Niat di hati...

16 hari selepas bonda dipanggil pulang, nenda pula menyusul pergi selamanya. Tiada kata yang dapat kami ungkapkan yang bisa menggembirakan hati-hati yang pilu.

Sesungguhnya,
Hujan turun badanpun basah
Patah galah haluan perahu
Niat di hati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu?

Kita hanyalah insan-insan kerdil yang bernaung di bawah lembayungNYA. KepadaNYA juga harus kita berpaling dan mengharap. Semoga Feddy sekeluarga tabah menghadapi dugaan-dugaan ini. Kami sekeluarga akan turut doakan kesejahteraan arwah berdua, Insya Allah.

Al-Fatihah...

Comments

  1. al-fatihah. takziah to you and your family.

    semoga roh arwah bonda dan nenda dicucuri rahmat Allah dan berada bersama orang-orang yang beriman, insha allah..

    ReplyDelete
  2. Apalah rasanya bila bonda pergi tak dapat nk menatap buat kali terakhir? kak zarina ucapkan takziah buat you sekeluarga..Innalillahiwainalillahirajiun

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts