Hari ini dalam sejarah

Khamis seperti biasa adalah hari menambah stok makanan & Aliyah mesti ke sekolah. Tapi hari ini Uwais & babah nak ikut sekali sebab nak pergi makan McDonalds (halal) di Brunswick. Apa lagi ...lambatlah jawabnye. Org lain sampai pukul 9 pg, Aliyah sampai pukul 10 pg. Itupun semua tak mandi, hu..hu.

Sementara menunggu Aliyah kami pergi ke ALDI & beli lauk kat Preston Market dan High Street Halal Meatworks. Sebelum pukul 12 dah sampai kat sekolah nak ambik Aliyah, sbb ada org nak singgah bilik kecik dulu. (Sampai lambat, bila nak balik awal gitu..ha..ha. McD punya pasal)

Anyway lepas McD, singgah pulak ke GOLO dan COLES kat Summerhill utk beli brg2 lain yg takde kat ALDI. Seterusnya melencong ke TARGET beli kasut jogging utk babah diaorg. Uwais sbb dah bosan, dilepaskan keluar dr stroller dan berlegar2 lah kat kawasan kasut tu & main2 kasut. Alih2 tgk kasut semua cap AL-BAB! Alahai..babah diaorg pun dah kena awal pg td kat ALDI. Ni adik pulak kena. Terkebil2 lah dia bila kena samak kat bilik air. Apahal pulak mama bg main tanah2 nih?!

Hala nak balik, sempat singgah ke Winter Crescent utk tengok rumah Kak Nani yg baru confirm hari ni. Lepas tu, dah penat tak sempat nak round kawasan rumah baru Kak Azwan kat Kingsbury. Maybe bila dia nak pindah nanti lah pulak. Sempat borak2 je on the phone. Aik..semua org pindah rumah ni, teringin jugak. Tp apakan daya..nanti gemuk pulak (ha..ha apa kena mengena? Hanya org yg faham jer yg akan mengerti) Pastu nanti tak cukup duit pulak nak melawat nenek diaorg kat NZ. So lupakan jelah hasrat tu sementara ni. Manalah tau nanti babah diaorg dpt post General Manager COLES ke (dlm mimpi). Rezeki...hanya Allah yg tahu.

Comments

  1. huahaua..kaf fadz..tak best kan mencarik kasut kat negara org..sume kene cap babi tuh..memang tension..wami dah serik dah..so main pos je kasut dari malaysia..err kasut sukan pun ada babi ke? yang wani memang selalu jumpa kat kasut boot and loafer..hmm..bile dah terpegang tuh, rasa geli geleman nye la kan..cepat2 carik tandas nak pi cuci tangan..n balik rumah baru samak.. ..serik, memang serik...

    ReplyDelete
  2. Mmg tak best pun. Tp kasut sukan ok lagi. Yg selalunyer kasut mcm sandal budak2 @ sandal kulit2 tu, kena tgk2 selalu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts