Tragedi
Seorang pelajar lelaki yang menetap di Barnes Way telah membunuh dirinya pagi tadi. Umurnya baru sahaja mencecah 19 tahun. What a day to start my April. Seumur hidup, inilah pertama kali berdepan kes bunuh diri.
Pada awalnya aku fikir hanya ada kecurian yang menyebabkan polis dtg ke Barnes Way. Begitu ramai sekali org yang keluar masuk dr rumah site/RA supervisor ku, Rabea dan blok berhadapan rumahnya sejak jam 11 pagi, menyebabkan aku rasa tidak sedap hati. Manakan tidak, aku boleh nampak semua aktiviti-aktiviti ini dari tingkap ruang tamu rumahku.
Panggilan telefon dan sms ku kepada Rabea tidak berbalas. Kemudian apabila Ambulance dan Fire Brigade pula tiba setengah jam kemudian, aku pun tak sanggup lagi berada di dalam keterujaan, maka aku turun dgn Luqman dan DH.
I can see every 'movement' from the lounge's windows. |
Melihat aku mendukung Luqman, Director Residential Services, menuju ke arah aku. Maka aku pun terus tanyakan 'What's going on?'. Katanya ada seorang pelajar baru meninggal dunia. Tidak banyak yang mahu dia maklumkan kerana isu-isu kerahsiaan. Tapi aku nyatakan juga rasa terkejutku, sebab aku sangat pasti si mati masih muda. Dia mengiyakan, tapi tidak memaklumkan bagaimana pelajar itu mati. Aku balik semula ke rumah. Dalam hati - sudah ajal, bagaimana mahu dihalang lagi.
Tiba-tiba jam 1 ptg, Rabea dtg ke rumah aku, diiringi Mark, supervisornya. Dia nak memaklumkan kepada semua RA Barnes Way, termasuk aku, kisah di sebalik kematian pagi tadi. Kata Rabea, si mati telah menggantung dirinya di dalam biliknya. Sebetulnya unit si mati sepelaung shj drp unit kami. Tapi aku tak fikir aku kenal pun. Orang Melbourne, kata Rabea lagi. Aku lihat Rabea begitu terkesan sekali. Maka semua RA diarahnya bertemu kaunselor petang ini juga..adus..
Selepas Aliyah pulang dari sekolah, maka aku pun mengadap kaunselor, Richard namanya. Aliyah dan Luqman ikut sekali, sbb DH perlu ambil Uwais dr tadika. Jadi mereka berdua pun telah di'kaunsel' jugak, sambil makan2 coklat ;-). Aku tanyakan tidakkah ada cara utk sesiapa di sekeliling menghalang daripada seseorang membunuh diri. Richard secara am mengatakan - tidak! Pilihan itu sentiasa berada di tangan orang itu sendiri. hmmm... sungguh tragis dan sia-sia sekali. Sesungguhnya Islam telah secara terang dan jelas mengharamkan bunuh diri. Nyawa kita adalah amanah dan hanya pinjaman buat kita. Maka perlulah kita pelihara dan menjaganya sebaik mungkin. Bukanlah hak kita utk disia-siakan dan dimusnahkan. Tapi how do I tell that to Richard...atau si mati yg kini telah kembali kepada Penciptanya.
Today's incidence is definitely no April's Fool. But someone was foolish enough to ...
Fadz,
ReplyDeleteFew months ago , kat my uni (not my campus) pun ada kes bunuh diri. PhD student.
Hmm ngeri jugak bunyinya. Sebelum ni, kalo sebelum ni tgk dlm tv/movie je. Tapi kalo ada orang gantung diri dpn ngan rumah kita, ngeri jugak tu.
ReplyDeleteBdk tu bunuh diri sebab ape?
alamak kak...jeng jeng jeng.. kene baca yassin ke ? hehehe
ReplyDeletetulah suspen gak, nasib baik bukan malam masa on duty, mahu tak tidur malam.
ReplyDeletemasih tak tahu sebab apa. depressed agaknya.