Kira-kira

Pagi ni aku tersenyum sorang2 kat pejabat membuat kira2 sambil mendengar mp3 Micheal Jackson menyanyi2. Tiba2 teringat pulak masa kematian MJ tahun 2009. Mesti aku akan ingat punya sampai bila2, sebab hari tu aku ada appointment full scan 12 minggu Luqman. Masa tu tak tahu lagi lah Luqman akan jadi Luqman kan he..he..he.. So sambil lab tech dok scan perut aku, lagu2 MJ pun dok berkemundang di corong2 radio yang berkumandang di seluruh lab, sebenarnya seluruh dunia pun. Borak ngan lab tech pun pasal MJ gak hu..hu..hu..

Actually, DH sgt minat pada MJ. Aku pun sebenarnya, tapi takderlah sampai 'mati keras'. Aku diperkenalkan kepada MJ secara tak langsung masa aku umur dlm 10 tahun ker gitu oleh pakcik aku, Pek Tam yg sedang belajar di UM masa tu. Ni dah nak mid 80s lah. Dia tinggal sekali ngan kami sekeluarga, masa tu kat Bukit Petaling. So bila dia pi campus, kami dua beradik yg besar ni selalu gak lah dok merepeh2 bilik dia (Sorry arrr Pek Tam). Dia ada macam2 koleksi lagu, salah satunya MJ yg selalu ada dlm radio mini compo dia. Kitaorg tinggal tekan play jer kadang2 tu ;-P. So that's how we encountered MJ and 'Billie Jean'! 

Aku rasa MJ sememangnya sgt exceptional orangnya. Allah has actually given him quite a talent. But then again, whether he has made full use of it is another story. Apa yang menyebabkan aku tambah nak tersengih sorang2 semasa membuat kira2 di musim cuti Easter ini adalah memikirkan bagaimana org2 yg byk duit cam MJ ni, pun boleh berada di dalam keadaan macam 'ketersepitan' sepanjang hayatnya. Last2nya apabila sudah tiada di dunia ini, byk ke sikit duitnya, makes no difference! Jadi apabila aku fikir2, keadaan kewangan dan 'ketersepitan' aku ni taklah teruk sgt kut ha..ha..ha... dugaan kecil. Pasti boleh ditempuhi, Insya Allah. 

Aku pun sambung senyum2 lagi, nasib baik tak ramai org kat opis ni, kalau tak mesti org ingat aku sudah separuh 'gone' :-D. Aku terfikir berapa kali aku sepanjang 10 tahun ni aku dok buat kira2 semacam ini. Banyak kali, tak terkira. Kadang2 sgt stress, terseksa dan menyesakkan. Tapi kata org, biarlah bersusah2 sekarang, bersenang2 kemudian. Dulu2 walaupun aku tahu, aku selalu bersenang-senang, lupa pasal tabungan masa depan. Biasalah, baru kerja, kawin, beranak, semua nak dibeli. Lepas tu terjebak pulak ngan credit card, aduhai. Alhamdulillah, sudah bertaubat! Allah memberi peluang kedua. Selepas ini nak balik dan mengapplikasikan apa yang telah dipelajari. Semua perlu kira2, semua perlu pertimbangan sewajarnya. Bukan main rembat je macam dulu2. Perlu contohi how mama (yang gaji separuh jer drpd kami semua adik beradik masa dia mula2 kerja dulu) manages the household's expenditure. She also manages abah's income and expenditure, (sampai sekarang abah tak berapa tahu nak guna ATM, actually he...he..he..)  and dia tak pernah pakai credit card, tapi semua boleh dibelinya secara tunai. Takjub sungguh :-D

How lah, can be like that one... ooo must strive hard, even harder. Must start with the (wo)man in the mirror! Semoga Allah permudahkan, Insya Allah, Amin.

Comments

Popular Posts