Edwardes

Hari ini didedikasikan untuk ke Edwardes. Lebih spesifik lagi ke Reservoir Medical Centre di Edwardes Street untuk bawak Uwais berjumpa doktor. Sejak semalam, apabila malam dia akan batuk sampai tak lena tidur. Risau jugak tgk. Jadi pg2 jam 9 dah buat appointment dgn doktor utk consultation jam 3.30 ptg, selepas Aliyah balik sekolah.

Di sini nak jumpa dr perlu appointment, lepas tu fees nya hanya utk consultation, yang perlu dibyr sendiri sebelum kita claim semula kpd syarikat insurance OSHC kita. Ubat pulak perlu dibeli berasingan di farmasi ($$$ lagi). Tp kalau kita gunakan perkhidmatan klinik yang ada direct billing, seperti Reservoir Medic Centre ini, tak perlulah nak keluarkan duit utk consultation fees. Inilah salah satu pilihan tempat yg terdekat dgn Latrobe. Satu lagi kedua-dua doktornya tadi adalah Muslim berasal dr Timur Tengah.

So byklah ceritanya nak jumpa dr, definitely tak boleh lah nak manja2 macam kat Malaysia. Jadi for the past 9 months, inilah kali pertama Uwais ke klinik. Selalunya kalau takat demam selsema & batuk biasa, kami berdua lah jadi doktor & misinya. Kami beli je ubat kat farmasi ikut recommendations chemist. Alhamdulillah, selalunya baiklah diaorg.

Yang bestnya masa time consultation tadi, Uwais sihat walafiat pulak. Sememangnya sepanjang siang td dia tak batuk pun. Tp aku tahu malam nanti mesti dia akan batuk semula. Agaknya sbb sejuk skrg ni. Anyway, in celebrating with his ‘temporary’ clean bill of heath we all dropped by Edwardes Lake Park, 5 minutes drive from the clinic. Park ni tak sebesar Bundoora Park, tapi it’s more breathtaking and calmingly beautiful than Bundoora Park. Maybe because of the lake. There’s even a locomotive ‘steam engine’ display at the side of the park. Interesting indeed…Well, the children enjoyed it very much.

The Reservoir Medical Centre

Passing time while waiting for the doctor




Comments

  1. alah..comeinyer adik dengan kakak..

    p/s:Akak saya skang naik train ke monash Clayton..amik kelas statistics...sadis tak?..uhu..apa boleh buat nak menimba ilmukan!

    ReplyDelete
  2. ala ala little house on the prairie gitu...:)

    ReplyDelete
  3. Lindah: Selamat Belajar

    Yan: Cantik kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts