Cemerlangkah?

Dua hari bersama pelajar-pelajar terbaik lepasan SPM adalah sangat melelahkan minda. Berkali-kali hati kecil tertanya-tanya, benarkah mereka ini pelajar 'cemerlang'? Adakala terasa seperti mahu ku pakukan sahaja mereka ke dinding(opps!)

Lalu di kesempatan ini teringat pula pada guruku Puan Khasbia Othman. Ketika berada di Tingkatan 3 di Puteri Wilayah, Kg Bharu beliau pernah membuat kenyataan dengan intipati berikut:
"Lihatlah di luar sana. Tunjukkan saya di manakah pelajar-pelajar terbaik peperiksaan X dan peperiksaan Y? Cemerlangkah mereka hari ini?"

Kenyataan beliau ketika itu ingin menekankan bahawa kecemerlangan di dalam peperiksaan bukanlah jaminan kecemerlangan sesorang di dalam kehidupan. Hari ini aku terasa benarlah amatan beliau itu, cemerlang di atas kertas bukanlah penentu segala.

Sessunggunya penat mindaku apabila terpaksa ber'inovasi' bertanyakan soalan-soalan melawan arus dalam cubaan menggegar minda pelajar-pelajar yang dikatakan 'cemerlang' ini. Dan yang mendukacitakan, majoritinya gagal menyerlah dan ada yang memberi jawapan minda kelas ketiga lagi. Sedih. Aku doakan 'kehidupan' bakal mencorak mereka menjadi lebih baik, In Sha Allah.

Comments

Popular Posts