Flu Vaccine
Hari ini cuti sekolah Term 1 bermula selama 2 minggu lebih. Hooray! he..he..he..bukan apa, sebab ingatkan plannya cuti sekolah ni nak pi kerja lepas Subuh dan balik selepas masuk Zohor. Ini hanya boleh dilakukan masa term break, sebab tak perlu nak kalut pagi2 hantar budak2 berdua tu ke sekolah, tapi dgn syarat kena balik awal pulak - utk 'crowd control' ;-P
Anyway, dah siap2 pakai baju nak keluar, tgk weather forecast - aih 5 degree ke? Biar benar? Biasalah rumah kitaorg selalu lambat 'react' hu..hu..hu..so tak tau pun malam tadi sejuk sebenarnya. So kenalah tukar baju - tambah baju dan tukar sandal kepada kasut siap berstokin! Bila dah keluar rumah - kalau nak tau betul tak under 10 degrees, aku akan selalu cuba hembus nafas drpd mulut, kalau dah berasap2 tu betul lah bwh 10! Jadi melihatkan kepada 'kepulan2' asap yang keluar dr mulut - so I figure, cool - I am not underdressed ;-).
Itulah cuaca Melbourne. Baru seminggu lepas, malamnya belas2 degree, siangnya in the mid 20s. Beatiful Autuum weather. Alih2 bila dia nak hujan jer, dia mulalah merudum semula. Weather forecast adalah suatu keperluan kehidupan di sini. It's taken quite seriously. Nak pakai baju apa, kasut apa, nak pergi mana, berapa lama - semua depending on the weather forecast and eventually the weather itself. Kalau kat M'sia tak heran pun kan. Lagipun nasiblah kalau hujan, dan baju di jemuran lagi, sbb esok selalunya mentari kan kembali bersinar. Di sini - belum tentu! Jadi sekarang ni barulah tau kenapa kalau tgk2 citer2 omputeh, depa selalu tanya pasal weather? Cuaca dan musim adalah latarbelakang kehidupan yg sgt penting bagi mereka. Apatah lagi di Melbourne yg infamous dgn cuacanya yang '4 season in one day'.
Tapi sebenarnya, personally lah aku sebenarnya suka jugak - sbb adventure sikit. Taklah flat line gitu jer kan. Adalah variasi - warna warni ;-P (please ask me again in winter, and see whether I have the same sentiment! he..he..he)
Anyway, bila dah sekejap panas, sekejap sejuk, Uwais yang baru mula tadika, kerap juga kena batuk dan selsema. Rasanya dalam term 1 ni jer dia dah kena dekat 3 kali. Masalahnya, nama pun baru 4 tahun, so bila dia dok bersin tu, tak der 'portion control' langsung. Habis semua orang kena, including Luqman lah. So sianlah dia, tak pasal2 pun sangkut selsema jugak. Aku pun berkira-kira nak pi ambil flu vaccination for all of us utk mengurangkan impak winter kepada the children, especially.
So macam biasa lah, aku akan research the matter to death ;-D. Aku siap tanya supervisor aku - dia kata ada gak dia ambik, tp rasanya mcm lagi byk kena jer ha..ha..Agaknya dia dah immune kepada the vaccine tu, sbb dah bertahun2 ambik. The windows of opportunity to take vaccine is closing soon, sbb winter is coming. Meaning kalau nak ambik jugak, kenalah buat dlm bulan ni, kerana mereka perlu 2 shots, with a minimum interval of 4 weeks after the first dose. Harga vaccine pula dalam AUD16 seorang per dose.
Ada beberapa jenis vaccine yang dicadangkan oleh kerajaan Victoria:
Fluvax® (CSL Biotherapies)
Influvac® (Abbott) and
Vaxigrip® (Sanofi-aventis).
Utk kanak2 Fluvax adalah tidak digalakkan kerana adanya tendency utk demam beserta febrile convulsions. This was found to be the case when children under the age of 5 years were vaccinated with Fluvax® or Fluvax® Junior in 2010. So clearly in my view - Fluvax is out lah.
So tinggal lah Influvac dan Vaxigrip. Influvac contains gentamycin (an antibiotic) and chicken protein and Vaxigrip contains Neomycin (an antibiotic) and thimerosal (a preservative in contact lens solution) and chicken protein. OK, when I first read the ingredients list, the word chicken really jumped at me. Thinking - alamak tak halal ke? But upon further reading, the chicken protein seems to refer to the eggs. I will have to confirm that again, by emailing the company that made them. Another thing, I felt rather loya pulak thinking I would have to be injected with 'contact lens solution' if I were to take Vaxigrip. Macam lah aku nak kenal telan ha..ha..ha.. Anyway, I will email them first, see how it goes. If all goes well, as soon as everybody dah sihat, we will all have our seasonal flu vaccination.
Fadz,
ReplyDeletefor the last two years kitaorg ambik. This year cam malas le plak. Malas nak pegi clinic, then ada gak rasa jadi mcm "ayam daging" kat msia, asyik kena inject je....
mulan
Kak Intan, mcm nak balik jer dah bunyinya tu...ok tak ambik? Any difference? Kitaorg ni selalu tertinggal ketapi, sbb selalu naik kapal terbang balik bila winter menjelma ha..ha..ha
ReplyDeleteFadz,
ReplyDeleteKalau tak ambik tak tau le plak apa yg jadi. This year baru try tak ambik. Sebab utama: 1) Malas nak buat appointment pegi clinic.
2) bebudak bawah certain age, kena inject 2x.
3) last year ambik Abg Nadzri kena teruk juga....
So..tak faham le plak, ingatkan kalau dah inject kena yg mild je la..tapi idak le..konpius..konpius...
kalau Fadz ada info nanti share ye..
Balik Msia lambat lagi la....