Tambahan "Nasihat Belajar Luar Negara Kak Hidayah"

Sekadar nak menambah sedikit nasihat Kak Hidayah pasal tempat nak bernaung sebelum mendapat rumah tetap di Melbourne. Aku punya pengalaman sendiri berkenaan hal ini, tetapi tak perlulah nak dirungkaikan di sini.

Pada pendapatku dalam hal nak "menumpang", sebelum apa2 kita harus faham dan difahamkan sejelas2nya apa perancangannya. Adakah kita menumpang percuma @ ada aturan lain? Selama mana? Seboleh-bolehnya jgn gunakan org tengah, tanya "direct" pada tuan rumah perkara-perkara berikut:
  • Berapa lamakah mereka sanggup menerima kita?
  • Apakah bayarannya - utk makanan, bil2 utilities, kos pengangkutan dll?
  • Apakah perkara yg boleh & tidak boleh dilakukan sepanjang berada di rumah mereka? (Memasak, tengok tv... dsbnya)

Istilah "ala faham2 sendirilah" @ "buatlah macam rumah sendiri" tidak boleh dipakai, kerana akan membawa kepada perselisihan faham di antara tuan rumah & tetamu, lebih2 lagi jika tetamu tersebut bukanlah kenalan yg benar2 rapat dgn tuan rumah. "Take everything out in the open" supaya tidak ada perkara yg berbuku di hati.

Di samping itu, yang hendak menumpangkan pun perlu ambil kira perkara2 tersebut. Jangan kerana terhutang budi @ terpengaruh dgn pendapat org lain, kita sanggup bergaduh suami isteri anak beranak, dan menumpangkan org lain di rumah kita separuh hati. Itu lebih berbahaya. Kedua-dua pihak harus melihat akan keadaan keluarga, jumlah ahli keluarga, tabiat & perangai mereka dan ruangan yang diperlukan oleh mereka, baik dari segi emosi @ fizikal. Walaupun, masa menumpang dikatakan paling minima pun 14 hari, tetapi yang menumpang dan menumpangkan harus faham, banyak perkara baru yang perlu dipelajari dan diadaptasi oleh tetamu tersebut sekeluarga. Selalunya hari pertama & kedua di sini, kita yang baru tiba di negara orang, cuaca pulak sgt berbeza, pastinya terpinga-pinga. Ada tetamu yang pantas dan "efficient" orgnya, ada pula yg mengambil masa utk meng"adaptasi" diri. Jadi kecuali anda sudah pernah tiba di Melbourne, "there's no way you will be up & running" hari kedua ketibaan anda di sini.

Perkara2 lain yg perlu diambil kira:

  • Menumpang juga menyebabkan kita tertakluk kepada jadual tuan rumah dalam byk hal. Inspection rumah, membeli belah brg keperluan dan sbgnya perlu mengikut kelapangan tuan rumah. Ada tuan rumah yang pantas dan "efficient" orgnya, dan ada juga yang mengambil masa utk memberikan masa beliau, lebih2 lagi sekiranya beliau yg melanjutkan pelajaran.
  • Isu aurat dan "privacy" juga penting. Kalau tuan rumah yang sambung belajar ialah suami, maka tidak bolehlah nak kita tinggalkan isteri kita sekiranya isteri tuan rumah tiada, begitulah juga sebaliknya. Walaupun isu2 ini mungkin nampak kecil, tetapi boleh membawa kepada hal2 lain pula di kemudian hari.
  • Bukan itu sahaja, apabila menumpang kita rasa tertekan untuk menerima apa sahaja tawaran rumah yang tiba, lebih2 lagi kalau kita terpaksa berada di situ lebih drpd 14 hari. Ada yg berpendapat kita tidak boleh memilih, "beggars cannot be choosers" especially in Melbourne, tetapi seboleh2nya eloklah kita mendapatkan rumah yang paling sesuai dgn keperluan kita supaya kita tidak perlu berpindah randah pula selepas ini. Ini semua akan melibatkan kos lagi yang sepatutnya boleh dielakkan sekiranya kita mendapat rumah yg tepat.

Antara cadangan selain menumpang adalah menyewa hostel @ motel dsbnya. Sekiranya yang melanjutkan pelajaran itu sanggup dtg dahulu berseorangan utk menguruskan hal-hal penempatan keluarganya kelak, adalah lebih baik. Bak kata Kak Hidayah, menumpangkan seorang adalah lebih mudah, tetapi tetap tertakluk kpd hal2 di atas juga. Kadar menyewa motel @ hostel bagi satu individu pula adalah lebih murah. Kadar kereta sewa di Melbourne pun boleh dikategorikan murah, AUD 40 sehari. Kalau mahu yg murah lagi, bolehlah sewa kereta pelajar2 Malaysia di sini, yg siap dengan GPS Navigator pun ada ;-).

Perancangan ini semua tertakluk kepada pertimbangan pelajar tersebut. Perkara2 di atas semua perlu diambil kira. Buatlah keputusan berdasarkan perbincangan yg terang dan jelas. Jangan jadikan isu kos sebagai pertimbangan utama. Insya Allah, ada rezeki kita dan anak2 kita sekeluarga. Amalkan Surah Al-Waqiaah setiap malam dan solat hajat bagi memudahkan urusan kita di sini kelak. Dan sekiranya kita masih diberi bermacam2 kesulitan & kepayahan, anggaplah itu sebagai dugaan & ujian drpd Allah. Sesungguhnya inilah kehidupan. Semoga kita dimurahkan rezeki utk menerima ganjaran yang lebih baik di masa depan [PhD...;-)]

Comments

  1. Salam..

    Satu peringatan yang amat baik.

    Syukur aku dapat menyewa sementara sebuah rumah kosong sejurus tiba di sini. 2 minggu kemudian barulah dapat rumah tetap sekarang ni..

    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Ya..kalau dpt menyewa rumah transit lebih baik sebenarnya, tapi kalau tiada tulah masalahnya. Kita boleh doakan yg terbaik shjlah, semoga dipermudahkan urusan bg kwn2 yg akan tiba nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts