Hijrah Demi Masa 1434

Salam Ma'al Hijrah 1434h buat semua. Buatlah sesuatu yang lebih baik untuk diri sendiri dan semua di sekeliling anda. Namun, usahlah terkesan dengan definisi 'baik' orang lain. Baik bagi orang lain tidak semestinya baik bagi kita (and vice versa) :-)

Aku mengharapkan Allah masih memberikan masa dan kesempatan buat diri hambanya yang hina ini menyelesaikan beberapa perkara di tahun hijrah yang baru ini. Sesungguhnya, aku perlu masa, masa untuk menyusun keutamaan, masa untuk membuat pembetulan tesis dan menutup bab PhD dalam hidupku, masa untuk berfikir, masa untuk membuat pilihan, masa untuk berhijrah hati. Semoga Allah berikanku sedikit kekuatan hati dan minda yang seiring, kerana sesungguhnya aku sudah bosan mendengar apa saja berkenaan dengan PhD apatah lagi mahu melihatnya kembali!

Jikalau ditanya tentu ramai yang masih 'berjuang' akan menyatakan perkara yang sama. Inikan pula aku yang punya alasan tersendiri menjerumuskan diri ini pun boleh bosan, apatah lagi mereka2 yang hanya punya 'common reason along the lines of increasing knowledge, career development' dan sebagainya... Ya, aku punya alasan lain. Alasan yang lebih besar, besar daripada diriku sendiri. Namun, Allah masih belum makbulkan niat itu. Ironinya, semua 'common reason' itu pula yang hadir di dalam kehidupanku. Adalah hikmahnya, Insya Allah, suatu masa nanti pastikan ku tahu... Sementara itu, aku perlukan sedikit masa, masa untuk merenung hakikat kehidupanku dan masa untuk membuat penilaian kendiri. Mungkin jua masa untuk menghilangkan diri ;-)

Me ~ @ Padang Mat Sirat, Langkawi...


Comments

Popular Posts