Dari Sinar Mata
Semalam while driving home, lagu ini berkumandang di radio. Sungguh nostalgia :-P Tersengih-sengih aku sendirian terkenang zaman2 persekolahan dulu. Sampaikan semasa menanti traffic lights merah bertukar hijau, pakcik bawak lori sebelah kereta aku sibuk nak mengorat sambil menawarkan rambutan gading seikat melalui tingkap. Adoi!! Agaknya dia ingat aku dok senyum2 kat dia hahahahaha...Sabor jerlah :-) Bila fikir balik, harusnya aku ambik saja rambutan tu hahaha...ada gak hasilnya tersengih sorang2 :-P
Anyway, ramai yang akan menganggap lagu ini hanya lah sekadar lagu cintan cintun, cinta muda mudi, jiwang2 karat, tak gitu? :-) Tapi cubalah hayati liriknya, Masya Allah, ianya ditujukan khas buat semua yang mencintai Allah.
Engkau di mataku adalah cahaya perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu
Kalau Opick atau Afghan yang menyampaikan lagu ini dengan chord yang berbeza pasti maksud sebenar di sebalik lagu ini lebih kesampaian di lubuk hati. Apapun, I am touched...
Sudah sekian lama fikiranku agak berkecamuk. Sesungguhnya banyak perkara yang bermain-main di dalam fikiran. Cuma kadangkala malas mahu diluahkan. Tetapi memendam perasaan pun kadangkala boleh membawa kepada lebih banyak kemudharatan. Lagu ini membuatkan aku terfikir, ya, semua yang terjadi 'pasti ada sebaliknya satu rahsia'. Ya sekarang memang agak kelat untuk ditelan, namun siapa tahu suatu hari nanti 'hati di taman berbunga'. Harusnya aku bersyukur dengan kecelaruan ini. Bak kata Rumi: "Suffering is a gift: In it is hidden mercy".
Semalam, sesungguhnya aku sangat berkecil hati dengan seorang teman yang lebih mahu mendengar 'nasihat' seorang kawan yang kami berdua pun tahu adalah kawan yang bermasalah sepanjang kami mengenalinya. Semalaman aku memikirkan after all that we have both been through 'diseksa' orang ini, mengapa dia lebih mahu mengambil nasihat daripadanya. Semalam aku sangat-sangat terasa. Terasa seperti aku ini kawan kelas kedua :-( Namun hari ini, aku kembali berfikir, mungkin ini lah dikatakan 'pasti ada sebaliknya satu rahsia'. Aku akur. Hari ini I have decided to let the matter go. Biarlah... In Shaa Allah it is for the better. I forgive you my dear friend and I will forget about it - something I rarely do in my lifetime. I never forgive and forget. Status imanku masih belum taraf itu. But for you, I will forget :-)
As of late, I have also put someone I know well on high alert observation. Dia perlu berubah menjadi seseorang yang lebih baik. Dia kelihatan akur. Namun, semalam, aku melihat bagaimana seksanya dia mahu melakukan apa yang dia telah janjikan. Apabila mahu marah, dia menahan2 daripada berkata2 memberi arahan, sebaliknya melakukan perkara tersebut sendiri. Maka aku tahu dia sedang mencuba. Aku pula harus memberinya peluang, masa untuk mendekati dan menghayati perubahan yang dia fikirkan terbaik untuk semua. Maybe after all this while, there's a glimmer of hope that it will happen. Aku perlu percaya ianya adalah 'Satu Impian dan Satu Harapan' yang masih boleh direalisasikan. In Shaa Allah, if it is for the better, it will turn out the way it should be...
Aku pula masih bergelumang dengan banyak tugasan yang belum lagi siap. Kebanyakannya kertas kerja yang aku sendiri tak lalu nak tengok, termasuk lah pembetulan dan laporan thesis PhD. Sesungguhnya hati sudah lama berkira-kira mahu berhenti kerja saja. Kadangkala terfikir adakah I am in the right line of work. My mind is always thinking of travelling and seeing the world. Tak perlu terikat dengan sesiapa, mana-mana organisasi, mahupun kekangan kewangan. Aku mahu jadi sukarelawan, mahu mahir dalam sesuatu yang aku suka dan gembira untuk lakukan secara percuma, aku mahu menggembirakan dan berupaya turut sama berasa empati ke atas kesusahan orang lain. Truly, I now admit that I am a person who is neither here nor there. Sampai bila?? Terasa lemas, Hanya Allah yang tahu. Sesungguhnya aku mengharapkan Ya Allah 'Kau hulur tanganMu, Membawa ku ke atas semula'... Make me into someone who benefits others...
Me ~ So the countdown begins: less than 85 days to go...
Comments
Post a Comment