Payment Not Required!

Semalam aku terima bil electrik dr TruEnergy. Di sini bil elektrik dibaca dan dikeluarkan 3 bulan sekali. 2-3 kali gak aku tengok bil tu sambil adjust2 sepek mata. Ada sekali tu masa tahun lepas ada gak aku terima bil yang menyebabkan aku dok tenung 2-3 kali. Masa tu bilnya berbunyi "payment required AUD 500++". Gila! Terkejut beruk aku, beruk pun tak terkejut mcm tu. Mana taknya, selalunya bil elektrik kegunaan rumah ada lah dlm AUD 150-200 untuk 3 bulan. Berpusing2 fikir apa yang banyak sgt yg kami guna sampai kegunaan elektrik naik hampir 3 kali ganda. Masa tu habis semua aku ban, no TV, no drying cloth pakai heater and no electrical equipments should be put on standby. Habis semua aku cabut plug2nya ;-P.


Pastu aku karang surat kat Truenergy kata aku tak mampu nak bayar. So canner? He..he..he. Kat sini ada satu practice yg bagus tau. Walaupun kos utilities nya cekik darah, tp setiap syarikat akan sertakan dlm bil2 mereka, suatu bentuk 'rukhsoh' lah, kalau kita tak mampu nak bayar. Jadi depa akan suruh kita bincang apa payment plan yang sesuai utk kita selesaikan bil2 tu kalau kita kesempitan wang. Which I did!


So depa bg lah payment plan, to be paid setiap 2 minggu sampailah habis bil tu. So I go on that plan, even for my gas bil. Setiap 2 minggu aku bayar bil, instead of 3 bulan sekali utk elektrik atau 2 bulan sekali untuk gas. Air kat Barnes Way free, so lega sikit lah kat situ.


Tak lama lepas tu aku dpt bil elektrik lagi. Tgk2 rupa-rupanya, Truenergy tersalah perkiraan dlm bil yg sebelumnya. So bil sepatutnya dlm AUD 200 jer, bukan AUD 500. Cisss! Aku ingat aku sorang jer fail 'add math' ni. Syarikat sikit punya besar pun boleh kantoi. Nasib baik aku tak sakit jantung baca bil sebelum ni.


Anyway, disebabkan aku takut pisang berbuah dua kali, aku kekalkan plan bayaran 2 minggu sekali tu sehingga sekarang. Cukup tempoh, aku bayar jer. Aku tak tunggu bil pun. At least aku rasa lebih selamat, confirm setiap bulan bil utilities memang telah dijelaskan tanpa perlu mengemis simpati & belas ikhsan depa lagi ;-) Semua measures penjimatan elektrik sebelum2 ini pun diteruskan, especially unplugging everything from being on standy mode.


Jadi berbalik kepada bil yg aku terima semalam. Bilnya berbunyi "payment not required - your account has a credit balance of AUD500++". Mula2 tu mcm tak percaya gak. Dok congak2 apa maksud credit balance. Lepas tu barulah the whole thing sink in. Ini bermakna aku tak payah bil electrik utk selama 4-5 bulan, Insya Allah, sebab aku dah terlebih bayar bil. Alhandulillah, Alhamdulillah, sesungguhnya kepada Allah lah kita senantiasa harus berpaling baik dalam kesenangan mahupun kesusahan. You never know, when some good fortune (or bad ones) will arrive at your doorsteps. Whatever it is, good and bad things happen for a reason, only Allah Knows. We'll just have to have faith :-)

Comments

  1. ada kerja kosong ke kat account dept depa...kak nak apply..heee

    ReplyDelete
  2. Right timing too kak...it's freezing at the moment! :D

    ReplyDelete
  3. he..he..he try lah...depa pun selalu outsource kan, ha..ha..

    ReplyDelete
  4. Betul tu Jep...will toast the house 'freely' this winter ;-P

    ReplyDelete
  5. I would spend at least half an hour each time I receive a bill, either gas or electricity. usually to argue that their calculation was wrong, or the meter reading was inaccurate etc, which is usually the case. They admit it and then wll send me corrected ones, which sometimes pun masih ada kesilapan. So pick up the phone and argue lagi.

    Appreciate the TNB billers who use the handheld machine to issue the bills. Sepuluh tahun tak pernah silap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts