Semangat yang hilang...

Ya Allah, selesai meeting semalam, terasa seperti kerja-kerja PhD ni semakin banyak dan bercabang-cabang pulak. It's starting to feel like no end is in sight :-( Minda ku sangat penat dan stress. Ditambah lagi, aku kurang sihat minggu ini, kifarah buat aku kerana telah bermalas-malasan minggu lepas.

Kilauan semangat nak ke Turki pun semakin berbalam-balam. Tiket pun belum beli lagi, yuran pun tak jelaskan, tempat tinggal pun tak carik hu..hu..hu.. Macam mana ni ye?? Aduh...lemah betul. Sebenarnya sekarang ni supervisor aku pulak yang terlebih memberi semangat suruh aku pergi. Tapi melihatkan kerja-kerja yang melambak ini, aku rasa macam tawar hati gitu. That, dan mungkin juga sebab aku kecairam uang kut ;-)

Ya Allah, bagaimana mahu mencari semangat yang hilang?! Aku mencari-cari dan ketemu ayat-ayatMU di sini - Az-Zumar,39 : 55-61:

"Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu(Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya. Agar jangan ada orang yang mengatakan: Alangkah besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah). Atau (agar jangan) ada yang berkata: sekiranya Allah memberi petunjuk kepadaku tentulah aku termasuk orang-orang yang bertakwa. Atau (agar jangan) ada yang berkata ketika melihat azab: Sekiranya aku dapat kembali (ke dunia), tentu aku termasuk orang-orang yang berbuat baik. Sungguh, "sebenarnya keterangan-keteranganKu telah datang kepadamu, tetapi kamu mendustakannya, malah kamu menyombongkan diri dan termasuk orang kafir. Dan pada hari kiamat engkau akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, wajahnya menghitam. Bukankah neraka Jahannam itu tempat tinggal bagi orang yang menyombongkan diri? Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa kerana kemenangan mereka. Mereka tidak disentuh oleh azab dan tidak bersedih hati. "

Ini peringatan Allah. It doesn't get any better than that. Jadi aku perlu janji pada diri sendiri - aku perlu pulihkan kesihatan sepenuhnya dan siapkan satu lagi draft chapter sebelum aku menjejakkan kaki ke Istanbul, Insya Allah. Enggak boleh bermalas-malasan lagi! Semoga dipermudahkanNYA, Amin.

Comments

  1. Semarak impian segunung harap dipulang

    Usahlah diragukan keupayaan sendiri
    Hati yang membara mengikutkan kata apa

    Jawapannya di sini
    Semangat kita hilang
    Semangat yang hilang

    ReplyDelete
  2. Lepas makan tu, semangat tak hilang dah tu brader...;-P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts