Monday, February 28, 2011

Double Joy!

This occasion does not arrive often, for sure..for sure!! So Congratulations to Filah & Zul for the arrivals of their double bundle of joy :-) early last week. We had the opportunity to visit all of them yesterday and are so very happy for them. Mum & bubs are doing well, Alhamdulillah.

Proud mum of 3 ;-)
Let me see, if I can get this right -
The one on her right arm is Hassan and the one on her left arm is Hussien :-)

And how about this one? hmmm...ni kembar bangka lain ayah lain ibu he..he..he..
Look - I was jamu'ed my favourite 'apam' too.
Many thanks for such delicious delicacies :-)
..and look at that proud dad beaming at the back there he..he..he..

Once again, Tahniah!! We wish Filah, Zul and family all the very best. May Allah continue to bless and assist them to be one of the best Muslim parents that they already are. Amin.  

Thursday, February 24, 2011

Chasing Cars

Tired, mellowed, surrounded by news of the destruction of the Christchurch earthquake and the bloodshed in Libya, only weeks from the chaos in Egypt and the destructions of Queensland by the Cyclone Yasi and the big flood, doesn't make your days feel any better. Is there a pattern here? If it's not man-led, then it's mother nature. Ahhh...too 'tepu' nowadays to comment. My favourite Snow-patrol's song convey it all - my 'feeling' of the week.  For awhile I wish everybody could "...lie with me and just forget the world".

But life goes on. As John Lennon sang to his son: "Life is what happens to you while you're busy making other plans". For the moment, if prayers is all that I am capable of, then I pray that all those affected by the destruction and chaos out there well and all the assistance they need.  


video


We'll do it all
Everything
On our own

We don't need
Anything
Or anyone

If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me and just forget the world?

I don't quite know
How to say
How I feel

Those three words
Are said too much
They're not enough

If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me and just forget the world?

Forget what we're told
Before we get too old
Show me a garden that's bursting into life

Let's waste time
Chasing cars
Around our heads

I need your grace
To remind me
To find my own

If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me and just forget the world?

Forget what we’re told
Before we get to old
Show me a garden that‘s bursting into life

All that I am
All that I ever was
Is here in your perfect eyes, they're all I can see

I don't know where
Confused about how as well
Just know that these things will never change for us at all

If I lay here
If I just lay here
Would you lie with me and just forget the world

Saturday, February 19, 2011

Basikal Baru


Asyik dok kerana mengulang ALDI, maka dah terpesona dgn offer2 basikalnya, maka hari ni 'terbeli' lah satu utk Aliyah. Habis bau getah tayar satu rumah, maklum ler basikal baru, tak jejak tanah lagi ;-P. Tapi tuan punya basikal tak lah berapa teruja kalau nak dibandingkan dgn Luqman. Sukanya dia kat basikal ni, sampai habis dia dok gigit2 tempat duduknya sampai berbekas gigi2nya dan dok terkepit tangannya sbb asyik nak tolak2 tayarnya he..he..he 

Entah bilalah basikal ni nak sampai ke 'tanah'. Harapannya segeralah, sbb pening kepala bau getah dlm rumah. Kalau kat M'sia dulu, main basikal pun dlm rumah, punyalah sayang nak kotorkan. Tp masalahnya, BW ni comel jer, bukan saja nak konar lipat, nak konar pun terseksa. Maka jawabnya mmg lah kena main kat bawah rumah ler. Lagipun, dah tiba masa Aliyah belajar bawak basikal, tanpa training wheels. Entah berapa lama lah pulak baru nak berjaya, kalau berdasarkan 'schedule' PhD aku ni, silap haribulan sampai balik nanti pun masih dgn training wheels lagi hu..hu..hu..

Habis sepet2 matanya kalau suka ;-)

This is mine! Stay Away, ok...

Friday, February 18, 2011

Linking the Dots

It's Friday, my day off. However, it's an 'off day' for me because my nose is stucked and my neurons are stuffed!! Hey, but look on the bright side, I am still alive and have the ability to think, Alhamdulillah, although my thoughts are a bit clouded by that cold medication I kept taking with no specific schedule in mind ;-) Hopefully, Insya Allah, the cold will go away in the next few days. Because I need to think!! Time is running short and I am still at the periphery of my data analysis. I am too scared to jump in as yet. I am still sketching the overview of the findings, allocating the dots for the final picture, so that I can eventually link the dots and present the whole picture. Nothing fancy, nothing abstract or artistic, just a picture that make sense, at least to a majority of people and myself :-)

Wednesday, February 16, 2011

Suka Hati :-)

video

When your heart is sinking in the face of adversity, coming back to a 'treat' like this always give me the courage and strength to move forward...

Tuesday, February 15, 2011

Relaku dipujuk Rasulullah

Beberapa hari sudah memujuk hati. Beberapa hari sudah memikirkan bagaimana mahu mendidik anak-anak agar menjadi pemurah walaupun kekurangan. Beberapa hari sudah memujuk hati. Beberapa hari sudah memikirkan bagaimana mahu mendidik anak-anak agar tidak terkesan dengan keindahan duniawi. Beberapa hari sudah memujuk hati. Beberapa hari sudah memikirkan bagaimana mahu mendidik anak-anak menjadi berani kerana berada di jalan kebenaran. Beberapa hari sudah memujuk hati. Beberapa hari sudah memikirkan bagaimana Rasulullah? Bagaimana lakumu? Apakah langkahmu? Maka kisah hidupmu memujuk hati:


*****************************************

Pada suatu hari seseorang datang menemui Rasulullah s.a.w dan meminta (sesuatu) daripada baginda. Baginda memberikan kambing yang begitu banyak sehingga mengisi ruang lembah antara dua bukit.


Dengan pemberian itu orang terbabit segera kembali kepada suku kaumnya lalu berkata: "Anutilah agama Islam, kerana Muhammad akan memberikan pemberian yang tidak takutkan kemiskinan."


Satu kisah lain, seorang membawa 90,000 dirham lalu diletakkan di atas tikar. Kemudian Rasulullah s.a.w menghampirinya lalu membahagi-bahagikannya. Tidak seorangpun yang ditolak permintaannya sehingga habis wang berkenaan.


Bukan kambing atau dirham yang mahu dikongsikan di sini, tetapi inti kepada kisah terbabit iaitu sifat pemurah baginda, mengutamakan kepentingan orang lain berbanding keperluan peribadi.


Pemurah adalah sifat terpuji. Orang yang mempunyai sifat itu akan disanjung dan disenangi ramai.

Justeru, Rasulullah s.a.w, sahabat dan golongan yang mengikut jejak langkahnya mengamalkan sifat pemurah mendapat pujian sepanjang zaman.


Lawan kepada sifat pemurah ialah bakhil. Orang yang bersifat bakhil selalunya akan dijauhi, tidak mempunyai ramai kawan dan tidak disukai masyarakat di sekeliling. Jika begitu, sudah tentu bagi orang yang bakhil ialah kerugian.

"Orang yang mendiami kota (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada di dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang diberi kepada orang yang berhijrah itu dan mereka mengutamakan (kaum Muhajirin itu) lebih daripada diri sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang memelihara dirinya daripada kebakhilannya, mereka itulah orang yang berjaya.
(Surah al-Hasyr:9)


Bagi masyarakat Arab, sifat yang selalu disebut dan dibanggakan ialah pemurah dan berani. Sebaliknya sifat bacul dan bakhil paling dibenci oleh bangsa itu.

Golongan bangsawan bangsa itu saling berlumba untuk mendapatkan gelaran dua sifat yang pertama dan mereka takut diberikan dua sifat yang kedua.

Di kalangan sasterawan mereka, tiada senjata lebih berkesan untuk menjatuhkan pihak lawan selain dua sifat terbabit, diolah sehingga pudar maruah empunya diri.


Jika sedemikian tinggi kedudukan sifat pemurah pada kepercayaan dan pandangan bangsa Arab, pada diri Rasulullah s.a.w sudah tentu lebih tinggi. Sifat pemurah baginda adalah sifat yang tertinggi disanjungi Allah.

Logik dan menepati fitrah ialah sifat ini menjadi sebati dengan darah daging baginda yang dihayati dalam bentuk dan taraf tidak tercapai oleh segala manusia pemurah seperti yang terbukti dalam sepanjang perjalanan hidupnya.


Malah, sifat pemurah Rasulullah s.a.w dan bentuknya mempunyai keistimewaan yang berbeza dari bentuknya yang dikenali umum seluruh bangsa Arab.

Jika ada antara kita bersifat pemurah kerana untuk mendapat nama dan pujian, tetapi tidak pada diri Rasulullah. Sifat pemurahnya bukan kerana pujian dan sanjungan atau menutup kekurangan.


Jika ada sesetengah orang Islam menonjolkan sifat pemurahnya kerana mahu memancing hati orang ramai, tidak sedemikian pada diri Rasulullah, kerana baginda pemurah bukan untuk berbangga dan memancing hati orang.

Pemurahnya baginda kerana jalan Allah dan reda-Nya, untuk mendaulatkan agama, memperjuangkan sifat terpuji kemanusiaan supaya tersemat di dalam setiap jiwa, sekali gus mengikis segala sifat yang merugikan.


Sifat pemurahnya untuk membantu fakir dan miskin sama ada kerana kelemahan mereka mendapat pekerjaan dan sara hidup yang cukup atau kerana ketiadaan harta dengan sebab berjuang di jalan Allah.


Baginda bersifat pemurah untuk menaungi anak yatim dan ibu yang janda, malah membantu hamba yang ingin memerdekakan diri dari milik tuannya dengan pembayaran yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Sifat mulia baginda itu juga membantu mereka yang berminat kepada Islam supaya lebih mesra dan lebih yakin kepada agama Allah.

Justeru, baginda tidak berkira dalam soal itu. Sifat pemurah baginda adalah suatu pengorbanan dari kepentingan diri dan keluarga untuk kepentingan orang lain.


Rasulullah s.a.w membelanjakan semaksimum yang dapat pada jalan Allah tanpa mengharapkan balasan tetapi seminimum yang mungkin untuk keperluan diri dan keluarganya.

Ini kerana baginda lebih sanggup menanggung kepayahan dan bersabar.
Saidatina Aisyah r.a menceritakan: Rasululllah s.a.w tidak makan (kenyang) tiga hari berturut-turut sehingga baginda wafat.


Andai antara kita mempunyai sifat serupa, walaupun tarafnya tidak sama, pasti orang susah dan anak yatim terbela, malah Islam semakin didekati dan digemari.


***************************************

Maka kisahmu ini membuat hati pun menangis lagi, kerana malu denganmu. Bagaimana mungkin aku bisa mendidik anak-anakku menjadi pemurah dan berani sepertimu, kiranya aku sendiri masih terkesan dengan keindahan duniawi dan takut mengolahkan kata kebenaran! Malu lagi, Ya Rasulullah kerana terpaksa memujuk hati kerana amarah yang merugikan. Bagaimana Ya Rasulullah? Bagaimana aku? Bagaimana? Ya Rasulullah, bantu lah aku, hulurkan lah secebis sifat pemurah dan beranimu itu agar hati ini tidak terkesan lagi. Agar cebisan sifat muliamu itu dapat memujuk hati ku.


Salam Buatmu Rasululullah. Semoga kita dapat bertemu suatu hari nanti...


Monday, February 14, 2011

5 Star Quality Work!

When the world is crippling, it’s really no time to worry about petty things. But seriously, have you scrubbed your bathrooms lately? Well, I just did, scrub my tub, that is. It was very therapeutic, a stress reliever, watching all those dirt slowly coming off, making a shiny transformation of my old tub.


And the best part was when DH said: “Wow! It looks like a hotel bath” and later Aliyah announced in English: “Mama, this is 5 star quality work!” (a new term she learnt in school)






He..he..he...not bad huh? At least, aside from reducing stress, I now shower in a 5 star rated shower/bath ;-)


Friday, February 11, 2011

Hail the Idiots!


Opps!! sorry for the 'graphic' and 'obscene' image ;-)

Kerana kehabisan kunyit, I had the chance to see this movie. Thank you to Wani!! for highlighting this movie in her blog. Heeee...apa kena mengena kunyit ngan 3 idiots...he..he..

Actually, baru2 ni kunyit kat rumah dah habis. Aiseh, mcm mana nak goreng ikan? Pastu bukan ada kedai runcit kat bwh rumah nak beli sebungkus kunyit. Takkan lah nak pi market yg 15 minit drive semata2 nak beli kunyit lah pulak. Alih2 teringat iklan kat mailbox baru2 ni pasal kedai warehouse brg2 masakan India, Nepal, Sri Langka kat Waterdale Road (jalan besar depan rumah), dlm 3 minit jer dr rumah. So apa lagi, lepas balik dr sekolah, kitaorg pun konar lah kat kedai tu.

Dr luar nampak macam office jer kedainya, tapi bila bukak pintu - waaa, besar gila kat dalam tu, mcm mini market lah kiranya. Macam2 ada, in terms of all the rempah ratus, beras2, kicap kipas udang & roti canai pun ada. Kitaorg pun apa lagi borong lah! Pastu yg bestnya ada kat one corner tu adalah pulak jual DVD hindustan. So belek punya belek, jumpa lah DVD '3 Idiots'. Apa lagi rembatlah, maklum ler dah berjaman tak tgk citer hindustan, pastu ada review bagus pulak tu. 

In my opinion, nilah citer hindi versi kontemporari yang PALING BEST yg aku pernah tgk. Citer Kuch Kuch Hota Hai pun tak boleh tanding, (although KKHH easily wins in song category) sbb this movie is in another category of its own. Sgt best ok!!! sampai DH (yg tak minat citer hindi) pun dok melengung tgk sampai habis, all 3 hours of the movie. Sampai Uwais pun akan nyanyi "All is well, all is well!" he..he..he..

Although there are some aspects in the movie yg negative, cthnya isu2 suicide dan intoxication, but it's highlighted in the context of the story line of the movie, granting the strength of the plots. Towards the end of the movie, the cinematography was so beautiful, especially in Ladakh, India. At first I thought, the movie's location was in New Zealand! because it was actually common for Hindi movies to shoot abroad. But it seems the whole movie was shot in India. The view of the final scene at the Pangong Tso lake  was definitely breathtaking.

The Pangong Lake - 13900 feet above sea level....must  be very cold ;-)
I rarely recommend movies, especially not a Hindi one, but for this movie, I'm not only making an exception, but I am highly recommending it, especially if you are in the education 'business'! This movie will make you laugh, cry and reflect. It also made me fervently belief that some idiots are beyond saving and some are like the 3 idiots in this movie, life-changing friends!

Thursday, February 10, 2011

Uwais' Kinder Adventure

Uwais mula tadika secara rasminya semalam. Kerana bulan ini adalah bulan orientasi/suai kenal, maka masa sesi tadika untuk 2-3 minggu ni adalah lebih pendek dan akan dipanjangkan secara berkala sehingga akhir bulan. Sesi untuk minggu ini bagi Uwais adalah dr pukul 1 pm - 4.30 pm.

Dari pagi dia dah excited nak ke sekolah. Siap ingatkan supaya pack "wunch" (lunch). In fact aku pun rasa excited jugak, sbb ni lah first time dia akan 'berjauhan' dari keluarga. Excited plus risau, manalah tahu dia bantai melalak pulak kan..he..he.. Jadi aku ingat nanti nak tunggu lah dlm sejam ke, siap bwk laptop kononnya nak buat kerja sikit ;-) Anyway, kami sampai tepat jam satu, lepas tunjuk tempat letak beg dan tandas, dia dah terus tuju pada meja2 mainan ;-)


So lepas snapped a few photos, aku tanya kat dia "Abg, mama balik boleh?" Dia kata "OKAY!" tanpa dolak dalik lagi. huh...so much for staying back. So by 1.15pm aku pun balik ler.


Focus

Lepas ambik Aliyah, kami dua pun terus ke tadika Uwais, awal setengah jam, sbb nak mengintai dia ha..ha.. so what happen?

Masa kami sampai, all the children tgh main kat luar tadika tu. Aku dok scan ler kat luar pagar tadika tu cari mana lah Uwais ni. Alih2 tgk dia tgh syok naik tricycle, siap ngan helmet dgn comelnya, tu yang tak perasan yg mana dia.. kah..kah..kah. Teacher Amy then nampak aku, dia pun tuju lah kat aku dan buat sesi hati ke hati kat pagar tu ha..ha..ha.. Dia kata “See.. he still has the same pants on” merujuk kpd seluar Uwais. Katanya dia dok usha Uwais ke toilet 2 kali, and “he just went, very good” ha..ha..ha.. aku pun dok gelak sekali ngan Amy. Pastu bila tanya macam mana dia hari ni. Amy kata oklah, habis semua mainan dia nak main, nak make sure dia dpt try it all. Agaknya dia dok ingat nanti esok lusa tak leh mai dah kut ;-)

Anyway, a few minutes later it’s time to clean up dan balik. Aku & Aliyah pun masuk dlm tadika dan menyorok kat tepi reading area sementara nak tunggu habis masa. So dpt lah tgk Uwais interacting dgn teachers dia. He..he..he mcm ayam & itik. Ada sekali tu teacher suruh ambik beg, tah ke mana2 dia pergi ha..ha..ha...Pastu bila teacher suruh duduk utk dengar cerita penutup hari tu, dia asyik nak bangun dan sambung main lagi. Adus, puas ler assistant teacher, Shukri from Somalia tu dok suruh dia duduk sama kawan2 lain. Agaknya seharian gak ler si Shukri tu dok menengok dia, sbb bila balik tanya kat Uwais “Ada kawan tak kat sekolah?” Dia jawab “Tak der, ada teacher jer” ha…ha..ha...

Alih2 bila time nak balik, dia tak nak balik! Sbb nak main animal farms pulak. Again Shukri dok pujuk dia utk susun balik semula semua mainan dlm almari ;-) Akhirnya, lepas 5 minit dok main kejar2 dlm tadika tu, dia pun setuju nak balik dgn janji esok lusa nanti dtg lagi. Phew!! Uwais…Uwais…semangat sungguh. Lawak pun ada gak. Tapi Alhamdulillah, tenang lah sikit nak hantar sekolah next few weeks walaupun lama berjam2. Harapnya in a few months, he’ll catch up with the English and will be able to communicate better with his friends and teachers, Insya Allah. 

Tuesday, February 8, 2011

No worries!

Kerisauan di hati akan menyebabkan skala prestasi kerja merudum. Bila cerita kat DH, dia akan kata 'why lah you worry so much? Take it easy and everything will fall in place'. Well, it's easy for him to say, sbb kdg2 he's not the one in the 'hot' shoe. What's worst is when he's right and to top that leh siap gloat lagi!!

But seriously, there's just so many things on my mind, they're just tying me down and cause self-exhaustion. Now, even hearing people talking in Australian accent pun is making me wanting to puke!! Nak pi vacation pun no use (apart from limited ongkos), because these things are still at the back of your mind. I don't know about others, but truthfully I did not actually enjoy most of my 'PhD' trips here. Yes, I had fun and breaks, but towards the end of every trip, I was reminded - hey!! hey!! your PhD is in limbo!! So I ended feeling more drained than even before the trips...huwaaaa...again the same dialogue up there will reappear ;-)

But then again I guess sometimes it's good to worry, so that you don't feel so laid back and eventually drift away from the main course of your journey. Still there's always a limit to everything. Worry causes stress, which can be a life hazard. So I am telling myself to 'whooosa...whooosa...whooosaaa' and try to take it easy ;-) (Again it's easy said than done!)

Saturday, February 5, 2011

Back to School and Going to...

On the way to confidence building...
Semalam adalah hari pertama persekolahan 2011. Bagus kan, mula hari Jumaat, so taklah terkejut & kalut anak2 (dan mak ayah) melangkah ke gred baru. Although, having said that, Aliyah, as usual is very anxious, tak berapa lena tidur dan pukul 6 pagi dia dah bangun, despite several attempts supaya dia tidur semula. So last2nya, by 8.40 pg kami dua dah sampai ke sekolah. Tahun ini Aliyah naik Gred 1, equivalent Darjah Satu di Malaysia. Aliyah masih sgt concious utk bergaul dgn org lain (selain ahli keluarga) di sekelilingnya, menyebabkan dia sgt berhati-hati dlm segala perilakunya di sekolah. Ini menyebabkan dia kelihatan pendiam, pemalu dan adakalanya sombong, sedangkan komunikasi Englishnya adalah almost perfect bg budak2 sebayanya. Sungguh berbeza sekali dgn perangainya di rumah. Bossy, suka membebel dan bercerita mcm2.


Turning 7...




Aliyah juga adalah seorang yg sgt mudah risau, hatta sekecil2 perkara pun akan menjadi hal yg sgt besar bgnya, satu perbezaan yg sgt ketara dgn Uwais yg happy go lucky. Contoh, sekiranya ada sedikit cacat cela pun dgn kerja2 sekolahnya dia akan nak buat semula dan ini menyebabkan dia mudah rasa kecewa dan gundah gulana. Dan dia tak faham kenapa org2 sekeliling pandang mudah sahaja perkara ini, termasuklah cikgu2nya. Kadang2 pening juga, selalu juga aku akan usha2 pada cikgu2nya utk tgk2kan dia. Semoga tahun ini dia akan lebih 'terbuka' dan dapat membina keyakinan dirinya, apatah lagi mengenangkan tahun depan bermulalah 'education rat race'nya di Malaysia.


Will be called as 'wise' guy in school this year ;-)
Uwais pula tahun ini akan mula ke tadika, tadika lama Aliyah di Olympic Village. Semalam adalah hari 'interview' Tadika Uwais.  Interview ni lebih kpd sesi suai kenal antara ibubapa, anak dan guru. Sesi heart to heart ;-) Tadikanya hanya akan bermula minggu hadapan, 2 kali seminggu dr 8.30pg hingga 4.30ptg. Lamanya lah, lebih lama drpd sekolah formal (9pg - 3.30 ptg). Jadi walaupun Uwais adalah seorang yang 'suka ria' orangnya, as a mother, aku tetap risau jugak. Macam mana lah yer...belum masuk 4 tahun dh ke tadika ni...cakap Melayu pun pelat2 lagi, apatah lagi English he..he..he.. So after terangkan pada cikgunya macam mana nak pronouce nama dia ;-), aku highlight the fact that Uwais baru lepas toilet training last few weeks dan hopefully teacher Amy akan tgk2kan. Manalah tahu seronok sgt main sampai lupa nak ke toilet plak. Waduh2...itu tak masuk keharuan aku memikirkan teknik2 penggunaan toilet mat salleh kat sini. But Insya Allah, I know he'll do just fine ;-) 


Nampak tak budak kecit tu, yg berlagak cam dah besar2 dah tu, heeeee geram tak??
Siap leh bertegur sapa ngan teacher Amy lagi ;-P

Both enjoying school, so soon?

Friday, February 4, 2011

Unravelling Cairo...

It's time like this that I'm really 'enjoying' my uni's free digital cabel TV. Al-Jazeera International is on almost everyday now, unravelling Cairo's war-zone like-condition exclusively. It's interesting to see how the US will respond to the chaos, with one side of the protestors a pro-democracy group, an ideal principle campaigned by the US and the other a pro-Hosni Mubarak loyalists, a known 'allied' of Israel. Egypt is definitely an important 'security piece' to both the US and Israel.

Whatever the outcome, violence is escalating in Cairo with no resolution in sight. Egypt's future seems bleak, with no clear 'replacement' for Mubarak. And beyond that, a lot of people's future and lives depend on Cairo's unrest to end. May Allah shows them guidance and strength in facing this tribulations.

Wednesday, February 2, 2011

Tak Tidur Malam

Kebelakangan ini ada byk sebab yg membolehkan aku tak tidur malam (dan siang ). Berita terkini kesihatan supervisor (content expert) yang tak berapa memberansangkan menyebabkan aku tak berapa nak lena. Pulak kemajuan analisis PhD aku yang merayap2 cam siput tak makan!! Ditambah pula melihat perkembangan banjir di Malaysia, pemberontakan di Mesir, ribut taufan di Australia. Banyak sungguh dugaan yg perlu ditempuhi (eh... bunyi cam politician plak nih)

Tapi yg lebih dekat di hati, sudah 3-4 hari ini budak tak mahu tidur malam!!

Mandi manda dgn harapan sejuk badan & akan ketiduran...kononnya.
Aduh geram betul. Rasa mcm nak geget2 jer pipi dia ;-) Selalunya kami 4 org ni dah elok2 beratur baring nak tidur atas katil (mcm dlm kem) by 11 malam, alih2 ada seorang budak ni yg dok merayap2 atas katil, hujung katil, atas kepala katil sambil tepuk2 tangan. Bagi susu pun tak jalan jugak. Masuk dlm buai dia jerit2 gak, pastu dia bantai duduk dlm buai. Abih tu mcm mana nak tidur. Pastu bila lepaskan ke 'tanah' dia merayap2 keluar bilik pi buat aktiviti carigali tong sampah kat dapur lah pulak! Bila dah penat, dia jerit2 nak naik balik atas katil, tapi bila naikkan ke atas katil, masih jugak tak nak tidur, pijak sana sini, kesian kat kakak & abang yang dah berdengkur pun by then.

Kadang2 aku dah nak berlayar dah, dia masih segar bugar gak. Last2 nya dah nak pukul 2-3 pagi baru dia tidur. Itupun lepas dia dah penat berkejar2 ke sana sini buat projek. Penatnya...tapi tulah, silap kitaorg gak sbb bg dia tidur siang lama2. Aduhai, dah 3 org anak, tp bab tidur-menidurkan ni mmg fail lah. In fact dah 7 tahun aku tak tidur 6-7 jam straight. Paling minima mesti aku akan tersedar sekali satu malam untuk menyusukan depa. Kalaulah setiap kali terbangun tu boleh lari buat kerja2 PhD ni takpe gak. Ni tidak, mesti Luqman akan tahu aku hilang (bau kut he..he..he) dan bangun. Abih camno...sambung tidur jer lah...he..he..he. hmmm bila lah nak siap PhD ni....;-)