Utilities ke "bebanities"

Semalam sebagai hadiah tahun baru syarikat provider gas & elektrik ku hantar surat bagi meraikan tahun 2009, depa dengan jayanya akan menaikkan supply charge dan rate lagi. Ada lah dia tulis dlm surat tu berapa. Sikit jer depa kata, tapi aku tak percaya sgt, sbb biasalah mesti ada fine prints punya kan.

Anyway, so far yg aku tak laratnya, supply charge dia campur ngan tax GST, sampai almost 1/4 drpd total bil. Setakat ni bil elektrik ngan gas memasak ok lg, cuma yg tak boleh nak kontrolnye gas utk air panas. Mana taknya, sikit2 jer air panas, lebih2 lg kalau dah sejuk2 tu. Itupun depa suruh mandi 4 minit jer sebab Oz kan tengah kemarau. Tapi, kalau dah mandi air panas dlm cuaca sejuk2, mesti tak mau keluar dr bilik air... ada ke nak mandi 4 minit jer.

Itupun nasib baik, bintang2 energy saver peti ais tu byk, dan kitaorg takde mesin basuh ngan dryer. Lagi satu air sejuk boleh guna percuma, sbb Uni byr bulk billing. Kalau tak, mesti lah lg byk bilnya. Bulan2 winter pulak, rate bil semuanya double selama 150 hari. Dah lah sejuk, bil pulak jadi mahal lagi. Apa ke hei nya?!

Aku tak boleh nak bayangkan bil utilities org lain kat sini, Malaysian or Aussies alike. Kata Abg Badli, (husband Kak Hada), tak lama lg bil2 kat Malaysia ni pun akan jd cam kat Oz gak, siap ngan tax semua. Aku rasa kalau jd betul, memang tak patutlah. Kat sini takpe lah gaji depa 2-3 kali ganda drpd org2 kat Mesia, siap ngan concession utk org2 tua, disable semua. Itupun aku rasa mahal bangat, especially utk student solely on scholarship.

Tapi so far Alhamdulillah aku masih mampu nak bayar bil. Cuma kuranglah sikit kek2 SARA LEE yg aku boleh beli setiap bulan..he..he..he.;-)

Comments

  1. Baru ingat nak lepak rumah ko kalau nak lawat Melbourne nanti..

    Tak jadila macam ni...

    BTW, berapa ya sewa kat Malaysia Hall???

    ReplyDelete
  2. Aiseh..takde hal, cuma kena tax dulu lah..;-)

    Malaysia hall, satu malam antara AUD6-12 dollar. Tp depa tgh renovate skrg ni, mungkin tgh2 thn ni br siap kut.

    Kalau nak mai, dtg masa break mcm skrg ni, byk jugak rumah transit ada...sbb depa balik collect data.

    ReplyDelete
  3. Na, mana buleh cut budget Makcik Sara Lee's cheese cake.. tak buleh! Sedihler x dpt makan kek best tu tiap hari... hehe..

    ReplyDelete
  4. puan,

    my name is f arami, pensyarah mass comm uitm shah alam. thank you so much for your useful info and guidance. I am moving to melbourne mid-Feb 2009 for Ph.D at rmit and am extremely worried about the temporary accomodation.

    Perlukan bantuan puan untuk dapatkan nombor telefon/alamat e-mail students doing their data collection and such untuk tujuan rumah transit.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Lovely...

    Insyaallah hujung tahun 2009 nanti. (kalau dapat DM52..amin.)

    ReplyDelete
  6. Farami, nanti email kat sy Fadzlina1977@yahoo.com. Eloknya join yahoo group Victoria Malaysian Postgraduate Association (VMPGA)sekali. http://www.vmpga.org/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts