Priorities
Awal minggu baru-baru ini semasa Postgraduate Lunch fakulti, dapat berborak panjang dengan salah seorang kawan sebilik office, Soon Ae, pelajar Korea yang buat Phd pasal 'Diabetics Health Management' Korea.
Soon Ae baik orangnya dan sgt rajin bekerja. Antara favourite statement dia "Korean people work very hard!" Well, duly noted. Kadang-kadang apabila weekend pun tak bekerja, dia akan komplen dgn jayanya yang dia dah 3 hari tak buat kerjanya. (PhD) Wah...di manakah aku masa itu? Jadi, apabila berkawan dengan Soon Ae ni, in a way dapatlah jugak tempias kerja kerasnya itu. Hopefulylah...ha..ha..ha. Phdnya dah nak habis, kurang drpd tempoh 3 tahun yang diberikan oleh majikannya di Korea. Aku dah siap nak booking workstation Soon Ae, sebaik shj dia tamat nanti, nak ambik aura positifnya.
Anyway, aku dan my other half memang suka makan 'Kimchi'. Malangnya sudah 2-3 kali diajar pun tak pandai buat lagi (I'm not paying attention, actually). So apabila bercerita pada dia, punyalah seronok dia sbb 'Kimchi' adalah makanan favouritenya of course, ala2 mcm sambal belacan org2 Melayu, tapi yang bestnya dia pun tak pandai buat jugak. So sama taraflah kami berdua. Maka semalam, dia dengan sukacitanya telah bekalkan aku dgn setengah kilo 'Kimchi' yang dia beli dr Boxhill. Aku balik rumah tersenyum lebar...sebab dah lama tak pekena 'Kimchi'. Wah, bestnya! Rasanya tetap sama seperti tahun- tahun dahulu.
Soon Ae jugak walaupun sgt sibuk bekerja, sgt peramah. Pada masa-masa breaknya, amat suka bercerita. Katanya, hanya 3-4 Korean shj yang buat Phd di Latrobe ni. Salah seorang drpdnya, rupanya tinggal di Barnes Way jugak. (Aku pernah jumpa di taman permainan BW rupanya). Kawannya itu buat Phd dalam 'Linguistic Evolution of English in Korea'. Dia dapat scholarship drpd Latrobe Uni dalam tahun 1999. Yang bestnya, tiba-tiba dia conceived. Maka dia minta pulang ke Korea untuk melahirkan anaknya dahulu. Kemudian dia mintak tunda lagi untuk jaga anaknya pulak. Akhirnya, selepas anaknya dah toddler baru dia kembali ke Melbourne untuk sambung Phdnya itu. Menariknya, LTU tak tarik balik scholarshipnya. Malah freezekan selama tempoh postponementnya itu dan sambung semula selepas dia sudah bersedia. Masuk tahun ini dah 10 tahunlah dia memulakan perjalanan Phdnya. Kemungkinan sebelum bulan 6 ni dia akan serahkan final reportnya.
Soon Ae kata kawan ni special case, lain drpd norma2 bekerja org2 Korea. According to her 'She raised her child first and when she have the time she'll do her PhD!' Aku tergelak besar dengar statementnya itu. Macam pernah kudengar cerita ini...Di mana ya?
Benarlah kata org, PhD is not merely about getting the doctorate. Ianya adalah suatu perjalanan mengenal diri sendiri. Kita akan sentiasa diuji di manakah letaknya priority kita. Ada org yang akan pejam mata dan keraskan hati, buat pilihan kanan @ kiri, tiada dolak dalik. Ada org yang akan beratkan kanan @ kiri, ikut keadaan. Ada org pula yang cuba membuat pertimbangan sama rata, sekurang-kurangnya, seboleh-bolehnya. Ada juga yang mengelak membuat pilihan langsung, ha..ha..ha...ada ker? di manakah mereka2 itu? Tapi di akhirnya nanti semuanya terpulang ke atas diri kita sendiri, sama ada kita bijak mengatur priority kita itu sebaiknya atau sebaliknya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
thanks fadz, very enlightening...
ReplyDeleteTang mana yg enlightening tu...hi..hi..hi. Kena nyayi lagu Headwind nih...'Kita Serupa'.
ReplyDeleteKunjungan balas dari saya. Terima kasih di atas ucapan. Saya redha dengan ketentuan Allah.
ReplyDeleteMembaca entri ini terbit sekelumit rasa bersalah.Ada rakan dan saudara mara yang mengatakan saya terlalu renyah bekerja di samping meneruskan pengajian Phd saya dalam masa yang sama;yang menyebabkan tekanan kepada kandungan saya sehingga arwah lahir sebelum masanya. Saya dijadualkan membentangkan proposal Phd pada 12hb yang lalu. Ketentuan ini membuatkan saya muhasabah diri.Namun saya mengambil positif bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.
Saya doakan kita sama-sama berjaya menggapai impian Phd seiring dengan kejayaan di sudut lain-dunia dan akhirat. Amin...