Half-Hearted

Sebenarnya kasihan melihat sesetengah pelajar kini.

Ada yang pilih bidang pengajian yang langsung tidak diminatinya.
Ada pula yang berada di bidang pengajian X sedangkan pelajar tersebut minatnya dan kebolehannya lebih cenderung kepada bidang pengajian Y. 

Ada yang ingin memenuhi impian ibubapa (yang mungkin dahulunya tidak kesampaian), ada yang ikut-ikut kawan, ada pula yang terpengaruh melihat'kejayaan' ahli keluarga lain yang mengambil bidang yang sama.

Maka setiap awal semester, bagi pelajar-pelajar bahagian 1 terutamanya, saya adakan sesi taaruf yang menjurus kepada persoalan di manakah minat pelajar-pelajar ini sebenarnya. Adakah mereka benar-benar berada di dalam bidang yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka? 

Sekiranya mereka menunjukkan minat mendalam, saya maklumkan kepada mereka kelebihan bidang tersebut. Sekiranya mereka membuat pengakuan bahawasanya 'hati' mereka sebenarnya di dalam bidang lain, secara terus terang saya akan tanyakan kepada mereka "Jadi mengapa kamu berada di sini?"

Ada yang pulang berfikir dan kembalinya mereka (ke kelas) lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan, maka ada pula yang tidak kembali sepenuh hati dan akhirnya akur 'jiwa' mereka tidak selari bidang yang mereka pilih itu. Maka mereka berundur, dan doa saya mereka meneruskan perjuangan di dalam bidang yang mereka minat suatu hari nanti. Tapi berapa ramailah pelajar yang berkeupayaan dan boleh membuat keputusan begitu...

Sebenarnya kasihan, kerana kini ramai yang bekerja selepas tamat belajar hanya bagi mendapatkan sesuap nasi, melangsaikan bil-bil dan sebagainya, tetapi 'hati' dan 'jiwa' mereka tiada di dalam pekerjaan mereka itu. 

Do you ever wonder why these graduates join the workforce and give 'half-hearted' service...

Comments

Popular Posts