Emosi BERSIH

Alhamdulillah, tak terlepas kapal terbang gara-gara 'sekatan-sekatan' yang tak masuk dek akal! Free-free sahaja pegawai-pegawai berbaju biru mendapat sumpah seranah, carutan dan penurunan darjah minda. Berdosalah semuanya, yang menyumpah dan disumpah. Tapi yang lebih berdosa siapa agaknya???


Apa pun Alhamdulillah, masih ada keluarga tersayang di Malaysia dan teman-teman pemurah di Melbourne. Alhamdulillah, anakanda dan kekanda semua sihat. Alhamdulillah, cuaca merudum sudah berlalu. Alhamdulillah, masih hidup dan ingat Allah yang menghidupkan. Semoga yang berkuasa sementara pun boleh berfikir perkara yang sama!


Bakal tetamu-tetamu Tanah Haram menghantar kami pulang.
(Aktiviti terlentok Luqman seperti biasa di  airport :-P)

Comments

Popular Posts