Thursday, March 29, 2012

Dear Aliyah,

Dear Aliyah,

How are you? Mama is fine, Alhamdulillah. How is every one else, Babah, Uwais and Luqman? I hope they are all well, Amin. I also misses you, Babah, Uwais and Luqman very very much. I wishes all of you are here with me :-(

I am trying to work very hard to finish my work. I need some more time to do them and will try to finish all my work soon. But good news! I will be back home in SP in May, Insya Allah. I have made you a nice calendar to count down my homecoming…yeay!! :-) So please tick every day off the calendar, till the day I come home, ok.

It’s Easter here in Melbourne, so I have bought all of you some Chocolate Eggs instead. Enjoy!! I will bring back some more when I fly home in May. As for your toffees, slippers, coloured pencils and t-shirt, no worries, I will get them for all of you in April and bring them back with me.

Please help Babah with Uwais and Luqman and listen to him and do what he says. Also have fun at school. Don’t worry too much! Don’t forget to solat, ok. Please pray that Mama finishes this PhD pretty soon.You are a wonderful daughter, my angel and I love you very much. Soon we’ll be back together in SP and we can have lots of fun, alright.

Lots of Love,
Mama
Here in Melbourne. 29 March 2012

Wednesday, March 28, 2012

Ke Hadapan Mama,


Warkah buat Mama daripada Anakanda tercinta, Aliyah :-)
(hmmmmm....sounds more like a shopping list - at times he..he..he)



Monday, March 26, 2012

Takut..Lupa

Minggu ini bermula lah 'full mode' makan, tidur, bangun, mandi, berjalan dgn thesis. Sesungguhnya supervisor aku sgt takut kalau aku balik dan tak siapkan thesis ni. Setakat ini sudah 2 orang balik dan tak hantar-hantar (lagi!). Aku pun takut jugak...takut Luqman lupa pada ku huwaaaaaaaa!!! Pastu supervisor pun cakap secara berseloroh 'don't worry, soon he'll forget about you. They need to learn to not be too clingy!' WTH!!. Kalau lah dia BFF aku, musti dia dah kena lepuk sedas dua ngan aku hu..hu...hu... Luqman!! Please don't forget mama!!! Tapi terasalah jugak, sbb selama ni paling lama pun 3-4 hari je aku tinggalkan. Bila berskype, dia buat do no jer kat aku isk..isk..isk..sedih lah jugak. Tapi Aliyah yang lagi sedih. Asyik tanya bila mama nak balik, bila mama nak balik. Last2nya aku kena console dia, tak jadi nak sedih kisahkan Luqman. Uwais, mcm biasa - cool sokmo. Mulut mcm bertih jagung non-stop. Apa butirannya kenkadang tak dpt lah nak tangkap. Maklumlah kat rumah Malaysia, tkder UNIFI lagi. Kalau dah namanya berukband - kualiti internet pun ala2 jungle version jugak lah kan. Kenkadang fed up nak berskype. 

Anyway, setakat ini main supervisor baru tgk 2 chapters - ada 7 more to go. Yang lagi sorang masih tak tgk2 lagi. Ada ke harapan nak siap sebulan dua ni he..he..he.. senyum dalam tangisan je lah jawabnya. Aku ingat hari ni nak bagi 'kata dua' kat dia - tapi boleh ker?? Last2nya manis gak mulut aku ni - haram satu pun tak keluar kata dua tu. Alih2 dia jugak yg bagi kata dua tiga dia kat aku. Ya Allah, semoga dia lebih takut drpd aku, supaya dia bersemangat nak takut2kan aku untuk habiskan thesis ni, Insya Allah, Amin.

Sunday, March 11, 2012

26

Luqman turned 26 months 2 days ago. While, he may not know it then, yesterday adalah hari ini dalam sejarah baginya. Kerana tarikh untuk kembali ke Melbourne telah hampir tiba, maka dengan dukacitanya, terpaksalah aku memulakan proses ceraian susunya awal 3-4 bulan apabila dibandingkan dengan kakak dan abangnya suatu ketika dulu. Namun walaupun kekurangan 'haul', Luqman sebenarnya menyusu selama 26 bulan hampir sepenuhnya, tanpa sebarang tambahan susu formula. In a way, coverlah bulan2 terawal berenti menyusu ni (inilah rupa ayat sedapkan hati jer).

Tips proses cerai susu sama jer mcm kakak dan abang - asam jawa. Kalau masa Aliyah dulu, tersangatlah sedihnya, sbb apabila dia terasa susu mcm masam maka dia kata 'Mama, pergi mandi!' Kesian kat dia sbb lepas mandi, susu mama masih masam jugak lagi hu..hu..hu.. Anyway, in Luqman's case pulak, selepas habis baca doa bagi memudahkan proses cerai susu baginya, selepas dia rasa susu semacam masam, terus dia tutup mulutnya dengan kedua-dua tangan :-) Sangat comel! Apabila ditanya nak susu ke tak? Dia kata 'nanak(tak nak)' Kelakar sgt, tergelak2 kami tgk gelagat dia.

Tapi selepas 26 bulan, bukanlah semudah itu nak cerai susu ni. Apabila Luqman terkenang, pasti dia nak 'kembali' jugak menyusu. Ketika tidur malamlah yang paling bermasalah sekali. Sepanjang menyusu, malamnya pasti dia menyusu mengikut kesukaan masa dan hatinya ;-) kadang-kadang sehingga 2-3 kali semalam. Jadi pada 2-3 malam pertama proses cerai susu, pasti secara spontan dia akan menuntut susu seperti biasa. Jadi perlulah konsisten menggunakan asam jawa, hatta sampai tidur malam pun. 

Masalah berbangkit ketika proses ini adalah susu formula gantian yang perlu dicari bagi Luqman. Pada awal perpindahan semula kami ke SP sememangnya dia sangat berminat dengan susu seisi keluarga yang aku belikan terutamanya untuk Uwais dan Babahnya. Malangnya selepas 2 minggu di Pusat Asuhan di dalam bulan Februari, Luqman menutup mulutnya setiap kali susu tersebut disuakan ke mulutnya. Malah Luqman kelihatan begitu tidak selesa sekali dgn Pusat Asuhan tersebut. Pergi dan balik bersulam airmata! Bagi aku, ketika pergi itu perkara biasa, tapi kalau sudah pulangpun begitu jua - it's simply unbearable. Sehinggakan aku nekad mencari tempat lain buat Luqman. Teman-teman ditanya, jiran-jiran dirisik, 2-3 pusat asuhan lain aku jenguk, malah pengasuh lama Aliyah dan Uwais pun aku rayu semula. Akhirnya, Alhamdulillah ketemu juga tempat yang baru utk Luqman. Kali ini, aku interview bakal caretaker tersebut bersungguh-sungguh. Pelbagai persoalan dan makluman aku mohon dan nyatakan. Apabila berpuas hati, aku mohon beberapa trial days untuk melihat response Luqman. 

Alhamdulillah, di tempat baru, Luqman lebih gembira, malah boleh melambai-lambai 'babai' nya kepada penjaganya setiap kali pulang. Dua hari di tempat baru jugak, Alhamdulillah caretakernya telah berjaya untuk memujuk Luqman untuk kembali menyusu. Tapi aku perlu tukarkan susu biasa kepada susu coklat, kerana dia seakan trauma melihat susu berwarna putih lagi. Sesungguhnya aku masih tertanya-tanya apa yang berlaku di tempat lama sehinggakan Luqman jadi begitu. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Apa-apapun kami doakan semoga Luqman , kekal serasi dan selamat di bawah jagaan caretaker yang baru ini, dan yang pentingnya juga - terus kekal menyusu, walaupun susunya tidak sesedap dulu ;-) Insya Allah. Amin.