Semalam Sehari Beraya di Melbourne

Alhamdulillah, selamat sudah berhari raya. Seronok juga berhari raya di Melbourne, sebab ramai rakyat Malaysia, especially kat Bundoora ni. Jadi taklah rasa sedih sgt beraya di perantauan.

Malam raya sendiri sudah dipenuhi aktiviti 'baraan' @ takbir raya dari rumah ke rumah sahabat2 di Bundoora. Bermula dengan Iftar di rumah Kak Hada, selepas solat Maghrib dan bertakbir kami semua bergerak ke rumah anak2 dara di Barnes Way, seterusnya rumah K. Azwan & Abg. Nizam, rumah kami and lepas tu rumah Tasha & Dili. Penutupnya kami bertakbir raya di rumah anak2 dara Main Drive pulak. Macam2 jugak jamuannya malam tu. Pukul 11 malam baru sampai rumah. Sebelum tidur sempat telefon abah, mama & nenda2 semua. Dapatlah jugak Aliyah ucap Selamat Hari Raya.




'Baraan' di 45, Barnes Way



Di depan Hall, Uwais tergolek tidur sebelum Takbir.


Pagi raya, dalam pukul 7.15 pagi semua dah bersiap2 nak ke Malaysia Hall. Kalau masuk City dgn kereta malas nak pening2 cari parking dan bergaduh ngan budak2 dalam kereta, jadi kami pergi naik bas je, 40 minit sampai. Solat hari raya mula dalam pukul 9.oo pg. Uwais duduk ngan babah dia kat luar dewan, sbb lelaki solat di luar, wanita di dalam dewan. Ada live feed dr luar dewan ke dalam dewan. Aliyah pulak main ngan anak Tasha, Wawa. So ada chancelah mama dia nak solat Hari Raya. Alih2 bangun jer semua jemaah utk solat, Uwais mula menangis. Yg bestnya, boleh nampak dia kat dalam tv, tgh2 saf dan dgr suara dia melalak dgn jelasnya sbb dia dok dekat ngan microphone.


Alamak! Camne ni? Nak lari keluar ke ambik? Org dah start angkat takbir. Nak keluar pulak jauh nak pusing, pastu nak kena ambik dia kat tgh2 saf tu. Ala..buat Onar betullah anakku ni. Finally decide, buat tak tahu jelah, solat mesti diteruskan, [dgn tak khusyuknye ;-)] Sampai habis solatlah dia meraung2. Nasib baik dia budak baik, jd dia takdelah merayau2 kacau org solat. Dia cuma nak babah dia dukung je sebenarnya. Habis solat, terus diam. Geram betul. Kelakar pun ada, terguling2 gelak sebab pikirkan suara dia masuk dalam video Hari Raya Malaysia Hall 2008 di Melbourne. So next time kalau ada org replay semula video tu, boleh pin point, tu suara anak aku dlm background, sama naik ngan suara tok Imam. Insya Allah, besok besar boleh jadik tok Imam gak, Amin..



Sebahagian Jemaah lelaki di Malaysia Hall.



Jamuan - Nyum..uyum, kata Uwais


Lepas makan, sempat jumpa Azhari sekejap, sebelum Zohor kami pun balik. Rehat kat rumah, lepas Asar keluar semula pergi rumah terbuka Azizi & Fadz Fahmi kat Kingsbury. Dapatlah makan laksa yg diidam2kan..hooray! Sampai rumah semula dah Maghrib. Perut dah isi macam2 makanan dari di Malaysia Hall sampailah ke rumah Fadz. Alhamdullillah, menarik juga hari raya kali ini, itupun rumah terbuka ada berderet2 lagi. Aik..mcam kat Malaysia pulak yer...bahkan hebat lagi, bg standard berhari raya di negara org. Yg tak bestnyer, minggu depan ada oral presentation ESL dan progress report pun tak siap lagi. Malasnyer...nak berpikir. But life as a PhD student must go on. Have to get back to work, now.

Selamat Hari Raya semua!

Comments

Popular Posts