Melbourne dalam kenangan...
Pagi tadi selesailah sudah sesi jelajah Melbourne bagi Abah, Mama dan Harry. Petang ini mereka bakal berada kembali di tanahair. Sesungguhnya sepanjang berada di sini, walaupun penat, tak faham dan tak tahan dengan cuaca Melbourne yang pening2 lalat, setiap hari pasti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, kebanyakannya sesi membeli belah :-) Sememangnya ada sesetengah barangan tertentu di Melbourne yang dijual pada harga yang murah walaupun setelah diambil kira pertukaran wang. Lagi pula, ketika ini sedang berlangsungnya jualan akhir tahun/tahun baru. Ada barangan baru, ada pula yang terpakai, namun masih kelihatan baru. Apa lagi walaupun ada kekangan kewangan, kalau sudah ketemu 'bargain', lajulah mereka membeli :-D
3 troli penuh! |
Di antara aktiviti shopping, sempat jugaklah dibawa singgah ke Sydney seharian untuk melihat Sydney Opera House, ke Philip Island, ber'temu' kangaroo dan 'kawan'2nya ;-), dan pusing2 ke kawasan2 menarik suburb2 dan bandaraya Melbourne. Malah sempat jugak secara kebetulan 'tour' Parlimen Negeri Victoria yang sangat cantik itu.
Inside the Parliament chamber |
Disebabkan mereka tinggal di Barnes Way juga, dapat jugalah pengalaman bagaimana kami menetap sebagai pelajar di sini sepanjang 3 tahun lebih ini, termasuk berjalan kaki tawaf La Trobe University ;-)
Watch out for Kangaroo @ LTU ;-) |
Malam terakhir di Melbourne, kami penuhi jemputan majlis Aqiqah, baby Alana daripada Kak Suri, yang berasal dari Singapore yang telah lama menetap di Melbourne. Dapatlah mereka merasa bagaimana sebahagian drpd komuniti Islam di Melbourne ini mengekalkan ukhuwah dan aktiviti2 rohani di sini. Alhamdulillah, I could not even ask for a better end for their trip here. Pengalaman yang serba lengkap bagi mereka, walaupun hanyalah 2 minggu di sini. Sesungguhnya pasti semua pengalaman berada di Melbourne ini akan jadi kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.
Selepas jamuan @ Cragieburn. |
Comments
Post a Comment