Prep Transition Day

Alhamdulillah, semua urusan sekolah rendah Aliyah dah settle bulan Oktober lalu. Kami decide utk daftarkan Aliyah ke Kingsbury Primary School. Ada banyak sebab, antara lain ada beberapa kwn2 yang hantar anak ke sana (dan dah bg review) dan salah satu sebab lain adalah kerana suburb Kingsbury nampak lebih teratur, bersih & 'berbeza' compared to suburb Heidelberg. Susah nak explain...faham2 sendiri lah yer.

Surat pencualian drp membayar tusyen fee sekolah kerana kelas VISA 574 (research students) sudah dikeluarkan oleh Department of Education and Early Childhood Development, in fact application fee ke department itu sebelum ni pun sudah dipersetujui utk dipulangkan kembali oleh mereka kerana sebab yang sama. Tanpa pengecualian tersebut, even utk masuk sekolah kerajaan pun kena bayar dlm 4K- 8K setahun, alahai mana nak cekau... Ada juga kwn2 yg VISA kelas 573 (coursework students) yang tidak mendapat pengecualian tersebut, menghantar anak2 mereka ke sekolah private. Kira bernasib baik juga, sbb ada sebuah sekolah private Islamic dkt2 sini (East Preston Islamic School) yang yurannya dlm 3K setahun utk seorang anak dan ibu bapa mereka dibenarkan membayar yuran secara ansuran sebanyak 6-7 kali, kalau tak silap. Kalau di sekolah kerajaan seperti Kingsbury Primary School, yuran sekolah selepas pengecualian hanyalah dlm AUD125, tidak termasuk bayaran utk uniform dan sebagainya.

Kakak & Adik siap sedia nak ke sekolah...

Setiap akhir tahun pulak, pihak sekolah akan adakan sesi pengenalan sekolah, 'Prep Transition Days' kepada semua anak2 yang akan masuk ke sekolah rendah buat kali pertama bagi tahun hadapannya. Hari ini adalah sesi yang pertama utk Kingsbury Primary. Sementara anak2 didedahkan kepada suasana di dalam kelas, ibubapa diberikan sedikit taklimat berkenaan dgn sekolah, uniform, jadual sekolah, makanan dll. Sesi ini akan dijalan selama 3 minggu berturut2.

Selepas habis taklimat, kami kena tempah uniform sekolah. Pening2 lalat sikit, maklumlah kat sini ada summer uniform dan winter uniform. Nama2 baju & seluar jer satu muka surat. Pastu kalau dah ada logo sekolah tu maheilah sikit. Jadi we all decide beli 2 baju T-shirt dan topi for summer jer dulu. Itupun dah AUD50++. Seluar/Culottes yang tiada logo sekolah boleh dibeli di kedai luar dan lebih murahlah harganya. Uniform winter pulak boleh ditempah masa term 1 nanti. So oklah. Yang bestnya, w/pun mcm2 jenis attirenya, tp yg paling penting sekali adalah semua uniform ini tk perlu di'iron' mcm uniform kat M'sia...Nightmare sungguhlah kalau kena gosok2 sakan. Tak ter'bibik'lah diriku ini nak menggosok semuanya :-)

Aliyah pulak suka dpt p sekolah baru. In February nanti ada assesment utk tentukan level kelas, sama ada Prep 1 @ 2. Kat sini cut-off dates nak masuk sekolah tidak mengikut tahun kelahiran, lebih kpd bulan kelahiran, maka ada yang lahir tahun 2005 pun boleh masuk sekolah dgn syarat mereka lahir di antara bulan Jan hingga April 2005. So untunglah boleh masuk sekolah awal, tapi kadang2 teachers pun boleh anticipate mungkin development level mereka adalah berbeza2, so utk itu diadakan assesment dan dipecahkan kpd 2 kelas bagi mengelakkan mereka bosan. Tak kisahlah kelas mana, janji she'll adjust well to school life.
Till the next session, then...


Aliyah in her class...(byknyer Mat Saleh)
While parent-teacher briefing is held @ the school library

Comments

Popular Posts