Pest!

Ujian-ujian kesabaran datang lagi ~ versi nyamuk!

Minggu lepas email yahoo aku telah di spam. Arghhhh!!! haru... Beberapa bulan sebelum ini email rasmi universiti. Habis lah tak boleh nak login ke dalam sistem uni, semua kena block termasuklah PC kerja semuanya. Seharian aku berurusan dgn staff-staff di universiti yang etika kerjanya very individualistic ~ which means ke hulu -ke hilir lah aku ala-ala safa marwa, sebab kalau pegawai A tak tahu bagaimana nak menguruskan masalah/urusan ini sebab bukan bidang tugas dia, maka sampai bila-bila pun dia takkan tahu (ataupun tak mahu ambik tahu) dan tidaklah dia akan suggest pegawai B ke C ke. Pandai-pandailah aku carik sendirik! Ini bukan Malaysia, di mana perangai 'busy body' sesetengah staf gomen 'nampaknya' adalah jugak pekdahnya. Aduhai seharian aku tawaf universiti dr unit ICT student ke unit ICT staf. Sudahlah jarak di antara kedua-dua unit sejauh satu padang bola. Masih jugak tiada penyelesaiannya. Staf unit ICT staf kata bukan bidangkuasa depa, suruh pergi ke unit ICT student. Bila sampai di unit ICT student pulak, depa masih tak boleh unblockkan sebab katanya tiada authority untuk berbuat demikian, sbb depa jaga budak2 undergrad jer. So depa suruh pergi balik ke unit ICT staf ....arghhhhh!!! Aku pergilah semula ke ICT staf, depa kata apahal pulak tak boleh, mungkin ada something wrong kut dgn account aku (implying aku tak bayar fees). Pulak dah?!

Maka aku pun pergilah cek dgn bahagian account, student centre nak bertanyakan apahal aku tak boleh nak login ke dalam sistem ~ apakah yuran tak berbayar ke?? Alhamdulillah yang menguruskan kaunter tu, si cantik manis Hessa, from Turki kesian dgn cerita aku yang dah macam nak menangis mengenangkan apahal kalau macam ni berhari-hari, macam mana nak buat kerja. Selepas cek account semua clear, dia kata, takpelah, dia suruh aku duduk je kat lounge dan dia cuba uruskan melalui telefon. Dalam masa kurang drp 15 minit, selesailah masalah aku. So betullah firasat aku, email aku was compromised dan telah menghantar beratus2 email spam ke semua contact lists aku. Maka untuk mengelakkan masalah berterusan unit ICT telah block account aku. Untuk unblock, depa telah bagi password baru dan haramkan penggunaan yang lama. Penyelesaian yang nampaknya sangat mudah dan cepat, kalau lah depa actually listen to me!!! Sungguh geram sekali kerana telah membuang masa begitu aje.

Anyway, bila email yahoo aku pun buat ala-ala nak menyemakkan email account org lain, maka aku sudah boleh agaklah, ni mesti ada org telah guna pakai account aku. Bila trace balik nampaknya macam dr Taiwan. Maka sebelum yahoo block aku, aku pun bersegeralah menukar password yang baru. Tapi adalah jugak mereka-mereka dlm contact list yang telah ter'spam'. Mohon ampun lah yer. Please just delete them. When part of your lives is actually attached to technology, benda2 sebegini, unfortunately kadang-kadang tak boleh dielakkan. Which reminds me of my dormant FB account - perlu investigate ni kut2 ada pulak orng menyamar jadi aku kan...~ he..he..he bunyi cam alasan nak bukak FB balik jer tu ;-)

Settle bab email - sejak semalam pulak, tah apahal asyik terima call daripada seorang mamat yang bila telah di'google'kan nombornya datangnya dr Morroco/Maghribi. First missed call, aku call balik dia letak semula. Pastu hantar sms kata 'no spekey english tu woman arabik'. Aku biarkan jerlah. Pastu buat lagi missed call. Siap hantar sms 'Ramadan mobarak' dan tah hapa-hapa lagi. Apahal pulak ni ~ nak cari jodoh ker?? Kut iye pun, cakaplah elok2. Balik2 missed call. Kedekut ta#* hidung masin betul! Kalau ginilah gayanya nak mencari jodoh, tak payah ler. Mengabihkan boraih ja! Memang lah calon tercorot. ehhh...melalut pulak.

Hari ni pun dia buat lagi. Stress betul nak buat kerja. Ini sudah kira harassment. Maka aku mintak tolong pakcik Androidku download program dlm telefon untuk block nombor mamat ni. Semoga lepas ni tak de dah lah incoming (missed) call drp Morroco, Insya Allah. We shall see....ok now...back to work sebelum termakan nyamuk. 

Comments

  1. aah kak, email gmail wani pun kene hack dari taiwan gak. nasib dia anta ke email hb wani...then dalam masa sejam terus wani tukar password. check memang dia login dari taiwan jugak..

    ReplyDelete
  2. heee geram kan...tp yg lebih geramkan mamat morroco tu heeee...

    Alhamdulillah hari ni dia dah terima hakikat - I am happily married huwahahaha...

    Kacau daun jer ;-P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts