Wednesday, November 30, 2011

Resepi Perantau 11 - Jus Avocado

Ini entri penutup bulan November. Sebabnya dah tak kesempatan nak cerita pasal sambutan AidilAdha, BBQ Raya lah, pastu masuk pulak tahun hijrah baru, jadi ada eloknya aku update resepi Jus Avocado ni he..he..he.. Ini favourite my DH. First minum pun di Melbourne ni kat Restoran Indonesia - Esteler. Anak-anak pun suka, tapi depa suka yang kat Esteler jer. So disebabkan my DH asyik dok beli avocado suruh buat jus jer, aku pun usaha lah nak bagi jus buatan kat rumah ni rasa macam kat kedai. Alhamdulillah selepas beberapa kali try, jadi jugak sebijik mcm kat kedai heeeee :-D


Bahan utama, of course - Avocado

So ni nak share apakah bahan-bahan dan caranya.


Bahan-bahan:


2-3 buah avocado (ikut saiz) 
Susu secawan
Air gula (3 sudu besar @ lebih - ikut jumlah avocado yang digunakan)
Ais batu secawan
Satu Cawan Air Sejuk (Boleh tambah lagi kalau pekat sangat)
3 sudu besar yogurt (apa-apa perisa pun ok)


Jika suka boleh tambah coklat minuman - bancuhan 4 sudu besar coklat minuman (macam Cadbury, not Milo) dengan sedikit air (biar pekat)


Cara-caranya:


Blend isi avocado dengan semua bahan-bahan di atas. 
Isi ais batu terakhir sekali.
Kalau pekat tambah lah sedikit air lagi.
Selepas siap boleh lah ditambah coklat minuman tadi dan campurkan ketika mahu minum jus tersebut. 


Enjoy! Very Yummylicious :-)
Tips: Avocado yang belum masak selalunya lebih murah drp yang masak ranum. Jadi kalau nak ranumkannya, letakkan di dalam beg kertas. Seal beg tu, lepas tu letak dalam bekas beras selama beberapa hari. Insya Allah, akan cepat ranum dan lembut.


Photos: Courtesy of the (all over) the WWW.

Tuesday, November 15, 2011

Suatu Permulaan

Rindu sekali mahu menulis seperti biasa di blog. Banyak nak cerita, tapi selalu digembirakan oleh perangai anak-anak, dan asyiknya menonton movie sewaan di rumah dengan my DH, sehinggakan masa menulis blog pun telah di'tiada'kan oleh aktiviti-aktiviti ini. ha..ha..ha alasan..;-)

Di pejabat memang tiada harapan nampaknya. In fact, sekarang ini setiap Isnin, Selasa & Khamis, Aliyah pun mengikut aku semula ke pejabat selepas sekolah. Hari Jumaat pun sudah mula kerja separuh hari. Cuti hari Sabtu atau Ahad sahaja, itupun kadang-kadang terasa mahu ke pejabat juga, walaupun untuk beberapa jam shj. Memandangkan Luqman begitu 'extrovert' sekali, maka harapan untuk membuat kerja rasmi di rumah adalah amat tipis sekali. Aku fikir walaupun masa semakin suntuk, adalah lebih baik buat sedikit-sedikit setiap hari drpd buat byk sekali dlm masa yg pendek. Aku mahu mengelakkan drpd dirundung perasaan panik! Kerapkali memberitahu diri - ini adalah suatu permulaan, bukannya suatu pengakhiran. Maka dengan itu, usaha menulis pun akan lebih tenang dan tidak kelam kelibut.

Perjuangan menuju deraf pertama hampir tamat. Aku kini cuba mengejar kecicciran masa dengan setenang mungkin, supaya hasilnya nanti akan lebih baik drpd menghadapi episod 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran'. Semoga Allah permudahkan urusan ku ini, dan teman-teman seperjuangan. Insya Allah. Amin. Sesungguhnya banyak sungguh aktiviti menanti selepas ini.