Akhirnya Brisbane Tenggelam Jua...

Sprinkle some pixie dusts, think of happy thoughts and fly away...well at least that would be on the minds of some of those affected by the flood disaster in Queensland, Australia...If only they could :-( 

Images of Brisbane CBD - Courtesy SMH
Hari ini Pusat Bandar Brisbane mula ditenggelami air, selepas hampir seminggu 3 minggu beberapa bahagian Queensland yg lain dilanda banjir. Hampir 35 kawasan perumahan di pinggir2 bandar Brisbane juga akan turut sama ditenggelami air. Pihak berkuasa Queensland pula terpaksa melepaskan air Empangan Wivenhoe secara berkala ke Sungai Brisbane yg sudah sedia melimpah ruah, untuk mengelakkannya drpd pecah. 

Sebelum2 ini, sememangnya ada beberapa kawasan pedalaman Queensland yg kerap kali mengalami banjir, tetapi Brisbane selalunya tidak terjejas. Namun kali ini tidak lagi, menunjukkan betapa hebatnya banjir awal Januari ini. Esok pagi, jam 4, adalah penentu segalanya, apabila dijangkakan paras air bah akan mencecah 5 meter, yang terburuk dlm sejarah Brisbane selepas bah besar tahun 1974. Walaupun tidak seperti bushfires di Victoria yang melibatkan banyak kehilangan nyawa, banjir di Queensland setakat ini meragut 12 15 18 nyawa, namun kerugian harta benda dan ekonomi dijangkakan bakal mencecah 5 billion dollar!

Ramai juga sahabat2 dan rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Queensland, terutamanya di Brisbane sendiri yang terlibat. Setakat ini khabarnya semuanya selamat, Alhamdulillah. Tetapi sedih juga mengenangkannya, sudahlah di negara orang dgn kemudahan terhad, kemudian mengalami pula musibah sebegini. Dugaan besar buat mereka. Semoga Allah tabahkan hati mereka dan permudahkan kehidupan mereka selepas ini, Insya Allah.

Sementara itu, sekiranya ada sesiapa teman2, sahabat2, rakan2 terutamanya di Australia yg ingin membantu, bolehlah menderma ke tabung Derma Kilat Brisbane melalui VMPGA, yg bakal disampaikan kepada pihak MSD dlm masa terdekat ini. Harapannya bantuan ini dapatlah memudahkan mereka sedikit sebanyak dlm meneruskan kehidupan selepas banjir ini nanti.
 
Sila salurkan bantuan anda ke account berikut:
 
Account Name: VICTORIA MALAYSIAN POSTGRADUATE ASSOCIATION
BSB Number: 063019
Account Number: 1031 2619
Bank Name: The Commonwealth Bank
Keterangan transaksi: derma brisbane

Terima kasih.

Comments

  1. Yep. Bace in newspaper Queensland tenggelam. Ular2 berbisa pun lari dari hutan.
    ..bagus2. Tlg orang dlm kesusahan

    ReplyDelete
  2. Kesian mereka...dugaan dlm jihad menuntut ilmu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts