Rezekiku di Barnes Way - 2
Apabila kami mula menginap di 45 Barnes Way 2 ½ tahun lepas, aku tidak lah meletakkan harapan terlalu tinggi utk unit apartment aku ni. It's one of the oldest units in the complex, with a funny layout and design to it. Jadi tak kiralah betapa hebatnya kreativitiku dlm aktiviti menghias rumah, 45 BW akan kekal 'keras, beku & kelabu' he..he..he.. In fact byk kali juga, aku berkira2 nak pindah. Setiap tahun kecuali tahun lepas, apabila nak renew lease, aku pun mulalah mengempen (betul ke ejaan ni?) DH utk pindah. Dan setiap kali juga, DH akan memberatkan badan & hatinya, meringankan koceknya dan eventually hati aku pun tertutup jua. Maka kekal lah kami di Barnes Way sehingga kini.
Tapi betullah kata pepatah, tuah ayam nampak di kakinya, tuah orang siapa yang tahu. Kadang2 kita berasa yang sesuatu itu terbaik buat kita, tetapi hanya Allah yang tahu apa yang lebih baik buat kita. Firmannya di dalam Surah Al-Baqarah: “… Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2: 216)
Sesungguhnya Allah itu Benar! Di hujung tahun 2009, oleh kerana aku salah seorang ‘penduduk’ BW, maka melayakkan aku untuk memohon sebagai salah seorang Residential Assistant (RA) utk Barnes Way/ Waterdale Road (BW/WR) Apartments bagi pihak Division of Residential Services (DRS) Latrobe University. Alhamdulillah, masuk tahun ini, adalah tahun kedua aku memegang jawatan RA ini. Jawatan ini lebih berupa seperti Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP) kalau masa di UiTM dulu, tetapi dgn tanggungjawab yang lebih minima, memandangkan kebanyakan pelajar2 yg tinggal di Barnes Way & Waterdale Apartments adalah pelajar2 matang dan berkeluarga. Walaupun jawatan ini tidak bergaji (untuk mengelakkan kami dikenakan cukai), sebagai RA kami diberikan potongan sewa rumah dan yuran wajib, seperti Internet dan maintenance. Pada akhir tahun perkhidmatan pula, pihak DRS bagi mcm2 hadiah, termasuk gift kad dan hamper. Mungkin pada sesetengah org tidak berapa lumayan, tp pada aku sgt berbaloi utk tugasan utama hanya selama 4 hari sebulan, itupun selepas waktu pejabat, di mana aku hanya wajib ‘stand by’ di rumah sahaja.
Dan yang paling penting, aku dpt menimba pengalaman meneliti bagaimana pihak DRS Latrobe University mengendalikan kolej2 mereka, cara etika kerja mereka, cara mereka mengendalikan masalah berkaitan pelajar, kelebihan dan kekurangan yang mereka hadapi. I am no longer that person outside looking inside, I am inside now. Tapi untuk berada ‘di dalam’ bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan majikan di sini amat mementingkan ‘referee’ drpd majikan2 lepas. Sehinggakan ada yg sanggup membeli surat2 ‘referee’ ini dgn harga beribu2 dollar, kadang2 semata-mata untuk dapatkan kerja di supermarket! Ini selalunya dilakukan oleh pendatang2 asing yg ingin menetap terus di sini. Masa memohon pada akhir tahun 2009 yang lepas, aku tidak punya referee lain selain supervisor aku shj. Tapi Alhamdulillah, berdasarkan pengalaman sebagai PPP di UiTM sebelum ini dan sudah rezeki baby baru - Luqman maka aku berjaya ‘melolos’ masuk :-).
Bekerja dgn mat saleh dan beberapa international students/staffs lain ni bukanlah sesuatu yg sgt menyeronokkan. Bukannya boleh makan minum dan berjamuan sesuka hati. Semuanya perlu berkira halal dan haramnya. Bukan itu shj, aku dah lah Muslim, bertudung pulak tu, so I basically stick out like a sore thumb! Sungguh tak selesa & tak best hu…hu…hu... Tp mengenangkan nak menimba ilmu dan pengalaman, aku redah jerlah. Setakat ini yang aku nampak di DRS ni, in general mereka adalah sangat tolerant, honest dan mempunyai PR yg bagus.
Tolerant – sbb mereka cuba sedaya upaya untuk mengambil kira mereka2 yg drpd latarbelakang dan agama berbeza dan menghormati perbezaan tersebut. So takder lah kes nak offer makanan yg tak halal atau non-vegetarian kpd Muslim or some vegetarian (Indians, especially). In fact, vegetarian food adalah makanan wajib hidang di function2 uni sekarang ini.
Honest – sbb apa yg mereka dapati salah maka mereka maklumkan ianya salah ataupun bukan hak mereka, tiada ‘cover2’. Kadang2 malu juga, sbb non-Muslim ni pulak yg lebih jujur sometimes drpd some Muslims that I know of (may or may not include myself? isk..isk..isk). Contohnya, apabila salah seorang drp RA tahun lepas telah mendapat diskaun sewa lebih drpd yang sepatutnya, maka dia dgn segera telah memaklumkan kpd pihak DRS akan kesilapan tersebut, instead of ambik sikap ‘diam2’ aje.
PR bagus – sbb hatta bila nak marah atau nak maklumkan kesilapan seseorang pun ada tatasusilanya. Bukan main sembur aje. Dan kalau kerja kita bagus akan diberikan pujian dan acknowldgement sewajarnya walaupun ianya sesuatu yg kecil shj.
Begitulah adanya bagaimana penempatanku di Barnes Way ini telah memberi lebih banyak pengalaman berkenaan pentadbiran dan pengurusan kolej universiti. Semoga pengalaman ini kelak boleh dibawa pulang bagi menambahbaik pengurusan di tempat sendiri Insya Allah.
wah sungguh beruntung dpt jd RA.
ReplyDeletekalau memang ada rezeki, memang takkan ke mana. Syukur..
Don't forget to join 'Sahabat Blogger Perantau' di Blog Pilihan Malaysia..
http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2011/01/sahabat-blogger-blogger-perantau.html
Ya betul tu, syukur Alhamdulillah. Anyway, nanti free sy tgk balik 'Sahabat Blogger Perantau' tu. Sy dh browse, tp nak kena sit down dan tgk semula. Thanks for the info.
ReplyDelete