Mari mengundi!! Version: Alam Maya

It's not surprising how most people don't get the real 'rationale' for this long karangan of mine ;-) But I'm having fun regardless hehehe...

Ok2 adalah ini diisytiharkan Sabtu ini adalah hari mengundi seluruh alam maya. Maka Khamis perlu beli tiket bas pergi-balik KL-KEDAH. Hari Jumaat kena turun KL. Malamnya tidoq nyenyak, ooops…terlupa plak kena Solat Istikharah dan Solat Sunat dulu. Allah penentu segala, Amin. Esoknya pagi2 selepaih Subuh seisi keluarga masuk kereta, konvoi ke Ampang (kecuali seorang adinda yang perlu di buang Negara sebab tidak mendaftar dgn SPR. Tapi baguih jugak, dia kena jadi JAGA rumah dan anak penakan semua) Didoakan supaya tidak lah jem, sbb konvoi dari Kajang ni. Kalau jem takut tension nanti patah balik pulak. Mungkin kami patut bawak bekai, boleh piknik dalam kereta. Takkan jem pun nak putuih asa kan? Kut iya pun, 5 tahun sekali mengundi ni. Bukannya mcm menikah, …. Kali seumur hidup (sila isi tempat kosong sendiri) Ok2, kami bawak bekai! Maknanya malam tu kena siap2 bahan nak buat nasi lemak ke, baru lah power kan. Takper2 tu boleh sub-con pada bonda dan adinda sorang lagi. Depa lagi terer masak drpd aku. Aku bawak sudu ngan garpu je, dan perut kosong hehe…

Ok2 semua plan dah cantik, maka sampailah tempat mengundi. Pastikan tempatnya betui! Mahu kena sumpah (diri sendiri dan keluarga) kalau dah beratuq sejam dua, alih2 salah kawasan beb. Apapun, beratuq molek2, Tak yah tolak2. Tiada Siti Nurhaliza Tarudin di situ. Jgn lupa bawak IC nor, kang orang ingat hang Hantu Kak Limah pulang mengundi pulak, kan dah rugi satu undi. Ok lepaih sahkan nama dalam IC dan senarai pengundi, huluqkan jari jemari anda. Bukan nak menari, nak calit dakwat kat jari tu. Yang khususnya jari telunjuk kiri , bukan jari hantu yer, bukan boleh nanti orang ingat kita ni mencarut pulak…ish..sih..ish.. tak kuasa tau, aku mai ni nak buang undi, bukan nak buang masa! Ok2, lepaih tu dah dapat kertas undi tu pastikan kertas nya bersih, takde doodle2 mcm yang anak teruna 3 tahun aku selalu buat kat rumah tu. Kalau ada sila BANTAH! Ok2, aku sedia bantah. Tapi kalau dah cantik lawa kertas tu, (not including wajah2 calon), bersih semua, apa lagi tunggu, p lah pangkah. Satu untuk DUN, satu untuk PARLIMEN. Tahu kan rupa bentuk pangkah? Macam ini – “X” Jangan buat bentuk2 lain pulak. Nanti undi rosak. Buat rugi tiket bas KL-Kedah aku jer. Apa aku pangkah? Ikut suka aku lah, UNDI itu rahsia! Sibuk plak hang nak tau.

Ok2 pastu dah selesai semua, kami pun balik rumah. Penat kan, jadi qadha tidoq dulu. Petangnya kami sambung makan nasi lemak bonda yang sedap tadi sambil tunggu keputusan. Sejam, go on FB, election news trending, dua jam, go on FB, election news trending, tiga jam, go on FB, election news trending. Hari pun malam. Makan nasi lemak lagi. go on FB, election news trending. Akhirnya keputusan pun keluaq. Alhamdulillah, ada orang menang!!! Sujud Syukuq, takbir, tepuk tangan, tepuk tangan, lompat ataih badan kawan, larik keliling bangunan. Yang kalah, hmmm…apakan daya cubalah lagi.

Ok2, malam dah nak larut, harus naik bas balik Kedah semula. Setakat ni semua parti pemerintah Kedah takder lah hasrat nak tukaq hari Ahad jadi hari cuti hujung minggu. Jadi harap maklum aku kena p kerja hari Ahad yer. Alhamdulillah, sebelum subuh aku sampai. Selepaih subuh siap2 nak p kerja. Memang ler penat, tapi hidup perlu diteruskan. Takperlah, lepaih kelas tgh hari ini, In Sha Allah, boleh berehat sat, berehat sambil go on FB ka kan? Dalam hati dok berkira2 pasti FB coast dah clear, maklumlah election dah habih. Dah ada orang nak masuk opis PM dah esok ni, hari Senain. Boleh lah dengan tenangnya nak baca citer Prof Muhaya, takpun citer Yasmin Mogahed, dengaq2 lagu Yusuf Islam, dak pun citer kawan2 p jalan2 sedunia, dapat baby, menikah… lagi, putuih cinta, bercinta...lagi, juai barang, juai body, oopss hehe… tapi, tapi, tapi… apakan daya, medan FB ku kini umpama ayam berteloq sebiji! Kalaulah boleh ku sembelih ayam itu…pasti teloqnya kubuat teloq separuh masak!!

Kisah ini adalah imaginasi tertinggi hasil daripada demam pembetulan tesis. Tinggal lagi 40%. Mohon doakan aku lengkapkan segera. I simply can't take this any longer. Sekian. Titik

Comments

Popular Posts