Uwais' Kinder Adventure
Uwais mula tadika secara rasminya semalam. Kerana bulan ini adalah bulan orientasi/suai kenal, maka masa sesi tadika untuk 2-3 minggu ni adalah lebih pendek dan akan dipanjangkan secara berkala sehingga akhir bulan. Sesi untuk minggu ini bagi Uwais adalah dr pukul 1 pm - 4.30 pm.
Dari pagi dia dah excited nak ke sekolah. Siap ingatkan supaya pack "wunch" (lunch). In fact aku pun rasa excited jugak, sbb ni lah first time dia akan 'berjauhan' dari keluarga. Excited plus risau, manalah tahu dia bantai melalak pulak kan..he..he.. Jadi aku ingat nanti nak tunggu lah dlm sejam ke, siap bwk laptop kononnya nak buat kerja sikit ;-) Anyway, kami sampai tepat jam satu, lepas tunjuk tempat letak beg dan tandas, dia dah terus tuju pada meja2 mainan ;-)
So lepas snapped a few photos, aku tanya kat dia "Abg, mama balik boleh?" Dia kata "OKAY!" tanpa dolak dalik lagi. huh...so much for staying back. So by 1.15pm aku pun balik ler.
Focus |
Lepas ambik Aliyah, kami dua pun terus ke tadika Uwais, awal setengah jam, sbb nak mengintai dia ha..ha.. so what happen?
Masa kami sampai, all the children tgh main kat luar tadika tu. Aku dok scan ler kat luar pagar tadika tu cari mana lah Uwais ni. Alih2 tgk dia tgh syok naik tricycle, siap ngan helmet dgn comelnya, tu yang tak perasan yg mana dia.. kah..kah..kah. Teacher Amy then nampak aku, dia pun tuju lah kat aku dan buat sesi hati ke hati kat pagar tu ha..ha..ha.. Dia kata “See.. he still has the same pants on” merujuk kpd seluar Uwais. Katanya dia dok usha Uwais ke toilet 2 kali, and “he just went, very good” ha..ha..ha.. aku pun dok gelak sekali ngan Amy. Pastu bila tanya macam mana dia hari ni. Amy kata oklah, habis semua mainan dia nak main, nak make sure dia dpt try it all. Agaknya dia dok ingat nanti esok lusa tak leh mai dah kut ;-)
Anyway, a few minutes later it’s time to clean up dan balik. Aku & Aliyah pun masuk dlm tadika dan menyorok kat tepi reading area sementara nak tunggu habis masa. So dpt lah tgk Uwais interacting dgn teachers dia. He..he..he mcm ayam & itik. Ada sekali tu teacher suruh ambik beg, tah ke mana2 dia pergi ha..ha..ha...Pastu bila teacher suruh duduk utk dengar cerita penutup hari tu, dia asyik nak bangun dan sambung main lagi. Adus, puas ler assistant teacher, Shukri from Somalia tu dok suruh dia duduk sama kawan2 lain. Agaknya seharian gak ler si Shukri tu dok menengok dia, sbb bila balik tanya kat Uwais “Ada kawan tak kat sekolah?” Dia jawab “Tak der, ada teacher jer” ha…ha..ha...
Alih2 bila time nak balik, dia tak nak balik! Sbb nak main animal farms pulak. Again Shukri dok pujuk dia utk susun balik semula semua mainan dlm almari ;-) Akhirnya, lepas 5 minit dok main kejar2 dlm tadika tu, dia pun setuju nak balik dgn janji esok lusa nanti dtg lagi. Phew!! Uwais…Uwais…semangat sungguh. Lawak pun ada gak. Tapi Alhamdulillah, tenang lah sikit nak hantar sekolah next few weeks walaupun lama berjam2. Harapnya in a few months, he’ll catch up with the English and will be able to communicate better with his friends and teachers, Insya Allah.
Comments
Post a Comment