Terburuk dalam Sejarah

Hell on Earth
(Gambar Ihsan Yahoo AU News)

Semalam (Sabtu), kepanasan Victoria menjejaki setinggi 46.4 darjah celcius. Tertinggi dalam rekod di Victoria. Apabila dibandingkan dengan kepanasan 3 hari berturut2 minggu lalu, kami seperti biasa tidak merasakan sebarang perbezaan di dalam rumah. Apatah lagi, panas setinggi itu hanyalah dari jam 3 petang sehingga 5 petang sebelum cuaca berubah menjadi sejuk semula dalam masa sejam sahaja selepas itu. Namun demikian, perbezaannya kali ini, darjah kepanasan tersebut bersaing pula dgn angin selaju hampir 100km sejam. Maka sekali lagi (selepas minggu lepas), pinggir bandar Melbourne dan seluruh Victoria dihambat dengan malapetaka kebakaran hutan aka 'bushfire'.

ABC News melaporkan 'bushfire' kali ini adalah yang terburuk dalam sejarah Victoria. Jumlah kematian sudah menjadi 84 orang (angka terkini, Isnin 9 Februari - 128), melepasi jumlah mereka yang maut dalam dalam 'bushfire Ash Wednesday' tahun 1983. 700 rumah musnah dan dikhuatiri jumlah kematian akan semakin meningkat. Warga Victoria menggambarkan 'bushfire' kali ini sebagai 'Hell on Earth'.

Sehingga hari ini, masih ada 26 kebakaran di seluruh Victoria; 12 daripadanya adalah di luar kawalan. Kami sekeluarga mendoakan teman-teman yang menetap di daerah terbabit selamat hendaknya daripada malapetaka ini. Segeralah ke bandar Melbourne sekiranya keadaan bertambah buruk.

Tinggal Abu
(Gambar Ihsan ABC News)

Bercakap mengenai buruk, politik negara kita pula sudah bertambah hodoh rupa parasnya. Mungkin (setakat ini) bukan yang terburuk dalam sejarah, namun tetap busuk dan memualkan... Malas nak diulas. Selalu aku berpesan kepada pelajar2ku dulu, kalau sudah berada di atas, ingatlah kuasa boleh membutakan mata, hati dan akal fikiran. Ingat dan yakinlah dengan Kebesaran Allah dan Ketentuan daripadaNya. "There is Hell on Earth!" Nescaya, mereka akan menjadi bakal pemimpin yang Islamik dalam ertikata yang sebenar. Bukan sekadar tempelan!

Comments

  1. salam akak...

    alhamdullilah, semua di sini selamat..kelam kabut jugak! camner kat sana..hopefully semuanyer under control...take care yer..

    regards

    ReplyDelete
  2. Salam kembali, oklah takut jugak tgk. Dgn baby pulak. Kat sini so far oklah. Rasa mcm tak percaya pun ada. Sian tgk kat TV.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts