26
Luqman turned 26 months 2 days ago. While, he may not know it then, yesterday adalah hari ini dalam sejarah baginya. Kerana tarikh untuk kembali ke Melbourne telah hampir tiba, maka dengan dukacitanya, terpaksalah aku memulakan proses ceraian susunya awal 3-4 bulan apabila dibandingkan dengan kakak dan abangnya suatu ketika dulu. Namun walaupun kekurangan 'haul', Luqman sebenarnya menyusu selama 26 bulan hampir sepenuhnya, tanpa sebarang tambahan susu formula. In a way, coverlah bulan2 terawal berenti menyusu ni (inilah rupa ayat sedapkan hati jer).
Tips proses cerai susu sama jer mcm kakak dan abang - asam jawa. Kalau masa Aliyah dulu, tersangatlah sedihnya, sbb apabila dia terasa susu mcm masam maka dia kata 'Mama, pergi mandi!' Kesian kat dia sbb lepas mandi, susu mama masih masam jugak lagi hu..hu..hu.. Anyway, in Luqman's case pulak, selepas habis baca doa bagi memudahkan proses cerai susu baginya, selepas dia rasa susu semacam masam, terus dia tutup mulutnya dengan kedua-dua tangan :-) Sangat comel! Apabila ditanya nak susu ke tak? Dia kata 'nanak(tak nak)' Kelakar sgt, tergelak2 kami tgk gelagat dia.
Tapi selepas 26 bulan, bukanlah semudah itu nak cerai susu ni. Apabila Luqman terkenang, pasti dia nak 'kembali' jugak menyusu. Ketika tidur malamlah yang paling bermasalah sekali. Sepanjang menyusu, malamnya pasti dia menyusu mengikut kesukaan masa dan hatinya ;-) kadang-kadang sehingga 2-3 kali semalam. Jadi pada 2-3 malam pertama proses cerai susu, pasti secara spontan dia akan menuntut susu seperti biasa. Jadi perlulah konsisten menggunakan asam jawa, hatta sampai tidur malam pun.
Masalah berbangkit ketika proses ini adalah susu formula gantian yang perlu dicari bagi Luqman. Pada awal perpindahan semula kami ke SP sememangnya dia sangat berminat dengan susu seisi keluarga yang aku belikan terutamanya untuk Uwais dan Babahnya. Malangnya selepas 2 minggu di Pusat Asuhan di dalam bulan Februari, Luqman menutup mulutnya setiap kali susu tersebut disuakan ke mulutnya. Malah Luqman kelihatan begitu tidak selesa sekali dgn Pusat Asuhan tersebut. Pergi dan balik bersulam airmata! Bagi aku, ketika pergi itu perkara biasa, tapi kalau sudah pulangpun begitu jua - it's simply unbearable. Sehinggakan aku nekad mencari tempat lain buat Luqman. Teman-teman ditanya, jiran-jiran dirisik, 2-3 pusat asuhan lain aku jenguk, malah pengasuh lama Aliyah dan Uwais pun aku rayu semula. Akhirnya, Alhamdulillah ketemu juga tempat yang baru utk Luqman. Kali ini, aku interview bakal caretaker tersebut bersungguh-sungguh. Pelbagai persoalan dan makluman aku mohon dan nyatakan. Apabila berpuas hati, aku mohon beberapa trial days untuk melihat response Luqman.
Alhamdulillah, di tempat baru, Luqman lebih gembira, malah boleh melambai-lambai 'babai' nya kepada penjaganya setiap kali pulang. Dua hari di tempat baru jugak, Alhamdulillah caretakernya telah berjaya untuk memujuk Luqman untuk kembali menyusu. Tapi aku perlu tukarkan susu biasa kepada susu coklat, kerana dia seakan trauma melihat susu berwarna putih lagi. Sesungguhnya aku masih tertanya-tanya apa yang berlaku di tempat lama sehinggakan Luqman jadi begitu. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Apa-apapun kami doakan semoga Luqman , kekal serasi dan selamat di bawah jagaan caretaker yang baru ini, dan yang pentingnya juga - terus kekal menyusu, walaupun susunya tidak sesedap dulu ;-) Insya Allah. Amin.
Comments
Post a Comment