Sleepy Circle
Rasa macam dah lama tak pergi study circle. Tp kalau kira2 baru 2 kali kut. Penatlah Kak Dayah tolong bgtau kpd sesiapa yg berminat nak tahu knp aku tak mai. Tak leh aku nak dpt sijil kehadiran 100% mcm kat sekolah dolu2..he..he..he. Baru2 ni malam Rabu, berjaya jugak aku join discussion semula. Nasib baik aku tak ikut depa2 ni p main salji hari Selasa, kalau tak lebur mesti aku tak p jugak study circle, sbb masih dok memanaskan badan lagi...ha..ha..ha'
Anyway, disebabkan babah budak2 ni nak pergi training taekwando dan tak memerlukan bantuan sidekick2 semua, maka aku bawaklah sekali selepas kubungkus depa berdua sebanyak 3 lapis. Nasib baik rumah host kali ni Julie, dekat kat Waterdale jer, leh jalan kaki (laju2 sbb sojuk). Minggu ni temperature malam hari ranging from 3-7 degrees. Aliyah pun seronok bila bercakap2 keluar asap..he..he..he.
Aliyah...sebelum terkulai layu.
Mula2 sampai Uwais nak pulak anak2 dara semua dok dukung2 dia. Selalunya tak nak, malu. Alih2 lepas kat mak dara, Nita...tgk2 dah lelap. Selepas sejam kut, masa baca Yaasin Aliyah pun turut sama berlayar ke alam mimpi.
Maka, jadilah dia sesi sleepy circle mereka berdua....;-)
Yang baguih nya, time makan...elok pulak dua2 bingkaih bangun, kalau tak melepas lah mama dia untuk menambah zat2 tambahan dlm badan...ha..ha..ha
Comments
Post a Comment