Membina Antibodi

Selepas hampir 7 bulan di sini, akhirnya semalam berjaya jugak bawak the children sambung immunisation semula. 4 bulan terlewat sebenarnya. Kalau ikutkan di Malaysia semua jadual imunisasi mereka berdua semua sudah lengkap, kecuali satu lagi booster MMR untuk Uwais.

Tetapi apabila di sini, ada beberapa lagi jenis vaksin yang mereka tambah di dalam jadual tersebut yang tiada di Malaysia. Contohnya, macam Prevenar utk Pneumococcal Disease dan Varilrix utk Chickenpox. Bukan itu shj, beberapa booster tambahan diberikan apabila seseorang kanak2 sudah berusia 4 tahun pulak. Semuanya percuma!! Kalau di Malaysia, Prevenar hanya akan diberikan dengan bayaran bernilai ratusan ringgit, kebanyakannya di hospital swasta.

Sebelum kita boleh mendapatkan servis ini, kita perlu register nama anak2 dgn pejabat kesihatan City Council yg terdekat dgn rumah. Perlu bawa buku2 jadual imunisasi anak2 semasa di Malaysia supaya pegawai berkenaan boleh kenalpasti apa lagi vaksin yang ketinggalan. Tak perlu translate pun. Janji jangan tertinggal di kg halaman. Nurse faham je senarai suntikan yg the children dpt di Malaysia. Uwais contohnya, perlu ambik 4 lagi vaksin, Aliyah pun 4 juga.

Team nurse dr pejabat kesihatan tersebut pulak akan bergerak dr satu tempat ke tempat yg lain mengikut tarikh & tempat imunisasi yang berubah mengikut jadual yang ditetapkan sepanjang tahun. Jadi kita boleh pilih di mana dan bila nak ambik imunisasi tersebut, dgn syarat mengikut umur bayi @ kanak2 lah.

Oleh kerana vaksin yang perlu diberikan adalah 4, kami kesian kat the children, so minta supaya diberikan 2 suntikan je dulu. 'The next 2, next time', boleh tak? Nurse tu ckp 'no worries' lah cam biasa. he..he..he. Semua pun no worries, take it easy sungguh.

Tapi bila time nak bagi injection, they are very serious about it. Siap bagi penerangan dulu apakah nama vaksin, bahagian badan mana yg nak kena cucuk dan apa kesan2 sampingan selepas vaksin diberikan. Selepas tu siap kena tunggu selama 15 minit, sebelum boleh balik, so depa boleh monitor kalau2 ada apa reaction yang tidak dijangka, cam pitam ker dsgnya. Ok, kanak2 lepas ni ada 2 lagi yer, siap sedialah lengan2 anda berdua.

Tengah tunggu giliran, Aliyah masih boleh tersenyum...
sbb sebenarnye dia tak tahu dia nak kena inject ;-)

Nurse beri penerangan sebelum Injection, Bukannya terus bg dan bye2!

Aliyah, dulu yer... 'Tutup mata.. tutup mata.' Aliyah nangis pelan2 jer.
Org lain meraung-raung satu hall boleh dengar.
Kelako pun ada, mcm tgk horror movie..he..he..he

Uwais pulak, sian kiri kanan kena...
Power gitu, no 1 tak nangis, no 2 pulak kejap je dia nangis

Uwais lepas injection, sempat bersuaikenal ngan 'baby'.

Bye..bye, next month kami dtg lagi yer.

Comments

  1. akak.. teringat macam library bergerak kat M'sia je... sana inject kat tangan ke? sini inject kat kaki.

    ReplyDelete
  2. Depa kata kalau dah lepas setahun, inject kat tangan. Kalau baby kat punggung kut. Mungkin jugak cucuk kat kaki kalau ambik 4 sekali hari tu. Wani dah p buat yer?

    ReplyDelete
  3. oho.. entahla, kalu imran setahun, aisyah 3 tahun sini still inject kat peha.. bukan kat punggung pun... dah gi dah injection utk diorang last week. Imran kene lagi next month. Aisyah lak nanti bile nak masuk tadika bulan 6 nanti ada 3 -4 injection khas utk budak skolah laak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts