Information Overload
Banyak sungguh maklumat-maklumat yang berlegar-legar online sekarang ini about Malaysia. Lebih-lebih lagi selepas BERSIH. Sampaikan bila bertemu supervisor untuk serahkan order Teh Boh - Gold Blendnya, dia tengah menonton youtube BERSIH online (heeee ... tak jadi kerja orang tua tu). Siap ajak aku marilah tengok sekali (aduh....aku pulak tak jadi kerja nanti hu..hu..hu) Kata dia berseloroh, "You know, Tun Razak will never allow this to happen had he still been alive!" Aku sengih-sengih jer lah. Aku lebih berminat nak tahu kenapa dia sangat 'gila'kan Teh Boh Gold Blend, sedangkan orang-orang Malaysia kebanyakannya tak heran pun. Dahlah mahal pulak tu. Kata dia secara berjenaka "It's about Prestige :-)" sambil gelak-gelak. hmmm...aku pun senyum je lah, suka dia lah, takpe kasi can lah kat dia he..he..he..
Prestigious ke? :-D |
Apapun aku rasa berita yang paling 'best' ialah pasal Rupert Murdoch. Definitely, 'information overload' yang dia cari secara haram selama ini telah kembali menghantuinya. OOO bersorak sorai di dalam hatiku. Bala Allah sudah menimpa ke atasnya! Sekadar memuntahkan kembali kata-kata Gordon Brown, bekas PM UK: “Others have said that in the behaviour towards those without a voice of their own, News International descended from the gutter to the sewer...and the tragedy is that they let the rats out of the sewer.” Well said! I couldn't even said it better. Selepas ini, mari kita lihat sejauh mana Rupert Murdoch boleh lari dan sedalam mana dia boleh menyorok!
Comments
Post a Comment