fun. The children got to make their own movie - setting up the dialogue, sound effect and music. Then there's the 'wayang kulit' stuff. And all the exhibits are interactive, some in 3D. Highly recommended! Further it's FREEEEEE....he..he..he..

Monday, January 9, 2012

@ 901 Luqman Kini 2


Alhamdulillah, hari ini genaplah umur anakanda Ahmad Uzair Luqman 2 tahun. Kami sekeluarga mendoakan anakanda kelak memebesar menjadi Hafiz seperti Nabi Uzair dan Bijaksana seumpama Luqman al-Hakim dan soleh seperti kedua-duanya, Insya Allah, Amin. We all love you my dear to bits and pieces :-D

Sunday, January 8, 2012

Melbourne dalam kenangan...

Pagi tadi selesailah sudah sesi jelajah Melbourne bagi Abah, Mama dan Harry. Petang ini mereka bakal berada kembali di tanahair. Sesungguhnya sepanjang berada di sini, walaupun penat, tak faham dan tak tahan dengan cuaca Melbourne yang pening2 lalat, setiap hari pasti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, kebanyakannya sesi membeli belah :-) Sememangnya ada sesetengah barangan tertentu di Melbourne yang dijual pada harga yang murah walaupun setelah diambil kira pertukaran wang. Lagi pula, ketika ini sedang berlangsungnya jualan akhir tahun/tahun baru. Ada barangan baru, ada pula yang terpakai, namun masih kelihatan baru. Apa lagi walaupun ada kekangan kewangan, kalau sudah ketemu 'bargain', lajulah mereka membeli :-D

3 troli penuh!

Di antara aktiviti shopping, sempat jugaklah dibawa singgah ke Sydney seharian untuk melihat Sydney Opera House, ke Philip Island, ber'temu' kangaroo dan 'kawan'2nya ;-), dan pusing2 ke kawasan2 menarik suburb2 dan bandaraya Melbourne. Malah sempat jugak secara kebetulan 'tour' Parlimen Negeri Victoria yang sangat cantik itu.

Inside the Parliament chamber

Disebabkan mereka tinggal di Barnes Way juga, dapat jugalah pengalaman bagaimana kami menetap sebagai pelajar di sini sepanjang 3 tahun lebih ini, termasuk berjalan kaki tawaf La Trobe University ;-)

Watch out for Kangaroo @ LTU ;-)

Malam terakhir di Melbourne, kami penuhi jemputan majlis Aqiqah, baby Alana daripada Kak Suri, yang berasal dari Singapore yang telah lama menetap di Melbourne. Dapatlah mereka merasa bagaimana  sebahagian drpd komuniti Islam di Melbourne ini mengekalkan ukhuwah dan aktiviti2 rohani di sini. Alhamdulillah, I could not even ask for a better end for their trip here. Pengalaman yang serba lengkap bagi mereka, walaupun hanyalah 2 minggu di sini. Sesungguhnya pasti semua pengalaman berada di Melbourne ini akan jadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. 

Selepas jamuan @ Cragieburn.