Persoalan
Kadang-kadang kita tanyakan persoalan yang kita sendiri sudah tahu jawabannya
Lantas, mengapa persoalan tersebut diajukan
Mungkin sengaja; mungkin terpaksa
Mungkin mahu mendengar kelunakan suara dan luahan minda sendiri barangkali
Ataupun sekadar mengisi kekosongan perbincangan meraih sokongan di atas luahan minda tersebut sewaktu minum petang bersama teman-teman
Ataupun kita sebenarnya mencari sebuah kepastian membina keyakinan bahawa semua luahan minda kita itu seiring dengan kata hati kita dan dia
Lazimnya apabila sesuatu perkara itu sukar dimengertikan; lalu tercetuslah sebuah persoalan yang mahu akan sebuah penjelasan
Sekiranya persoalan gagal diajukan ataupun ditujukan kepada dia yang tidak berkenaan maka kemungkinan tinggal ia sekadar satu persoalan
Namun persoalan yang benar tempat tujunya membawa kepada dua kemungkinan lain; jawaban seiring jiwa dan raga kita atau sebaliknya - jawaban yang menduga bukan sahaja akal dan minda malah bakal membawa lara ke seluruh hati kita
Dan yang paling menjengkelkan; yang bisa menduga seluruh jiwa dan raga, adalah apabila sebuah persoalan dibalas dengan persoalan jua!
Mungkinkah dia tahu kita sebenarnya sudah tahu jawabannya
Bak kata Rumi "love helps you see into the invisible"
Mungkinkah begitu?
Ini adalah "post" tanpa noktah, harap maklum :-|

Comments
Post a Comment