Ada apa dengan hati?

Persoalan hati memang sukar dimengertikan. Ada apa dalam hati seseorang mana mungkin ditafsir semudah apa yang diungkapkannya. Berada di sini, mengajar aku banyak tentang hati dan pengalaman hidup baru, ada yang suka dan ada yang duka.

Setelah enam bulan, aku tahu mana dudukku di sisi Allah. Masih jauh, seakan tidak kesampaian. Aku mahu jadi insan yang hatinya mengotakan apa yang diungkapkan. Aku mahu jadi insan yang tawadduk dan redha dengan apa yang Allah telah ketepikan untukku. Aku mahu jadi insan yang sabar dan berkata yang benar-benar belaka. Di manakah aku? Aku masih jauh. Seringkali aku bertanya kenapa aku di sini? Jawapannya sememangnya sudah pasti. Aku di sini kerana Izin Allah. Aku bukan insan terpilih, aku bukan istimewa, aku bukan luar biasa. Aku insan kerdil yang merintih kasihnya Allah. Aku akur...

Jesteru, kenapa aku bersedih? Kerana aku sudah lupa apa yang telah kudoakan apabila anakanda-anakandaku secara metaforanya tersepit satu ketika dahulu, hanya kuingat adalah panasnya pipiku, merah padamnya mukaku dan kehangatan hatiku. Apa yang kutahu, suamiku tidak akan lupakan sejarah itu sehingga akhir hayatnya. Hinggakan mendatangkan kegusaran kepada ayahanda dan bondaku di tahah air, walaupun kucuba tahan cucuran airmataku apabila menghubungi mereka. Dengan harapan kuranglah kegundahan hati mereka. Tapi nama pun, ayah dan bonda mana mungkin dibiarkan begitu sahaja. Ingin dihubunginya semua kenalannya di mana-mana jabatan yang ada untuk membantu. Sampai begitu sekali. Tapi siapa yang tahu...

Namun aku berharap aku telah mendoakan yang baik-baik, walaupun hatiku bagai dihiris sembilu mengenangkan anakanda-anakandaku. Akulah insan yang lemah itu, tapi apalah salah anakanda-anakandaku yang tercinta. Tiada...Tapi aku mahu mengerti dan dimengertikan. Aku mahu berdoa yang baik-baik walaupun aku telah dilukai, tapi mampukah aku mendoakan kesejahteraan apabila anakanda-anakandaku jadi percaturan. Sesungguhnya, aku sudah lupa, aku berharap aku lebih kuat sekarang untuk memberikan jawapan yang lebih ceria. Aku berharap aku sentiasa mendoakan kebahagiaan walaupun aku kelukaan...

Ada apa dalam hati? Hanya Allah yang tahu.

Comments

  1. ni nape pulak dengan anak2 you ni
    seram na bunyinya

    ReplyDelete
  2. Seram....he..he..he it depends on who you are? Anyway, aren't they adorable (pujilah anak sendiri)?

    ReplyDelete
  3. Mmg cute ur kids...lebih kurang sebaya ngan mine. Ha'ah....pesal diaorg?

    ReplyDelete
  4. TQ. Takde per, citer lama. Stress masa mula2 sampai dulu. A vicious cycle caused by others...

    ReplyDelete
  5. ohhhh...cerita lama...
    samalah kita....mengingatkan pengalaman mula2 sampai dulu mmg sedih pilu....terutama bab anak2....rasa cam merempat pun ada...apalah hikmah di sebalik nyer kan.....

    ReplyDelete
  6. Hikmahnya...for me mudah aje, kena lebih byk bersyukur dgn nikmat yg sedia ada. Lagipun, inilah kehidupan, sentiasa ada sukacita & dukacita. Hopefully, cabaran2 awal akan mempermudahkan urusan2 kemudian hari di sini, Insya Allah. Semoga 'mereka2'itu berbahagia hendaknya dgn 'kehidupan' mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts