Masuk Mengadap...
Petang tadi kena pergi mengadap SV kat rumahnya di Northcote. Partly sbb minggu lepas tak sempat habis editing dan minggu ni pulak dia cuti seminggu. So he kinda nak bg beberapa parting advice sebelum aku balik.
Disebabkan kereta tgh diservis & tak siap lagi [dan kalau dah siap pun tak leh ambik lg..sbb KPT lambat masuk duit bulan ni!!! Habis satu Australia aku contact...nope nada...just to quote one bujang friend of mine..."apa depa ingat kita ni makan pasiaq ka???!!" Sedih tul. Hopefully, esok lusa masuklah...kalau dak sungguh lah ada yg makan pasiaq ;-( ]...Anyway, aku opt naik bas jelah. Lgpun dr rumah ke Northcote dlm 25 minit jer.
Lepas Asar terus serbu bus stop. Aku siap solat Asar in full gear nak keluar rumah lagi, siap ngan jaket semua...sbb nak make sure dan solat & dan kejar bas sekali. Beg & kad bas semua dah siap lepas Zuhor. So bila naik bas dah pegang siap2 dah kad bas METLINK. Ceh bila naik jer, validatelah kad tu dgn confidentnya. Alih2 aku tekan dia lompat semula, kata 'invalid'. Aik apahal pulak..drebar bas pun suruh tekan semula. 'Invalid' jugak. Dia pun mintak kad tu, pusing belakang tgk baru 4 kali tarikh aku guna. Sepatutnya boleh guna sampai 10 kali. Dia pun pelik, aku pun tanya.."Do I need to buy another card?" Dia geleng kepala jer. So aku pun duduk jelah.
Lepas dah duduk tu, aku pun telek lah kad tu semula. Apahal pulak 'invalid' ni. Kang nak balik kalau dia buat hal jugak, canner ni. Telek punya telek.. lah..rupa2nya aku bwk salah kad. Yg ada kat tangan kad Weekend Saver. Memanglah 'invalid'..hari ni hari Isnin, bukannya Sabtu @ Ahad. Aiseh...canner ni? Jgnlah ada inspektor dtg check pulak. Kalau naik tram dah kena saman dah aku ni. Drebar tupun boleh tak perasan. Begitu genuinenya expression aku masa tu agaknya..kah..kah..kah.
Tgk2 dlm aku dok fikir2 nak buat apa ni, dah nak dekat Northcote pun, sbb tak ramai org turun dan traffic pun clear. So aku decide, nanti balik lah beli tiket lain. Lgpun hanya satu tiket shj kita perlu beli kalau kita pergi balik dlm masa 2 jam. Bila turun bas, jalan sikit dah sampai dpn rumah SV ku. Masa ada dlm 15 minit lg sebelum appointment time. Akupun tangkap gambar rumah dia semua dgn 'conspicuous'nya, pastu berlegar2 kat depan jalan rumah, tepi rumah, belakang rumah to kill time. Dalam hati, fikir cepatlah pukul 4...& jgnlah ada jiran2 yg report aku kat polis, kut2 depa ingat aku ni nak merompak ker, men'terrorize' ker ;-)
2 minit sebelum pukul 4, aku pun ketuk rumah dia. Dia jemput masuk dan bg private tour of his house. Rumah 'Victorian' style ni, bahagian depannya masih kekal seperti binaan asal. Umurnya dah beratus tahun agaknya. Cuma di bahagian belakang SV ku dah buat extension lain. Dr depan nampak mcm setingkat, tp sebenarnya it's satu setengah tingkat. Pada aku mcm claustrophobic lah. Laman takde, pastu kat dalamnya bukaan bidang rumahnya tersekat2 gitu dan bahagian dapur pulak syilingnya agak rendah. Taklah mcm rumah teres bidang 22 kaki, kat M'sia kan..;-) Nasib baik 'corner lot'. Kalau tak aku rasa lg lemas sbb tak cukup sinaran matahari. Yg bestnya, rumah klasik ni dibeli pada harga AUD100,000 ++ dlm tahun 1980an. Skrg harganya sudah jadi AUD 800,000, bukan shj kerana sbb rumah tu 'Victorian', tp kerana lokasinya sgt2 lah strategik. 20 minit shj ke City Center dan dkt dgn mcm2 public transport. But sincerely, it does not suit my taste...price apatah lg.
Nak beli tak? ... AUD 800K++
Lepas 'tour' aku bgtau siap2, "I need to catch the 5.17 bus". Kalau tak nanti tak dan nak solat Maghrib. Lg satu, ini juga akan mengelakkan dia membebel citer2 lain yg keluar topik..ha..ha..ha. Selepas dia memberi amanat2nya dan go through salah satu bab aku, ngam2 sampai pukul 5.10. We leave the house and walked together to the bus stop. Dlm pada tunggu bas tu, sempat jugaklah dia mencecer pasal M'sia, Salehuddin Al-Ayubi, King Richard, Aladdin cum Alauddin. Hmmm...nasib baik bas on time. Kalau tak mesti aku kena dgr citer Anwar Ibrahim pulak.
Atas bas, aku dah siap keluar duit nak beli kad baru utk 2 jam. Bglah AUD20. Drebar bas tu mukanya masam ajer. Tunggu duit tukar dia bg AUD15 duit kertas. Aku rasa mcm ada lg, nampaklah dia usik2 duit syiling, tp punyalah slow mo, mcm tak mau bg je. Aku masuk sikit dan berdiri kat belakang dia, tp dia tak usik dh duit syiling tu. Aku pun ingat tu jelah duit balancenya, sbb aku selalu beli tiket utk 10 kali trip, so tak sure sgt kalau sekali trip brp harganya. Aku pun duduk. Pastu aku tgk tiket tulis harga AUD3.70. Maknanya ada lagilah balance AUD1.30 ni. Alamak...nak mintak ke tak ni? Mmglah sikit jer, tp bukan ke duit tu diamanahkan kat aku. Aku pun dok karang2 ayat dlm kepala. Risau gak takut kena jerkah ke. Sbb patutnya kalau aku betul nak kena diberi lg balance tu, patutnya dia panggil lah aku tadi. Tp dia buat do no jer...
Dah nak dkt nak sampai, aku pun doa, bagilah ada lampu traffic merah lg kat depan sebelum sampai stop aku, sbb aku nak kow tim syiling aku ni. (penting syiling ni, sbb boleh guna basuh kain kat laundry..hu..hu..hu. Duit KPT pun tak clear2 lagi kan) Aku dah set dah apa nak kata. Elok2 satu stop sebelum sampai, ada lampu merah. Aku pun p lah kat drebar tu.
Ayat power nih "Excuse me, sir. I think just now I forgot to get my remaining balance". Dia tak dgr aku ckp...dia terus jd defensive & kata "I didn't forget...you walked away" Alamak, bila dia bercakap jer dah bunyi Italian. Non native Aussies in Melbourne pada pendapat akulah, perangainya lain sikit. Depa ni courtesynya kureng sikit. In split second tu aku fikir, hai leburlah syiling aku ni... nasiblah labu. Pastu aku cepat2 stress semula..."No..no..it's me. I am the one who forgot"...hu..hu..hu yeah berjaya, sbb lepas tu dia terus capai AUD1.30 & pas kat aku. Teruk betul, dia yg tak bg tak mau ngaku pulak tu. Aku lah pulak yg kena berlakon kat situ nak claim hak aku. Takpelah, janji no confrontation. Tak lama lepas tu sampai stop aku. Huh..sungguh 'adventure' sekali journey nak masuk mengadap SV. Alhamdulillah selamat semua.
Hahahaha, menarik sangat perjalanan kali ni!
ReplyDeleteLain kali kene la bertenggek depan driver bas tu smpi dia bagi balance, bukan blh caya italians or greeks kat sini ek.
Anyways, interesting update! :p
Tulah...lain kali kena bertenggek kat depan dia sambil buat muka terkulat-kulat gitu...he..he..he
ReplyDeletedah boley balik kg dgn gumbiraaaa....
ReplyDeleteSikit punya byk instructionsnya...tak taulah nak kata gumbira ke dak. Mcm terseksa pun ada gak ;-)
ReplyDeleteelaun kpt masuk esok rasanya 29hb...so esok makcik kayo...
ReplyDeleteSat je lah kayo nya...;-)
ReplyDeleteeei teruknye... taknak pulang bagi... dia salah, tak ngaku salah..eeei!
ReplyDelete