Ujian Masa
Sakit mata minggu lepas dah bertukar simptom, dari pedih dah jadi gatal, dari sakit dah jadi 'annoying'. Sehari 4-5 kali men'cermin' mata.
Adik merab dah 3 hari, tak lena tidur, tak mahu main mcm biasa dan asyik nak mengamuk aje, suatu perangai yang amat 'rare' baginya. Mungkin juga sbb panas, tapi akhirnya malam ini aku pun tahu kenapa...ibu2 menyusu silalah teka.
Kenapa bila kita mencari barang yang hilang, mesti tak jumpa. Kalau tidak takkanlah dinamakan barang itu hilang tidak begitu? Tapi apabila kita sudah bosan mencarinya, atau dah terlupa pun, bertemu pulak.
Mungkin aku tak bersyukur dgn masa yang aku ada. Maka Allah nak beri ujian2 kesabaran kecil ini bgku. Semoga aku pantas menggunakan masa selepas ini sebaik mungkin. Mungkin aku perlu bekerja separuh masa, supaya aku lebih bijak menggunakan separuh lagi masa yang diamanahkan kepadaku. Mungkin juga...
Comments
Post a Comment