Suatu Permulaan
Rindu sekali mahu menulis seperti biasa di blog. Banyak nak cerita, tapi selalu digembirakan oleh perangai anak-anak, dan asyiknya menonton movie sewaan di rumah dengan my DH, sehinggakan masa menulis blog pun telah di'tiada'kan oleh aktiviti-aktiviti ini. ha..ha..ha alasan..;-)
Di pejabat memang tiada harapan nampaknya. In fact, sekarang ini setiap Isnin, Selasa & Khamis, Aliyah pun mengikut aku semula ke pejabat selepas sekolah. Hari Jumaat pun sudah mula kerja separuh hari. Cuti hari Sabtu atau Ahad sahaja, itupun kadang-kadang terasa mahu ke pejabat juga, walaupun untuk beberapa jam shj. Memandangkan Luqman begitu 'extrovert' sekali, maka harapan untuk membuat kerja rasmi di rumah adalah amat tipis sekali. Aku fikir walaupun masa semakin suntuk, adalah lebih baik buat sedikit-sedikit setiap hari drpd buat byk sekali dlm masa yg pendek. Aku mahu mengelakkan drpd dirundung perasaan panik! Kerapkali memberitahu diri - ini adalah suatu permulaan, bukannya suatu pengakhiran. Maka dengan itu, usaha menulis pun akan lebih tenang dan tidak kelam kelibut.
Perjuangan menuju deraf pertama hampir tamat. Aku kini cuba mengejar kecicciran masa dengan setenang mungkin, supaya hasilnya nanti akan lebih baik drpd menghadapi episod 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran'. Semoga Allah permudahkan urusan ku ini, dan teman-teman seperjuangan. Insya Allah. Amin. Sesungguhnya banyak sungguh aktiviti menanti selepas ini.
ASSALAMUALAIKUM..
ReplyDeletesesat kesini masa gugel kehidupan di luar negara :-)
Salam Maal Hijrah Fadzlina. Moga tenang dan sukses selalu.
ReplyDeleteSalam Maal Hijrah kembali Kak. All the best to you too :-)
ReplyDelete