Resepi Perantau 4 - Daging Goreng Berempah

Resepi ni courtesy kawan Kak Dayah dr Riyadh (Nana). TK.

Bahan2:
Daging (direbus dengan pressure cooker dan dipotong kecil-kecil) - (letak lesung batu atas steamer boleh?..he..he..he)
Serbuk Lada hitam, Lada putih, Ketumbar, Jintan Manis
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Sedikit Sos Tiram, Kicap Manis, Kicap Masin
Sedikit Garam dan Gula
Sedikit Hirisan Cendawan Kering (Shitake kut?)

Cara2:
Panaskan kuali dengan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis sos tiram dan masukkan daging yang sudah direbus tadi.
Taburkan sedikit sahaja serbuk ketumbar, lada putih dan jintan manis.
Gaulkan dan titiskan sedikit kicap manis dan masin.
Masukkan hirisan cendawan kering, garam dan sedikit gula.
Gaul sehingga masak serata dan taburkan sedikit serbuk lada hitam yang kasar.

Comments

Popular Posts