Tak Tidur Malam
Kebelakangan ini ada byk sebab yg membolehkan aku tak tidur malam (dan siang ). Berita terkini kesihatan supervisor (content expert) yang tak berapa memberansangkan menyebabkan aku tak berapa nak lena. Pulak kemajuan analisis PhD aku yang merayap2 cam siput tak makan!! Ditambah pula melihat perkembangan banjir di Malaysia, pemberontakan di Mesir, ribut taufan di Australia. Banyak sungguh dugaan yg perlu ditempuhi (eh... bunyi cam politician plak nih)
Tapi yg lebih dekat di hati, sudah 3-4 hari ini budak tak mahu tidur malam!!
Aduh geram betul. Rasa mcm nak geget2 jer pipi dia ;-) Selalunya kami 4 org ni dah elok2 beratur baring nak tidur atas katil (mcm dlm kem) by 11 malam, alih2 ada seorang budak ni yg dok merayap2 atas katil, hujung katil, atas kepala katil sambil tepuk2 tangan. Bagi susu pun tak jalan jugak. Masuk dlm buai dia jerit2 gak, pastu dia bantai duduk dlm buai. Abih tu mcm mana nak tidur. Pastu bila lepaskan ke 'tanah' dia merayap2 keluar bilik pi buat aktiviti carigali tong sampah kat dapur lah pulak! Bila dah penat, dia jerit2 nak naik balik atas katil, tapi bila naikkan ke atas katil, masih jugak tak nak tidur, pijak sana sini, kesian kat kakak & abang yang dah berdengkur pun by then.
Mandi manda dgn harapan sejuk badan & akan ketiduran...kononnya. |
Kadang2 aku dah nak berlayar dah, dia masih segar bugar gak. Last2 nya dah nak pukul 2-3 pagi baru dia tidur. Itupun lepas dia dah penat berkejar2 ke sana sini buat projek. Penatnya...tapi tulah, silap kitaorg gak sbb bg dia tidur siang lama2. Aduhai, dah 3 org anak, tp bab tidur-menidurkan ni mmg fail lah. In fact dah 7 tahun aku tak tidur 6-7 jam straight. Paling minima mesti aku akan tersedar sekali satu malam untuk menyusukan depa. Kalaulah setiap kali terbangun tu boleh lari buat kerja2 PhD ni takpe gak. Ni tidak, mesti Luqman akan tahu aku hilang (bau kut he..he..he) dan bangun. Abih camno...sambung tidur jer lah...he..he..he. hmmm bila lah nak siap PhD ni....;-)
Aduhai ina, ni la keluhan ibu yang membuat phd.. sama sekapal la kita.
ReplyDeleteWish everything get better.
he..he..tp bila dah siang rasa cam lawak pun ada gak. So skrg ni kitaorg catu tidur siang dia bg potong sejam ha..ha..ha..
ReplyDeleteAnyway, you both lagi lah 2-2 buat PhD at the same time, lglah terharu :-)