Jika Beriftar_Mulalah Membungkus ;-D
Semalam dalam kekalutan nak berbuka bersama Imran, Noreen and the geng di Jika-jika (pronouced as Jaika-jaika) Community Centre, di Northcote, nose pad cermin mata aku hilang satu. Aiseh! bikin lambat sampai ajer. Semalamanlah beriftar dok picit2 hidung sebab, sakit kena besi cermin mata sans the nose pad. Tapi lupa sat sebab makanan sedap2 dan sungguh banyak sekali. Naik sekilo wes lepas makan dan makan. Alhamdulillah! Terima kasih juga kepada penganjur bersama Kak Sue dan Aini sekeluarga. Mohon ampun dan maaf sebab menjalankan projek membungkus shj dan tidak berkesempatan nak buat projek mengemas sekali - almaklumlah, my small army would prefer to unkemas daripada mengemas he..he..he..
All the gorgeous ladies :-D |
Inilah projek budak-budak ni semua masa org tgh solat, dok kelentung kelentang -D |
Anyway, kerana majlis Iftar juga meraikan beberapa rakan-rakan PhD yang bakal balik for good sebelum hari raya ini, including Kak Aida dan Kak Asmidah, maka perbincangan sepanjang malam sebahagiannya berkisar kepada isu-isu packing dan shipping. So dapatlah beberapa tips. Antaranya, company2 yang dicadangkan dan tempoh masa yang diambil untuk mengemas.
Apa yang aku dapati adalah, harga shipping adalah berbeza-beza dan sebenarnya mahal murahnya banyak berkisar kepada berapa dan apa jenis barang yang kita nak hantar pulang. Kadang2 menghantar melalui jumlah kotak dan beratnya, lebih murah drpd melalui 'container' sekiranya barang kita 'kurang', dan kadang2 pula lebih mahal sekiranya barang2 kita lebih banyak dan pelbagai jenis rupa paras dan sizenya. Harga juga berbeza antara door to door, door to depot, depot to depot. Itu tidak termasuk harga bayaran bagi port dan agen (sekiranya ada) dan juga insurance (jika perlu dan sayangkan brg2 anda itu). Penting juga untuk kita tanyakan sekiranya company2 tersebut punyai rate khas untuk students. Setakat ini aku sudah jenguk2 beberapa company dan sedang tunggu untuk menghubungi beberapa cadangan lagi, termasuk drpd Achik ku (seorang Pegawai Kastam Malaysia) di Sheffield.
Dan yang paling penting sekali, rata-rata mengatakan tempoh mengemas barang mengambil masa paling kurang sebulan dan paling lama sehingga 6 bulan. Mak Aih! hu..hu..hu lagu mana mahu perabih PhD ini kalau dok sibuk mengemas loh!
Jadi pagi2 tadi sebaik sahaja kedai bukak, aku sudah tiba di Northland Shopping Centre - pertamanya untuk ganti nose pad baru. Ini kali kedua aku ganti nose pad. Yang terakhir tahun lepas di Malaysia. Alhamdulillah, dapat diganti dalam AUD10 sahaja sepasang di OPSM. Dalam masa 5 minit semua siap, sekali dibersihkan, berkilat2 lah cermin mata ku yang framenya sudah berumur hampir 5 thn itu. (Good old glasses are like good old shoes - and good old friends, they are always comfortable and reliable to be with!)
Keduanya - aku singgah di Reject Shop untuk membeli bubble wrap dan cling wrap. Aku berkira-kira aktiviti membungkus perlulah bermula dr sekarang. Kotak2 di Reject Shop nampak gayanya lebih mahal drpd yang dijual secara online di beberapa site, contohnya di sini. Kalau kita gunakan company Seven Seas pulak, kotak2nya dan semua packing material, termasuk bubble wrap dan tapes diberikan percuma (ataupun sekali dgn harga shipping lah tu sebenarnya). Ada juga kotak2 yang dijual secara online di ebay, gumtree ataupun yang diberi percuma di freecycle (tapi tak tentu jumlah dan lokasinya) dan sebagainya. Jadi masih lah berkira2 dan meninjau2 yanga mana satu yang bersesuaian.
Kalau ikutkan kami nak bawak balik sekurang mungkin barang2 drpd Australia. Tapi bila singgah di Sunday Market di uni tadi berkenan sungguh tgk pelbagai mainan Fisher and Price dan buku2 kanak2, preloved ones yang elok2 dan harganya lebih murah drpd beli baru. Macam mana ni?? Temptations!! Rasa macam nak borong semua ;-D Silap haribulan esok2 di saat-saat akhir nanti, kami lebih byk bwk balik buku dan mainan drpd barang2 lain yang menjadi idaman orang2 Malaysia di Melbourne ini hu..hu..hu..
Fadz,
ReplyDeleteinfo yg akak pun dok tunggu tunggu. Tq bebanyak. Paling risau bab nak memacking tu...adoiii...dah lah nanti kami dua dua dok kena acara "memulun'. Siapa yg nak pack? We all pun decide nak bawa balik brg seminimum yg mungkin... heeeee
pulun kak...jgn tak pulun 2-2 pun kena..he..he..he
ReplyDelete