Laundry Day Out
Luqman navigating the laundry route ;-)
Ruang 'Menunggu' Community Laundry yg tak child-friendly
Kadang-kadang dalam menjalani hidup sebagai pelajar di negara orang, banyak benda2 yang berlaku seharian yang selalu diperlekehkan atau paling tidak pun dipandang sebelah mata. Contohnya macam hal2 rumahtangga, memasak, membasuh kain, mengemas rumah dan menjaga anak (MBKJ). Bagi surirumah sepenuh masa, kesemua ini mungkin adalah 'bidang tugas kepakaran' mereka. Tapi bagaimana pula kalau anda seorang pelajar sepenuh masa dan pada masa yang sama perlu jadi surirumah jua. Dan bagaimana pula kalau anda diiringi oleh 'surarumah' bersama anak2 kecil? Bagaimana mereka menghadapi kehidupan seharian sebagai surarumah yang 'berjaya', sementara si surirumah menjadi suri separuh masa, dan pelajar sepenuh masa ;-)
4 aktiviti utama ini 'MBKJ' adalah sangat penting sebenarnya utk keharmonian berumahtangga. Ketidak-seimbangan salah satu drpnya akan menyebabkan kehidupan yg sudah sedia stress sebagai pelajar PhD bertambah kacau! Alhamdulillah, walaupun selalu tak 'terasa' dan mengakuinya, DH sgt2 membantu dlm bab MBKJ ni, terutamanya aktiviti membasuh baju. Di Barnes Way, penginap tidak dibenarkan mempunyai mesin basuh dan dryer sendiri di dalam rumah. Maka semua aktivti 'laundry' perlulah dilakukan di Community Laundry (CL). Memandangkan unit kami berada di tingkat satu dan 100 meter dr CL dan tempat jemur baju, aktiviti membasuh sebenarnya adalah pada aku suatu aktiviti yg payah dan melemaukan. Apatah lagi apabila baju2 seminggu utk 5 ahli keluarga dah berlongok2 dan beratnya sudah melebihi 5 kilo. Bayangkan perlu mengangkut bakul baju (yg berat) dan sabun (beserta pelembut, sepit baju dan hanger), kemudian ke hulu ke hilir (dr CL ke rumah) menunggu mesin tamat cyclenya dan kalau cuaca mengizinkan perlu dijemur pula. Dan selepas dijemur, perlu dibalik2kan dan diangkat pula dari jemuran (Tidakkkkk!!!). Maka bersyukurlah anda2 yg hanya perlu ke ruang laundry belakang rumah utk melakukan aktiviti BASUH BAJU!
Tapi DH sgt suka aktiviti ini (daripada di Malaysia lagi). Kadang2 tak perlu disuruh pun. Aku pun tak tahu kenapa..he..he..he. Mungkin ianya merupakan satu rutin 'stress relief therapy' agaknya. Atau mungkin padanya kalau tunggu aku, maka berjaman lah baru terlaksana dan ada pulak tak berbaju nanti ;-) Sampaikan ada hari2 yang aku terpaksa 'mengadjust' waktu kerja, kerana DH mahu membuat aktiviti laundry dan mengejar panas mentari. Sesungguhnya, aktiviti ini mungkin sesuatu yg selalu dipandang remeh, tapi kalau lah aku tidak punya seorang 'sura' yang sededikasi my DH in his laundry multi-tasking, aku rasa mungkin aku bisa jadi separa atau suku gila hu..hu..hu. So to my beloved DH - Many...many...many...thanks for making our choice of everyday dresscode easier!!
alamak kak, mcm duduk asrama lah pulak ye takleh ada mesin basuh sendiri. tapi charge mesin tuh murah je ke. Untung akak ada Mr yang rajin tolong laundary :p
ReplyDeleteUntung..mmg untung, rugi kat mesin tu jer lah he..he
ReplyDeleteSekali cycle AUD3, dryer utk 2 cycle AUD2 ;-P