Kerja

Sesungguhnya kembalinya aku bekerja sepenuh masa membawa ujian dan cabaran kehidupan yang lain pula. Tidak seperti ketika menyelesaikan pengajian PhD, tahap dan bentuk stressnya tidak sama. Ya, benar stress menyelesaikan PhD secara solo tiada bandingannya dengan stress bekerja kini. Kini stress lebih kepada menguruskan anak-anak di pagi hari persekolahan, menguruskan hal-hal berkaitan pengajaran dan pembelajaran dan juga menguruskan tugasan dengan pensyarah-pensyarah lain. Namun isu-isu melibatkan pengurusan masa tetap sama. Kerapkali aku terleka dan gagal menyelesaikan tugasan berdasarkan 'priority'nya. Boleh dikatakan aku masih mencari rentak kerja yang bersesuaian selepas hampir 4 tahun bekerja tanpa banyak karenah birokrasi. Ramai yang berpesan, akan kemungkinan berlakunya 'work shock' ini. Sememangnya di atas kertas banyak perubahan yang berlaku. Lalu, aku mengambil sikap, 'let's just take one day at a time'. Ya, mungkin 'shock' aku akan lebih mendalam sekiranya aku mahu mengadaptasi semua perubahan2 ini sekaligus.

Tugas sebagai pensyarah kini penuh dengan lambakan kertas kerja, pantau-nilai, laporan2 dan 'expectation' yang sekilas pandang amat merimaskan dan 'rigid'!! Benar, ada kebaikan sebahagian daripada 'guidelines', penilaian dan pemantauan tersebut terutama bagi tujuan audit kualiti sesuatu institusi, namun ianya seolah-olah mempersoalkan 'nilai' dan 'integrity' seorang pensyarah dalam menjalankan tugasan mereka. Aku katakan begini kerana ini tahun kesepuluhku sebagai pensyarah dan aku berani katakan, banyak perkara dan pengajaran yang disampaikan kepada anak-anak murid yang lekat di hati sebenarnya harus juga datang daripada hati pensyarah tersebut. Sekiranya seorang pensyarah hanya sekadar melunaskan tugasan hakiki mereka atas dasar memenuhi tuntutan di atas kertas, datangkanlah 100 lagi bentuk peraturan dan sebagainya, hasilnya akan tetap sama. Tiada apa2!! Urusan hati dan keikhlasan tidak akan dapat dipantau mahupun dinilai, semuanya di tangan Allah. Harus bagaimana?? Maka kemungkinan besar yang perlu diubah adalah sikap dan isihati pensyarah itu sendiri. Namun apabila kita bekerja di sebuah institusi yang melantik pensyarah dari segenap lapisan masyarakat dan latar belakang pendidikan (tidak seperti di UIA contohnya) definisi 'nilai' dan persoalan 'integriti' itu sendiri adalah sukar untuk ditetapkan dan di applikasikan kepada semua. Hasilnya, kebanyakan pensyarah kembali kepada sistem 'nilai' mereka sendiri. Kalau sistem itu cemerlang dibandingkan nilai pensyarah yang universal, maka cemerlanglah pensyarah dan pelajar2nya, dan sekiranya tidak, maka hasilnya begitu juga. Tetapi siapa aku untuk meletakkan rujukan kecemerlangan itu.

Kemungkinan aku ada sedikit kelebihan. Berada di jawatan kanan dan hampir berada di penghujung pengajian PhD meletakkan aku di tangga yang lebih baik berbanding dengan pensyarah-pensyarah baru lain dan juga pensyarah berjawatan Professor Madya (PM). Aku tidak gusar sangat akan keperluan keberadaan di kampus sebelum jam 9 pagi (bukan lewat ke kelas yer...hahaha). Malah penilaian Amanah Tugasan tahunanku adalah lebih 'lenient' berbanding pensyarah PM. Namun, ini tidak bermakna aku harus ambil lewa arah tuju karierku (kalaupun bisa bagi diriku dipanggil karier) sebagai pensyarah. Setelah beberapa bulan ini, aku acapkali mempersoalkan apakah sebenarnya yang kuharapkan daripada tugasan harian ku ini. Perasaan ingin melakukan sesuatu di luar bidang tugas sekarang semakin membuak-buak. Namun, aku akur akan kekangan-kekangan yang ada, baik secara peribadi mahupun dari sudut keperluan institusi. Persoalannya sekarang ini bagaimana harus atasi semua kekangan ini. Akan tibakah masanya nanti aku bisa memenuhi impian hati ataupun kelak aku kembali semandom aku sebelum berpengalaman menyelesaikan sebuah PhD? Sesungguhnya aku perlu tingkatkan usaha ke arah suatu perubahan dalam diri, Insya Allah apa yang di hadapan kelak hanya Allah yang tahu...

Comments

  1. Assalamualaikum Fadzlina.

    Selamat bertugas semula dan selamat berjuang mengembalikan dan memulihkan semangat kerja yang agak lama "seakan dilupakan".

    Moga berjaya :-)!


    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam kak,

    Terima kasih atas doanya, Ameen :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts